{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Kemuncak pencapaian Hafiz

Posted:

Kemuncak pencapaian Hafiz

Kemuncak pencapaian Hafiz

KEJAYAAN demi kejayaan telah diraih oleh anak muda kelahiran bumi Sarawak ini. Selepas dinobatkan sebagai juara rancangan pencarian bakat popular, Akademi Fantasia musim ketujuh beberapa tahun yang lalu, Hafiz Suip, 23, seperti enggan berhenti menambah jumlah anugerah dan pengiktirafan menambah portfolio pencapaiannya dalam bidang muzik.

Sabtu lalu, penyanyi berbintang Pisces ini sekali lagi mencipta sejarah tersendiri selepas buat julung kalinya berjaya mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) dengan membawa pulang tiga anugerah iaitu Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

Bagaimanapun, kejayaan yang diterima oleh Hafiz sedikit sebanyak memberikan impak terhadap hasil kerjanya pada masa akan datang. Meraih pelbagai anugerah menuntut pelbagai usaha untuk mengekalkan skala persembahan agar jangkaan penggemar dapat dipenuhi.

Anugerah sebagai motivasi

Menjadi kurang enak jika pengiktirafan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang peminat harapkan. Akui Hafiz, apa yang diterima setakat ini memberikannya motivasi dalam memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

"Setelah memenangi banyak anugerah, saya perlu lebih fokus terhadap kerjaya. Saya juga jadikan segala pengiktirafan yang diterima sebagai cabaran untuk masa akan datang.


SEMUA keputusan pemenang AIM 20 pada tahun ini tidak mengundang kontroversi.


"Bayangkan setelah menerima anugerah-anugerah ini, saya membuat persembahan seperti melepaskan batuk di tangga. Pasti kemenangan saya akan dipertikaikan. Lebih banyak kemenangan yang kita kecapi, lebih tinggi jangkaan orang terhadap kita," ujar Hafiz yang menerima ketiga-ketiga anugerah tersebut menerusi album keduanya, Luahan Hati Anak Seni.

Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu turut menegaskan, apa yang penting adalah minat yang mendalam terhadap apa yang dilakukan.

"Saya percaya dengan niat yang betul dan keikhlasan ketika bekerja. Setiap pekerjaan yang dilakukan haruslah didahului dengan minat. Jika kita tahu apa yang kita lakukan, maka apa yang diusahakan akan berhasil," ujarnya lagi.

Berkongsi kemenangan

Ditebak dengan soalan mengenai kejayaan besarnya pada malam itu, Hafiz berkata, apa yang diterimanya bakal dikongsikan dengan orang lain.

"Kemenangan saya pada malam ini bukan sahaja untuk karier saya dalam bidang nyanyian, malah saya turut ingin berkongsinya ini dengan calon-calon lain yang turut sama memperjuangkan seni muzik.

"Saya juga ingin berkongsi trofi-trofi kemenangan saya ini dengan para peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya. Tetapi trofi ini biar saya simpan di rumah," seloroh jejaka yang pernah terkenal dengan imej rambut afronya suatu ketika dahulu.

Jaga suara

Sepanjang bergelar penyanyi, kualiti suaranya sering mendapat perhatian ramai. Ketika menyanyikan lagu Ku Akui pada Anugerah Juara Lagu 27, Hetty Koes Endang yang diundang sebagai juri jemputan pada ketika itu berdiri sepanjang dia melakukan persembahan. Hasilnya, dia dipilih sebagai penerima anugerah Vokal Terbaik pada malam itu.


MENANG lagi. Hafiz Suip merangkul tiga anugerah tertinggi dalam AIM 20 termasuk Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni.


Pada AIM20, vokal Hafiz sekali lagi diiktiraf menerusi lagu hitnya, Bahagiamu Deritaku. Tidak begitu menerapkan penjagaan khusus terhadap jagaan vokal, Hafiz berkata, dia hanya mengamalkan pengambilan air masak yang secukupnya setiap hari selepas bangun daripada tidur.

"Saya tidak berpantang dalam memilih makanan. Cuma, arwah nenek ada berpesan, air masak sangat bagus untuk kesihatan. Selain baik untuk vokal, air masak juga dikatakan baik untuk tubuh badan. Justeru, setiap kali selepas bangun tidur, saya akan meminum segelas air masak sebelum bersarapan," katanya.

Selain itu, Hafiz turut berkongsi petua pelik yang dipelajarinya ketika berada di Jakarta bagi untuk mengubati sakit kerongkong.

"Kicap pekat dan air perahan limau. Itu adalah resepi orang-orang di sana untuk mengubati sakit kerongkong. Setelah mencuba, ternyata cara tersebut memang berkesan," ujarnya sambil tersenyum.

Kerjasama dengan nama besar

Kekerapan kolaborasi antara Hafiz dan nama-nama besar bukanlah asing bagi para peminat. Awal tahun ini, dia muncul dengan single bertajuk Muara Hati bersama penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Beberapa bulan kemudian, Hafiz meluaskan legasi duetnya dengan Datuk Rossa menerusi lagu Salahkan.

Teruja dengan setiap kolaborasi yang dijayakannya, ujar Hafiz, peluang yang ada perlu dicapai jika mahu meluaskan sayap ke peringkat yang lebih tinggi.

"Secara jujur saya memang meminati Siti Nurhaliza. Mendapat peluang berduet dengannya merupakan peluang yang tidak akan saya lepaskan. Sementelah, dia merupakan idola saya dalam bidang nyanyian.

"Ketika diberi tawaran untuk menyanyi dengan Rossa pula, saya tidak berfikir panjang. Rossa juga merupakan figura yang prominen dalam industri hiburan di Indonesia. Lagipun, peluang ini turut membuka pintu bagi saya untuk mengembangkan karier di sana," katanya.

PROFESIONAL. Awie dan Erra Fazira muncul sebagai 'pasangan' penyampai yang mendapat perhatian khalayak pada malam AIM 20.


Kurus bersebab

Sejak beberapa bulan yang lalu, penampilan fizikal Hafiz sedikit berbeza. Tubuhnya yang dulu sedikit berisi kelihatan susut dan imejnya pula lebih bergaya dengan potongan rambut baharu.

Akui Hafiz, sebagai seorang penghibur, dia harus mementingkan penampilan serta penjagaan kesihatan bagi memberikannya lebih keyakinan ketika melakukan persembahan.

"Saya mengamalkan diet yang seimbang serta sering pergi ke gim untuk melakukan senaman kardio. Tujuan saya menguruskan badan bukan kerana tuntutan kerjaya semata-mata.

"Ibu dan bapa saya penghidap diabetes. Tidak mustahil saya juga akan mendapat penyakit yang sama pada masa akan datang. Jadi, mungkin risiko menghidap penyakit itu dapat dikurangkan jika saya mengamalkan diet dan cara hidup yang seimbang," ujarnya lagi.

Tuduhan skandal dengan isteri orang

Posted:

Tuduhan skandal dengan isteri orang

Tuduhan skandal dengan isteri orang

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


REAKSI Adi Putra (tiga dari kanan) pada sidang akhbar yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SETELAH empat bulan dikaitkan dengan skandal dan penyebaran foto mengghairahkan dengan isteri orang, pelakon sensasi Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra akhirnya mengadakan sidang akhbar memberitahu yang dia kini bebas daripada sebarang tuduhan.

Adi, 32, memberitahu, telah menerima keputusan rasmi tersebut daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember lalu dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Terdahulu, pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Adi berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman sosial Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.

Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun Adi dalam sebuah akhbar sebelum ini menafikan dia menggunakan pengaruh golongan kenamaan untuk menutup kes berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ikuti temu bual pihak media bersama Adi ketika ditemui pada majlis sidang akhbarnya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Boleh anda jelaskan mengenai keputusan yang diterima daripada PDRM 2 Disember lalu?

ADI: Selepas siasatan dibuat, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya.

Kenapakah kes tersebut digugurkan?

Saya tidak boleh nyatakan kenapa kes ini digugurkan. Saya tahu, mungkin akan timbul spekulasi bila saya tidak nyatakan kenapa kes ini digugurkan. Sepatutnya status saya sebagai seorang pelakon, saya harus kongsikan penjelasan tersebut dengan masyarakat. Tetapi kerana kes ini sulit, saya kena hormati keputusan pihak polis.

ADI PUTRA meraih sokongan penuh daripada isterinya, Aida Yusof.


Ada dakwaan yang mengatakan kes anda ini digugurkan atas sebab suka sama suka? Benarkah?

Saya minta secara ikhlas jangan lagi kaitkan saya dengan kes ini sebab ia sudah berakhir. Jika ada sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang mengaitkan saya dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dan ia menjatuhkan maruah serta reputasi, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Adakah anda tahu pihak wanita juga mengadakan sidang akhbar?

Tidak. Saya tidak tahu.

Jadi, bagaimanakah anda boleh menghalang kami (media) membuat liputan sedangkan pihak wanita terbabit mengadakan sidang akhbar untuk menentang kes itu?

Kalau tiada apa-apa aduan daripada pihak sana, tetapi media masih buat cerita saya akan ambil tindakan. Sebabnya, ada pihak yang menulis saya bakal dipenjara lima tahun atas kesalahan melakukan gangguan seksual. Sedangkan, kalau saya melakukannya saya akan direman, tetapi saya masih berlakon dan meneruskan kerjaya saya.

Apakah tindakan anda sepanjang siasatan dilakukan?

Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM bagi membantu siasatan. Saya juga sentiasa mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau komen yang boleh mengganggu siasatan pihak polis sehingga satu keputusan rasmi diperoleh.

Bagaimanakah perasaan anda setelah menerima keputusan tersebut?

Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana kes yang membelenggu diri saya selama ini akhirnya selesai. Saya peroleh kekuatan daripada ibu yang mengatakan orang teraniaya adalah orang yang selamat.

Saya ingin tegakkan kebenaran - Amiruddin

Posted:

Saya ingin tegakkan kebenaran - Amiruddin

Saya ingin tegakkan kebenaran - Amiruddin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


AIDA bersama suaminya, Amiruddin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SELEPAS pelakon Adi Putra membuat sidang akhbar pada Khamis lalu berhubung skandal yang membabitkan dirinya dengan isteri orang, akhirnya wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib dan suaminya, Amiruddin Osman tampil secara terbuka dan bertemu dengan pihak media sehari kemudian.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Amiruddin menjelaskan, dia dan isterinya tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak polis apabila kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menurut Amiruddin, pihaknya merasakan adanya unsur berat sebelah dan sikap tidak profesional terhadap pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan dan satu aduan telah dibuat ke bahagian tatatertib Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kosmo!: Bolehkan anda jelaskan lebih lanjut berkenaan aduan yang telah dibuat itu?

AMIRUDDIN: Pada 2 Disember lalu, saya telah dihubungi pegawai penyiasat berkenaan dan diberitahu bahawa kes ini telah diklasifikasikan sebagai NFA. Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati kerana merasakan kes ini tidak ditangani dengan baik serta terdapat beberapa bukti pegawai tersebut tidak profesional.

Satu buktinya, terdapat sekeping gambar yang cukup mesra antara Adi dan pegawai berkenaan diambil ketika pelakon itu datang ke balai polis untuk memberikan keterangan. Selain itu, dengan beberapa bukti lain yang diperoleh, maka saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat aduan di Bukit Aman.

Apakah yang anda inginkan berhubung aduan yang telah dibuat itu?

Saya membuat tindakan sebegini bukanlah hendak membuat tuduhan yang melulu, sebaliknya meminta supaya satu siasatan terhadap pegawai tersebut atau menukar pegawai lain untuk menyiasat kes ini.

Kes ini mendapat perhatian ramai setelah anda membuat laporan polis pada bulan Ogos lalu. Mengapakah anda tidak berjumpa sahaja dengan lelaki yang dipercayai pelakon itu untuk menyelesaikannya?

Pertama sekali, saya membuat laporan polis kerana ingin tegakkan kebenaran. Biarpun memang ramai yang tidak percaya, namun saya yakin perkara ini memang benar-benar berlaku berdasarkan bukti-bukti yang ada.

Lagipun, saya sudah beberapa kali menghubunginya menerusi telefon dan mengajaknya berjumpa secara bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini secara gentleman, tetapi dia yang tidak mahu dan memberikan pelbagai alasan. Kalau rasa diri tidak bersalah, buat apa takut untuk berjumpa.

Ketika bercakap dengannya menerusi telefon, adakah dia ada membuat permohonan maaf?

Tidak dinafikan yang dia ada meminta maaf, tetapi ia masih belum memadani kerana dalam masalah yang besar sebegini dia sepatutnya datang dan berjumpa dengan saya dan berbincang bersama-sama.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat