Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Yingluck sedia adakan pilihan raya
- Parti pemerintah India kalah teruk
- Budak perempuan belasah bayi 18 bulan
Yingluck sedia adakan pilihan raya Posted: Yingluck sedia adakan pilihan raya
BANGKOK - Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra semalam menyatakan, beliau bersetuju mengadakan pilihan raya untuk menamatkan bantahan antikerajaan ketika krisis politik dalaman Thailand kian meruncing susulan peletakan jawatan sebahagian besar wakil rakyat pembangkang. Bandar raya ini bakal berdepan satu lagi tunjuk perasaan besar- besaran hari ini yang disifatkan sebagai konfrontasi terakhir bagi menggulingkan Yingluck, sekali gus mengekang pengaruh abangnya, Thaksin Shinawatra. "Kami meletak jawatan sebagai wakil rakyat untuk berarak bersama rakyat bagi menentang rejim Thaksin," kata wakil rakyat Parti Demokrat, Sirichok So- pha. Thailand digegarkan dengan beberapa episod pertumpahan darah sejak Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera tujuh tahun lalu. Kerajaan Yingluck turut dikejutkan oleh demonstrasi jalanan sejak lebih sebulan lalu dengan bi- langan mereka mencecah puluhan ribu orang beberapa kali. Penunjuk perasaan itu mahu kerajaan sedia ada dimansuhkan dan diganti dengan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Majlis Rakyat (PC). Semalam, Yingluck sekali lagi menawarkan untuk mengadakan pilihan raya jika para penunjuk perasaan bersetuju untuk menghormati proses demokrasi di negara itu. Pihak pembangkang tersebut terdiri daripada kelompok penyokong monarki, penduduk kelas pertengahan dan kumpulan penentang Thaksin yang lain. "Kerajaan bersedia membubarkan Parlimen jika majoriti rakyat mahukannya," kata Yingluck dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen. Di bawah undang-undang Thailand, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubar. "Namun, jika penunjuk perasaan atau sebuah parti politik utama lain (Parti Demokrat) tidak mene- rima saranan ini atau keputusan pilihan raya itu nanti, ia akan menyebabkan konflik politik di negara ini berpanjangan," tambahnya. Bagaimanapun, para pemimpin tunjuk perasaan tidak berpuas hati dengan usul Yingluck, sekali gus menyebabkan kedua-dua pihak berada di jalan buntu. Situasi tidak stabil yang berlarutan juga dibimbangi akan menakutkan pelabur asing dan pelan- cong untuk berkunjung ke Thailand. "Kerajaan tanpa pilihan raya (PC) seperti yang diminta oleh pembangkang akan menjejaskan reputasi dan kestabilan negara," kata Yingluck. "Jika penunjuk perasaan mahu- kannya, mereka patut bertanya adakah ia kehendak majoriti rakyat," ujarnya. Konflik politik Thailand membabitkan golongan kelas pertengahan dan penyokong monarki yang disokong tentera menentang penduduk pedalaman serta golongan pekerja yang setia kepada Thaksin. Bekas Perdana Menteri Thailand itu melarikan diri ke luar negara pada 2008 untuk mengelak hukuman penjara selepas beliau didapati bersalah melakukan rasuah. Dalam pada itu, situasi dalam negara tersebut masih tegang susulan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di sini pada minggu lalu. Kekacauan tersebut menyebabkan lima orang terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera. - AFP | ||
Parti pemerintah India kalah teruk Posted: Parti pemerintah India kalah terukPenyokong Parti Aam Aadmi meraikan kemenangan mereka di New Delhi semalam. NEW DELHI - Parti pemerintah, Parti Kongres kalah teruk kepada pembangkang di India dalam pilihan raya negeri yang dilihat sebagai ujian terakhir buat kerajaan menjelang pilihan raya umum tahun depan. Keputusan awal menunjukkan Parti Kongres yang mentadbir India sedekad lalu kecundang di semua empat negeri di mana pilihan raya itu diadakan termasuk untuk kerusi bandar raya ini. Pilihan raya di empat negeri berkenaan iaitu Delhi, Chhattisgarh, Rajasthan dan Madhya Pradesh diadakan secara berasingan pada bulan lalu tetapi pengiraan undi hanya bermula semalam. Parti itu berada di tempat ketiga di belakang dua parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Bharatiya Janata (BJP) dan sebuah parti anti-rasuah, Parti Aam Aadmi atau Parti Orang Biasa. Ketua Menteri yang mentadbir kota raya ini sejak 15 tahun lalu, Sheila Dikshit mengakui kekalahan Parti Kongres selepas keputusan pengiraan undi melibatkan lebih enam kerusi di sini diisytiharkan. "Kami menerima kekalahan ini dan kami akan menganalisis apa yang tidak kena," kata Sheila. "Kami mengucapkan terima kasih kepada warga kota raya ini kerana menyokong Parti Kongres selama 15 tahun," tambahnya. Walaupun keputusan itu meningkatkan imej BJP sokongan mendadak kepada parti anti-rasuah berkenaan di sini menunjukkan kemarahan orang ramai terhadap gejala rasuah dalam kerajaan. Satu lagi proses pengiraan undi melibatkan negeri Mizoram yang diperintah Parti Kongres akan diadakan hari ini. - AFP | ||
Budak perempuan belasah bayi 18 bulan Posted: Budak perempuan belasah bayi 18 bulan
CHONQING, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilihat memukul dan menendang seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di dalam lif sebuah apartmen di sini. Kejadian itu yang dirakam kamera keselamatan lif berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan selepas ia tersebar di internet. Penduduk setempat yang berang dengan kejadian itu menggelarkannya sebagai "Budak Syaitan". Rakaman bertarikh 25 November itu menunjukkan ibu kanak-kanak malang itu sedang menolak basikal mainan anaknya keluar dari lif berkenaan. Namun, dia tidak menyedari bayi itu tertinggal di dalam lif bersama budak perempuan tersebut yang tiada pertalian keluarga dengannya. Budak perempuan itu kemudian membelasah dan menendang mangsa sebelum dia mengangkat bayi tersebut dan mencampakkannya dari sebuah balkoni di tingkat 25 bangunan apartmen berkenaan. Bayi lelaki malang itu kemudiannya ditemui di tingkat bawah apartmen berkenaan dalam keadaan parah sebelum meninggal dunia di sebuah hospital. Pihak polis di sini memberitahu, kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana masih di bawah umur. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |