Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
14 maut ibu pejabat polis dibom Posted: 14 maut ibu pejabat polis dibom
MANSOURA - Sebuah bom kereta memusnahkan sebahagian sebuah bangunan ibu pejabat polis Mesir semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam serangan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai cubaan untuk menggagalkan peralihan demokrasi di negara itu. Beberapa jam selepas pengemboman di bandar ini yang terletak di utara Kaherah, Perdana Menteri, Hazem Beblawi melabelkan pergerakan Ikhwanul Muslimim sebagai kumpulan pengganas. Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung letupan itu. Pergerakan itu turut mengutuk keras serangan tersebut yang merupakan antara paling berdarah di Mesir sejak tentera menumbangkan Presiden Mohamed Morsi, Julai lalu. Pengeboman tersebut berlaku beberapa minggu menjelang satu pungutan suara berhubung perlembahaan baharu yang dilihat sebagai langkah pertama ke arah pemerintahan demokrasi selepas Morsi digulingkan. Beberapa pegawai berkata, bom kereta itu yang meletup selepas pukul 10 malam turut menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang cedera. "Majoriti mangsa yang cedera adalah anggota polis," kata Gabenor Wilayah Daqahleya, Omar Al-Shawatsi Seorang wartawan agensi berita Associated Press (AP) di lokasi kejadian menyatakan, letupan kuat itu dapat didengari pada jarak sekitar 20 kilometer. Ia menyebabkan bahagian hadapan dan sebahagian bangunan tersebut runtuh. Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melakukan serangan tersebut. - AFP | |
Posted: Hari Krismas disambut meriahPENDUDUK beratur untuk membeli kek dan roti menjelang Krismas di Tacloban, tengah Filipina semalam. TACLOBAN - Mangsa Taufan Haiyan di Filipina tetap melakukan persiapan untuk menyambut Krismas semalam di sebalik kemusnahan yang melanda komuniti mereka. "Tiada apa dapat menghalang kami daripada meraikan Krismas walaupun kami telah kehilangan kediaman kami," kata isteri seorang penjual daging, Ellen Miano, 63, kepada agensi berita AFP di sini. Bandar ini merupakan lokasi paling teruk terjejas dalam bencana dahsyat itu. Membawa angin selaju 315 kilometer sejam, Taufan Haiyan meratakan kejiranan Magallanes di pesisir pantai di sini dengan tsunami yang dicetuskan memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya pada 8 November lalu. Menurut perangkaan kerajaan, ribut itu menyebabkan 4.4 juta penduduk hilang kediaman dengan anggaran kerosakan mencecah AS$12.9 bilion (RM41.7 bilion). "Taufan Haiyan menjejaskan kawasan seluas negara Portugal yang mengambil masa empat tahun untuk pulih," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan. Miano yang tinggal bersama suami dan empat anak saudara mereka membina sebuah bangsal menggunakan serpihan kayu dan logam yang telah dikumpulkan. "Keluarga kami akan makan malam sempena Hari Krismas tengah malam ini (semalam) berbekal mi goreng dan roti yang diberikan oleh sebuah agensi bantuan," katanya. Jiran mereka, Ronfrey Magdua, 20, membina sebuah tanglung gergasi setinggi empat meter di halaman rumah sebuah keluarga yang terbunuh dalam bencana itu. "Saya membuatnya untuk menghormati mereka yang telah mati," kata Magdua yang membelanjakan wang sendiri sebanyak 2,000 peso (RM146) untuk projek tersebut. Namun, di tengah-tengah kemusnahan yang berlaku, ramai penduduk cuba membina semula kehidupan mereka. Mereka berusaha mendirikan kembali rumah masing-masing menggunakan apa sahaja bahan yang ditemui atau membelinya menggunakan wang agihan beberapa agensi bantuan di sini. Sebahagian lagi penduduk masih tinggal di khemah-khemah yang dibekalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam pada itu, Jurucakap Program Makanan Sedunia PBB, Amor Almagro berkata, agensi berkenaan telah mengagihkan wang berjumlah 1,300 peso (RM95) kepada lebih 18,000 keluarga termiskin di sini dan beberapa kawasan sekitarnya. Bandar ini dan beberapa daerah berdekatan mencatat 5,000 daripada 6,000 kematian yang disahkan manakala hampir 2,000 lagi hilang, sekali gus menjadikan Haiyan, taufan paling berdarah dan antara bencana alam yang terburuk di Filipina. - AFP | |
Ibu anjing susukan anak harimau Posted: Ibu anjing susukan anak harimauTIGA ekor anak anjing berkongsi susu dengan dua ekor anak harimau Siberia. HANGZHOU - Seekor anjing betina bernama Xiao Wang yang memiliki tiga ekor anak menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau Siberia yang dibuang oleh ibunya, kata seorang penjaga sebuah zoo di China. Kejadian itu berlaku di Zoo Hangzhou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China. Ibu anjing itu dibawa dari sebuah kampung berdekatan bersama tiga ekor anaknya untuk menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau itu yang lahir pada 10 November lalu. Anak harimau dan anjing itu terpaksa bersaing setiap kali haiwan berbeza spesies itu hendak menyusu. Kejadian anjing menjadi ibu tumpang bukan pertama kali berlaku di Zoo Hangzhou. Pada tahun 2010, seekor anak harimau bernama Lucky diperkenalkan kepada seekor ibu anjing selepas haiwan tersebut tidak diterima oleh ibunya. Perkara serupa pernah berlaku terhadap haiwan lain secara semula jadi. Pada tahun 2005, seekor anak tupai di Seattle, Amerika Syarikat (AS) telah disusukan oleh seekor anjing jenis papillon yang bunting bernama Mademoiselle Giselle. Harimau Siberia merupakan spesies kucing yang terbesar di dunia dan banyak terdapat di timur Rusia. Spesies berkenaan juga boleh ditemui di China dan Korea Utara. Namun, populasi haiwan itu kini diancam kepupusan apabila dianggarkan hanya 400 sehingga 500 ekor harimau Siberia sahaja yang masih boleh ditemui di habitat asalnya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |