Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pembangkang ugut boikot pilihan raya umum Thai
- Ki-moon lawat lokasi kemusnahan Taufan Haiyan
- 18 pegawai tentera Iraq maut kena bom
Pembangkang ugut boikot pilihan raya umum Thai Posted: Pembangkang ugut boikot pilihan raya umum Thai
BANGKOK - Pembangkang utama Thailand, Parti Demokrat mengumumkan akan memulaukan pilihan raya umum Februari depan, sekali gus merumitkan lagi krisis politik di negara berkenaan. Pemimpin Parti Demokrat yang juga bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengumumkan pemulauan itu semalam selepas menemui barisan eksekutif partinya. "Keputusan ini dibuat bagi memastikan pembaharuan politik dilaksanakan di Thailand," kata Abhisit. Komen beliau seiring dengan pendirian penunjuk perasaan jalanan yang menuntut supaya ketua kerajaan sementara iaitu Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletak jawatan menjelang pilihan raya Februari depan. Penunjuk perasaan juga menuntut sebuah kerajaan sementara dilantik untuk melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya baharu boleh diadakan. - AP | |
Ki-moon lawat lokasi kemusnahan Taufan Haiyan Posted: Ki-moon lawat lokasi kemusnahan Taufan HaiyanKI-MOON melambai ke arah penduduk Kampung Fatima, Tacloban sambil meminta mereka supaya bersabar menunggu bantuan antarabangsa. TACLOBAN - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam melawat beberapa buah kampung di tengah Filipina yang musnah dilanda Taufan Haiyan. Semasa lawatannya, Ki-moon berjanji akan cuba mengumpul dana antarabangsa lebih AS$800 juta (RM2.5 bilion) untuk membantu rantau berkenaan agar kembali pulih. Sejumlah kanak-kanak yang terselamat daripada taufan berkenaan menyambut Ki-moon dengan menyanyikan lagu Jingle Bells di sebuah sekolah di sini. Bandar ini merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat Taufan Haiyan yang melanda pada 8 November lalu. Ki-moon bertepuk tangan dan memberitahu kepada mereka: "Tolong bertahan. Jangan bersedih. Kami datang untuk membantu anda." Walaupun beliau berada hanya selama dua jam, Ki-moon merupakan pemimpin dunia paling kanan melawat kawasan yang dilanda kemusnahan. Taufan berkenaan meragut sekurang-kurangnya 6,100 nyawa dengan lebih 1,700 lagi disenaraikan sebagai hilang. Bencana tersebut turut memusnahkan lebih sejuta kediaman dan menyebabkan seramai 27,000 orang cedera. Dalam pada itu, kerajaan Filipina menganggarkan kerugian akibat Taufan Haiyan mencecah AS$12.9 bilion (RM41.7 bilion). - AP | |
18 pegawai tentera Iraq maut kena bom Posted: 18 pegawai tentera Iraq maut kena bomRAMADI - Sekurang-kurangnya 18 pegawai tentera Iraq terbunuh dalam satu serangan hendap semalam di wilayah Anbar, kata sumber tentera. Wilayah berkenaan dikuasai militan puak Sunnah yang dikaitkan dengan pergerakan Al-Qaeda. Sumber berkenaan berkata, komander Divisyen Ketujuh dan komander Briged Ke-28 serta beberapa pegawai berpangkat tinggi lain adalah antara yang terkorban dalam serangan tersebut. "Seramai 32 askar turut cedera," katanya. Setakat ini masih tidak jelas punca begitu ramai pegawai kanan tentera berkumpul di lokasi itu tetapi beberapa sumber memberitahu, mereka datang untuk meninjau hasil kemenangan tentera dalam satu pertempuran di kawasan berdekatan baru-baru ini. Beberapa sumber lain pula bekata, tiga pengebom berani mati memakai tali pinggang berisi bahan letupan sebelum meletupkan diri bersama para pegawai kanan berkenaan di sebuah rumah usang di bandar Rutba, sekitar 360 kilometer ke barat Baghdad. "Apa yang kami tahu setakat ini ialah tiga pengebom berani mati tiba-tiba muncul bersama para pegawai berkenaan dan meletupkan diri mereka," kata seorang pegawai tentera di lokasi kejadian dalam satu wawancara telefon. Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |