Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pesawat tentera Syria serang Aleppo
- Santiago dari Filipina menang Ratu Cantik Antarabangsa
- Helikopter diguna untuk selamatkan pengendali kren
Pesawat tentera Syria serang Aleppo Posted: Pesawat tentera Syria serang Aleppo
BEIRUT - Beberapa pesawat tentera Syria menggugurkan beberapa bahan letupan di empat kawasan penduduk yang dikuasai golongan penentang Presiden Bashar Al-Assad di bandar Aleppo semalam. Ia merupakan serangan udara keempat berturut-turut di bandar tersebut yang terletak di utara Syria. Menurut beberapa aktivis yang menentang Bashar, serangan tersebut telah menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Para aktivis tersebut menyatakan, serangan itu bertujuan untuk menghancurkan golongan penentang di Aleppo sebelum persidangan antarabangsa mengenai keamanan di Syria berlangsung lewat bulan depan di Switzerland. Aleppo merupakan bandar terbesar di Syria dan pernah menjadi pusat komersial sebelum peperangan saudara meletus pada Mac 2011. Peperangan itu melibatkan kumpulan anti-Bashar dengan tentera kerajaan Syria sehingga mengakibatkan lebih 100,000 orang terbunuh. Menurut seorang aktivis anti-Bashar, Abu al-Hassan Marea, salah satu serangan terbaharu itu berlaku dekat sebuah sekolah. Dia berkata, sebuah asrama pelajar turut menjadi sasaran serangan itu. Kerajaan Syria kerap menggunakan ratusan kilogram bahan letupan dalam serangan udara bagi memberi kesan kemusnahan besar. - AP | |
Santiago dari Filipina menang Ratu Cantik Antarabangsa Posted: Santiago dari Filipina menang Ratu Cantik AntarabangsaSANTIAGO (tengah) diapit Dekker (kiri) dan Radley pada pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa di Tokyo kelmarin. TOKYO - Peserta dari Filipina, Bea Rose Santiago memenangi Ratu Cantik Antarabangsa kali ke-53 dalam satu pertandingan yang telah diadakan di sini pada malam kelmarin. Dalam ucapan kemenangannya, dia berharap akan menggunakan gelaran tersebut untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Haiyan di negaranya sendiri. "Itu merupakan impian saya. Terima kasih Jepun kerana memberi saya peluang ini. Dalam bencana alam itu, lebih 6,000 orang terbunuh selepas taufan tersebut melanda tengah Filipina. Santiago telah menerima mahkota dari pemenang tahun 2008 dari Sepanyol, Alejandra Andreu. Pemenang pada tahun lalu, Ikumi Yoshimatsu dari Jepun yang dilarang menghadiri majlis penyerahan mahkota itu oleh pihak penganjur. Yoshimatsu dilarang menghadiri majlis itu kerana dia terlibat dalam perbalahan berhubung perjanjian dengan sebuah agensi pencari bakat berhubung isu kewangan. Santiago, 21, dipilih daripada kalangan 67 peserta pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh Nathalie den Dekker dari Belanda manakala peserta New Zealand, Casey Radley menduduki tempat ketiga. - Agensi | |
Helikopter diguna untuk selamatkan pengendali kren Posted: Helikopter diguna untuk selamatkan pengendali krenSEORANG anggota penyelamat mendekati pengendali kren itu (dalam bulatan). KINGSTON, Ontario - Sebuah helikopter tentera Kanada digunakan untuk menyelamatkan seorang lelaki terperangkap di atas palang kren selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan apartmen di sini kelmarin. Seorang anggota penyelamat turun dari helikopter itu di atas kren. Dia kemudian mengikat tubuhnya dengan tali keselamatan bersama lelaki yang merupakanpengendali kren berkenaan Kedua-dua mereka kemudian ditarik untuk menaiki helikopter tersebut. Pengendali kren tersebut dihantar ke sebuah hospital dengan menggunakan ambulans. Dia dilaporkan mengalami kecederaan kecil. Pengendali kren tersebut terperangkap kerana api yang marak dekat krennya ketika bangunan apartmen yang dalam pembinaan itu terbakar. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |