Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Perdana Menteri Thai menangis
- Bieber lawat mangsa Haiyan
- Band Metallica buat persembahan di Antartika
Posted: Perdana Menteri Thai menangis
BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menangis dengan matanya kelihatan berair semasa beliau meminta penunjuk perasaan tidak berhimpun di jalanan. Yingluck juga meminta penunjuk perasaan menyokong pelaksanaan pilihan raya Parlimen yang diadakan pada 2 Februari depan. Selepas mengadakan demonstrasi jalanan sejak bulan lalu, para penunjuk perasaan menolak pembubaran Dewan Rakyat yang dibuat Yingluck kelmarin. Namun, Yingluck menyatakan beliau akan meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri sementara sehingga 2 Februari depan. "Kini, kerajaan telah membubarkan Parlimen. Saya meminta anda berhenti melakukan tunjuk perasaan dan semua pihak bekerja ke arah pilihan raya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kelab Tentera selepas mengadakan mesyuarat Kabinet. Yingluck kelihatan sebak dengan matanya berair sebelum beliau kembali menenangkan dirinya. Perdana Menteri itu mungkin diselubungi emosi selepas tunjuk perasaan jalanan diadakan bagi mendesak beliau meletakkan jawatan kerana didakwa sebagai boneka abangnya, Thaksin yang juga bekas perdana menteri tetapi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Yingluck, 46, yang merupakan bekas ahli perniagaan tidak mempunyai pengalaman dalam politik sebelum beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 2011. Dalam pilihan raya itu, partinya, Pheu Thai menang sekali gus membolehkannya menjadi perdana menteri. Thaksin kini hidup dalam buangan selepas beliau dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa. Dasar-dasar Thaksin yang membela penduduk miskin telah menyebabkan beliau mendapat sokongan ramai penduduk di kawasan pedalaman. Thaksin juga merupakan bilionair yang berjaya dalam industri telekomunikasi. Kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkhemah di Rumah Kerajaan pada malam kelmarin. Penunjuk perasaan itu turut berhimpun semalam yang merupakan cuti umum sempena Hari Perlembagaan. Para penunjuk perasaan anti-Yingluck itu terdiri daripada golongan kelas pertengahan dan atasan termasuk kakitangan awam serta keluarga ahli perniagaan ternama. Kumpulan anti-Yingluck itu juga mendapat sokongan kuat daripada penduduk di selatan Thailand kerana ia merupakan kubu kuat parti Demokrat yang menjadi pembangkang. Namun, penunjuk perasaan itu memberi tempoh 24 jam kepada Yingluck untuk meletakkan jawatan. Penunjuk perasaan itu yang diketuai bekas timbalan perdana menteri, Suthep Thaugsuban mahu Yingluck meletakkan jawatan supaya majlis rakyat yang dianggotai beberapa orang terbaik yang dipilih dalam kalangan penduduk boleh mentadbir Thailand. Yingluck enggan meletakkan jawatan seperti yang diminta para penunjuk perasaan. Menurut polis, kira-kira 7,650 orang penunjuk perasaan berhimpun di sini pada tengah hari semalam berbanding 160,000 orang kelmarin. Pada hujung bulan lalu, dua orang terbunuh dan 45 cedera dalam tunjuk perasaan anti-Yingluck di sini. - Agensi | |
Posted: Bieber lawat mangsa HaiyanSEORANG kanak-kanak mahu menepuk tapak tangan Bieber di Tacloban. MANILA - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber melawat mangsa-mangsa Taufan Haiyan di bandar Tacloban, tengah Filipina semalam. Bieber tiba dari Australia dan terbang ke bandar tersebut untuk memberikan baju, permainan dan bola keranjang kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa taufan tersebut. Penyanyi berusia 19 tahun itu juga melawat sebuah sekolah rendah yang dijadikan pusat perlindungan mangsa-mangsa taufan tersebut. Hampir 6,000 orang terbunuh apabila taufan tersebut melanda tengah Filipina pada bulan lalu. Lebih 1,700 orang lagi hilang dalam bencana alam itu yang mengakibatkan ramai penduduk hilang tempat tinggal. Bieber turut memeluk, menyanyi dan menari selain bermain bola keranjang dengan kanak-kanak. Dia turut melawat mangsa- mangsa taufan itu di Palo, tengah Filipina. "Lawatan yang paling menyentuh perasaan sepanjang kehidupan saya," kata penyanyi itu di laman Twitternya. Dia juga menyatakan, Manila merupakan lokasi terakhirnya dalam konsert jelajahnya, Believe. "Saya menyaksikan kemusnahan pada hari ini. Mereka (mangsa-mangsa taufan) memerlukan pertolongan," kata Bieber. Sebelum melawat mangsa- mangsa itu, dia menghantar mesej di laman untuk mengumpulkan dana, Prizeo.com bagi meminta berjuta-juta peminatnya memberikan sumbangan kepada mangsa taufan tersebut. "Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu berasa gembira kerana Bieber mahu mela- wat Tacloban," kata penyelaras tabung itu, Angela Kearney. - Agensi | |
Band Metallica buat persembahan di Antartika Posted: Band Metallica buat persembahan di AntartikaKUBAH lut sinar yang menjadi lokasi Metallica membuat persembahan. BUENOS AIRES - Band rock Metallica membuat persembahan di Antartika di hadapan kira-kira 100 orang pada malam Ahad lalu. Ekoran persembahan tersebut, band dari Amerika Syarikat itu telah mengadakan konsert di tujuh buah benua di bumi. Dalam persembahan itu, anggota-anggota Metallica membuat konsert di dalam sebuah kubah lut sinar di Pangkalan Carlini milik Argentina di Antartika. Penyanyi utama Metallica, James Hetfield bertanya kepada penonton sama ada mereka telah bersedia untuk mencipta sejarah dengan menonton persembahan bandnya. "Kami juga sama seperti anda," kata Hetfield sebelum bandnya membuat persembahan. Kubah itu mengelakkan anggota-anggota Metallica dan penonton daripada terdedah kepada suhu sejuk melampau. Turut menyaksikan persembahan itu ialah beberapa saintis yang memakai fon telinga. Metallica bukannya satu-satunya band yang pernah membuat persemba- han di Antartika. Pada tahun 2007, sebuah band indie, Nunatak pernah membuat persembahan di benua itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |