Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Majlis Perbandaran Tawau rampas 1,000 Kilogram pisang seludup
- Polis Selangor tahan 12 anggota sindiket curi susu formula
- Kemenangan pertama esok tentukan misi pertahankan pingat emas negara - Kim Swee
Majlis Perbandaran Tawau rampas 1,000 Kilogram pisang seludup Posted: Majlis Perbandaran Tawau rampas 1,000 Kilogram pisang seludup09/12/2013 10:14pm TAWAU - Pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas hampir 1,000 kilogram pisang yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran melalui tempat yang tidak diwarta di sini, Sabtu lepas. Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau, Azinun Sanarul berkata, pisang itu dirampas ketika pihaknya membuat pemeriksaan di Pelabuhan Batu Batu pada kira-kira 10.30 pagi. "Ketika pemeriksaan, pisang terbabit sedang dipunggah oleh lima individu daripada bot jongkong, namun ketika ditanya, kesemua individu mengaku hanya bekerja untuk mengangkat pisang berkenaan ke kawasan itu. "Sepatutnya, semua barangan yang diimport masuk ke negara ini perlu melalui pemeriksaan agensi kerajaan yang berkaitan, dan barangan yang dibawa masuk ke sini sepatutnya melalui jeti di kawasan Logpond yang diwartakan sebagai jeti khas untuk tujuan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata, siasatan mendapati pisang itu dibawa masuk dari Nunukan untuk dijual di pasaran tempatan. Sehubungan itu, Azinun meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat ada pihak yang cuba membawa masuk pelbagai barangan seperti buah-buahan dan makanan lain di kawasan berkenaan. "Kami menerima banyak aduan daripada peniaga tempatan yang mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kemasukan barangan seperti buah-buahan dan bahan makanan lain dari negara jiran secara tidak terkawal," katanya. - Bernama |
Polis Selangor tahan 12 anggota sindiket curi susu formula Posted: Polis Selangor tahan 12 anggota sindiket curi susu formula09/12/2013 10:10pm SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menahan 12 anggota sindiket curi susu formula dan barangan kegunaan harian di empat negeri pada Rabu dan Jumaat lepas, yang dikatakan telah mengaut keuntungan lebih RM100,000. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, intipan dilakukan hasil laporan cubaan curi oleh orang awam di sebuah pasar raya di sini dan sindiket yang bergerak aktif sejak Mac lepas itu berjaya dijejaki. Katanya, polis mendapati mereka menyasarkan kedai 24 jam di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur untuk melakukan jenayah itu. "Majoriti suspek adalah wanita. Modus operandi yang digunakan dengan menyorokkan barangan curi di dalam jubah atau baju kurung yang dipakai iaitu di celah kelangkang atau di dalam beg tangan yang dibawa. "Kemudian, suspek akan menjualnya di kedai-kedai yang didapati bersubahat dengan sindiket berkenaan pada harga yang jauh lebih murah, iaitu berbeza kira-kira 20 peratus daripada harga sebenar," katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama |
Kemenangan pertama esok tentukan misi pertahankan pingat emas negara - Kim Swee Posted: Kemenangan pertama esok tentukan misi pertahankan pingat emas negara - Kim Swee09/12/2013 10:10pm NAYPYITAW, MYANMAR - Malaysia hanya mahu mengutip tiga mata penuh tanpa mengharapkan jaringan besar ke atas Brunei dalam membuka misi mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-27 di sini esok. Jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee berkata, kemenangan perlawanan pertama amat penting bagi meningkatkan keyakinan pasukan melakar percaturan mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Indonesia, pada 2011. Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Brunei dan Laos. Pada aksi pembuka tirai kumpulan B semalam, Brunei tewas 7-0 kepada Vietnam manakala Singapura terikat seri 1-1 kepada Laos. "Sudah tentu kita perlu perolehi kemenangan pertama pada aksi menentang Brunei esok untuk dijadikan sebagai satu permulaan yang baik kepada pasukan," katanya kepada pemberita ketika menjalani latihan di Stadium Zayar Thiri di sini hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |