{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ulu - Google Blog Search

Posted by Awanama

felda ulu - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda ulu</b> - Google Blog Search - Blogger

Posted: 18 Nov 2013 12:00 AM PST

Semai Bakti Felda Ulu Tebrau (SEMAI'12)

Pada 11 hingga 13 Mei 2012, satu program khidmat masyarakat telah diadakan di Felda Ulu Tebrau, Johor. Program yang bertujuan mendekatkan para mahasiswa dengan masyarakat felda ini dijalankan sepenuhnya oleh mahasiswa Kolej Perdana dengan kerjasama Pejabat Kolej Perdana dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

Pada 11 Mei 2012 (Jumaat), program ini dimulakan dengan majlis penyerahan 44 orang anak angkat kepada 18 buah keluarga felda. Majlis ini disempurnakan setibanya peserta daripada UTM pada pukul 3.30 petang. Majlis penyerahan ini disaksikan oleh En. Md Daud bin Ab Majid selaku Pengurus Felda Ulu Tebrau. Selesai majlis penyerahan anak angkat, program diteruskan dengan pertandingan futsal dan bola jaring diantara peserta dan warga felda. Program di malam hari diisi dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Ahmad dari pejabat agama wilayah.

Untuk hari kedua, program sangat padat pada sebelah pagi dengan tiga perkara dijalankan serentak. Peserta perempuan membantu dalam memasak bagi kenduri sekampung, manakala peserta lelaki mengerahkan tenaga untuk mengecat bangunan, mencari daun pisang dan memacakkan papan doa ziarah kubur. Selain itu, terdapat tiga peserta yang membantu melancarkan ceramah motivasi yang dilakukan di Sekolah Menengah Felda Ulu Tebrau. Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Saudara Sharvinder Singh.

Selesai tiga-tiga acara tersebut, semua peserta dikehendaki berada di dewan raya pada pukul 2.30 petang untuk raptai majlis perasmian. Selepas itu, pada pukul 5 petang, program semai diteruskan dengan sukaneka. Sukaneka ini di sediakan untuk kanak-kanak dan orang-orang felda. Antara acara yang menarik ialah futsal berkain pelikat. Orang-orang felda sangat seronok dan memberi sokongan. Serentak dengan sukaneka, pihak felda juga ada mengadakan acara senamrobik.

Pada sebelah malam merupakan waktu kemuncak program ini iaitu majlis perasmian dan malam kebudayaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yg Bhg. En. Rosli bin Ma'arof selaku Pengarah Felda Taib Andak. Malam kebudayaan ini diserikan dengan tiga persembahan daripada peserta dan dua persembahan daripada orang felda. Majlis ini diselang selikan dengan cabutan bertuah. Majlis in selesai pada pukul 11.00 malam dan kebanyakkan peserta mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan keluarga.

13 Mei 2012, merupakan hari terakhir program ini. Pada sebelah pagi, ada dikalangan peserta dibawa masuk ke dalam kebun keluarga angkat mereka. Acara utama pada pagi ini ialah kayuhan sekeliling felda yang diketuai oleh Saudara Syahrin Md Jamaludin. Selesai acara kayuhan, program diteruskan dengan majlis sembang belia siswa di antara Saudara Syahrin dan peserta Kolej Perdana.

Tepat pada pukul 3.00 petang, majlis penutupan dan penyerahan semula anak angkat dimulakan. Majlis ini disempurkan oleh Saudara Syahrin Md Jamaludin selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Tebrau. Selesai majlis perpisahan yang penuh airmata, para peserta bertolak pulang ke UTM pada pukul 5.00 petang.

Homestay <b>Felda Ulu</b> Jempol, Bandar Pusat Jengka Pahang (review <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 04:51 AM PDT


Korunk Nak masuk UITM Jengka? Masuk Sekolah Teknik Jengka? Ada Kenduri Sekitar Jengka?..Semua Homestay Full.. hehe.. hari ni nak share salah satu  homestay kawasan jengka ni. Ni salah satu rumah homestay untuk korunk singgah dalam banyak2 homestay kat jengka ni. Baru bukak laa hai..Terletak di Felda Ulu Jempol, Bandar Pusat Jengka. Apa yang best .. sebelah rumah ni kedai. Wifi boleh disediakan.. mintak password ah.. hahaha.. cybercafe pun dekat ..depan kedai sate.. hahhaa.. apa lagi nak.. kemudahan lain banyak tp kena pusing kampung ah.. hiks..Pape pun korunk mesti nak tau harga kan..

RM 150 /- *semalam
RM 130 /- *semalam (untuk lebih seminggu >8 hari dan keatas)

* Satu Malam bermaksud = jika booking 1hb, maka masuk (check-in) ialah pada 1hb (selepas jam 2 petang) dan keluar (check-out) pada 2hb (sebelum jam 12 tengahari)

check-in 2 p.m & check-out sebelum 12 p.m
SILA BAWA BARANG SENDIRI. KEMUDAHAN YANG TIDAK DINYATAKAN TIDAK DISEDIAKAN. HARAP MAKLUM.

Kemudahan Homestay :
- 2 bilik tidur (kipas angin / Queen Size)
- 1 bilik air
- Ruang Tamu
- Wifi (atas permintaan)
- televisyen
- Sofa
- ampaian
- Mesin basuh

Kemudahan Setempat :
- 2 Kedai Runcit berdekatan
- 1 cybercafe
- 1 kedai makan di hadapan rumah
- Stesen minyak ada dalam kampung.

Kawasan Berdekatan :
- Jengka 1, 2, 3, 4, 5, 6 : 10 minit - 25 minit
- Bandar Pusat Jengka : 15 minit
- UITM jengka : 10 minit
- Pusat Matrikulasi Teknikal Pahang Cawangan Jengka : 10 minit
- Bandar Maran : 30 minit
- Hutan Lipur Lubuk Yu : 10 minit
- Kuil Sri Marathandavar Thevalaya : 13 minit
- Bandar Sungai Jerit : 8 minit

ACANER NA G SANA EH?..TONTON VIDEO BAWAH


Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar