{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Zahnita membasuh luka

Posted:

Zahnita membasuh luka

Zahnita membasuh luka

ULU hatinya bagai dirodok sembilu tajam, menghiris dan berdarah tak terhenti. Siapa yang gembira andai percerai- an menjadi pilihan akhir menamatkan hubungan rumah tangga yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama-sama?

Tapi itu ketetapan yang Zahnita Dorothy Hussein Wilson pilih. Bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.

"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!

"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama.

"Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami," jelas Zahnita secara eksklusif kepada Kosmo! ketika sesi fotografi baru-baru ini.

Terkejut apabila kisah berantakan rumah tangganya boleh sampai ke pengetahuan umum, Zahnita, 28, bagaimanapun akur dan nekad dengan keputusannya.

Setelah memfailkan saman terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, sebutan pertama kes penceraian pasangan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.

Lewat tahun 2011, Zahnita mengakui gosip rumah tangganya sedang bergolak, namun pasangan itu mengambil langkah awal untuk membetulkan keadaan daripada menjadi semakin parah.

PENGUBAT DUKA... Zahnita bersama dua permata hatinya, Zahrafeena dan Zasharayna.


Peluang terkubur

Tambah Zahnita, selepas seminggu membuat permohonan cerai akhirnya baru hari Jumaat lalu dia masih belum berpeluang untuk menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Abdul Zac- kery Ghouse memandangkan suaminya berada di luar daerah.

"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.

"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.

"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini," ulasnya lanjut.

Menyifatkan tidak harus 'membogelkan' kisah rumah tangga kepada khalayak umum, jelas Zahnita, dia harus akur sama ada sekarang atau kelak kisah perceraiannya akan sampai ke pengetahuan ramai.

"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," kata Zahnita menyeka empangan air matanya.

Sesi fotografi diserikan dengan kehadiran kedua- dua permata hatinya, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1, yang sering mengusik ibunya ketika sedang bersiap.

Ibarat mewarisi bakat semula jadi ibunya beraksi di hadapan lensa kamera, Zarafeena dan Zasharayna barangkali sudah memahami perihal kehidupan seni dan ranjau yang ditempuh terdahulu oleh Zahnita.

"Merekalah kebahagiaan saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah suatu kegembiraan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Mereka melengkapi hidup saya," tambahnya.

ZAHNITA mengaku yang dia nekad bercerai dengan suaminya, Zackery selepas gagal berusaha memulihkan kebahagiaan rumah tangga mereka.


Comeback

Disebabkan keputusan yang telah diambil untuk menjalani kehidupan tanpa individu bergelar suami, Zahnita tekad mahu kembali ke bidang lakonan selain beraksi di pentas peragaan.

"Saya tidak akan menjadi model sampai umur 35 tahun, jadi inilah waktu paling sesuai untuk saya kembali ke layar perak.

"Lagipun, sepanjang tempoh 10 tahun tidak berlakon saya sangat merindui bidang itu. Saya kini lebih matang dan bersedia, malah pengalaman telah banyak mengajar saya.

"Kalau dulu saya tidak selesa, terkejut dan gagal mengawal situasi. Malah, keluar makan pun segan sebab orang kenal saya," kata pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu.

Zahnita dalam pada itu mengakui yang kisah kontroversi dan peribadinya lebih mempopularkan namanya berbanding bakat atau kerjaya.

"Peribadi telah mencipta karier saya dan kisah kontroversi terlebih dahulu menolak saya ke depan berbanding hasil kerja saya dalam bidang seni.

"Saya tidak gusar dengan pelakon muda dan mungkin ada yang akan menganggap saya terlewat untuk kembali ke bidang lakonan.

"Sebelum ini saya banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Sebenarnya, menjadi seorang ibu telah banyak mendidik saya menjadi seorang yang bertanggungjawab," jelasnya yang teringin menjayakan watak psiko dan seram.

Tasha akui rapat dengan Hans

Posted:

Tasha akui rapat dengan Hans

Tasha akui rapat dengan Hans

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

TASHA SHILA menyatakan, menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab gosip tentang cinta yang sering menerpa dirinya.


BUKAN satu berita yang mengejutkan apabila pelakon Tasha Shila kini kembali lagi dengan gosip cinta. Reda seketika daripada gosip mengenai kisah cintanya dengan pemain bola sepak Malaysia iaitu Mahali Jasuli, pelakon tersebut dikaitkan pula dengan seorang peninju Muay Thai.

Cerita mengenai Tasha dan peninju tersebut mula diperkatakan apabila beberapa keping gambar mereka berdua yang kelihatan cukup mesra mula bertebaran di internet.

Berkesempatan bertemu dengan pelakon popular berkenaan semasa acara Anugerah Skrin 2013 minggu lalu, Tasha lantas tertawa dan sudah dapat menjangkakan soalan yang ingin dituju kepadanya.

Secara terbuka, Tasha menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hubungan rapat yang sedang terjalin antaranya dengan jejaka tersebut.

Kosmo!: Baru-baru ini tersebar gambar Tasha dengan seorang jejaka. Boleh jelaskan siapakah jejaka itu?

TASHA: Jejaka yang dimaksudkan itu ialah Hans dan dia seorang lelaki keturunan Cina. Perkenalan kami bermula setelah dipertemukan oleh rakan-rakan kami dalam sebuah majlis.

Kami sudah berkenalan sejak tiga bulan lalu dan tidak dinafikan kami sekarang agak rapat. Dia merupakan seorang atlet yang agak aktif dalam sukan Muay Thai dan setakat itu sahaja yang saya boleh beritahu.

Sejauh manakah perhubungan kalian setakat ini?

Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan.

Sekarang ini saya tidak berani bercakap tentang hubungan yang lebih serius kerana soal jodoh semuanya terserah kepada Allah SWT.

Jadi, biarlah kami berkawan sahaja buat masa ini. Saya sangat senang dan selesa berkawan serta tertarik dengan karakternya yang pemalu.

Anda tidak kisah sekiranya ditakdirkan jatuh cinta dengan jejaka yang berlainan kaum atau agama?

Bagi saya, soal kaum atau agama itu bukanlah suatu penghalang untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Semasa saya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik terkenal dahulu pun saya sudah berkawan dengan ramai orang yang berbeza agama dan kaum.


MESRA... Tasha tidak kisah akrab dengan Hans yang bukan beragama Islam.


Sepanjang menjalinkan hubungan, adakah anda dan Hans pernah keluar berdua-duaan?

Biasanya kalau hendak keluar ke mana-mana kami akan keluar dengan rakan-rakan yang lain secara beramai-ramai. Lagipun, ada di antara rakan Hans merupakan rakan saya juga, malah kini saya sudah mula belajar Muay Thai dengan salah seorang rakan Hans.

Cuma, saya tidak mahu peminat salah sangka yang saya belajar Muay Thai semata-mata kerana Hans, sebaliknya saya melihat sebagai seorang wanita perlu adanya asas dalam seni mempertahankan diri.

Bagaimanakah pula hubungan anda dengan Mahali?

Sehingga kini saya dan Mahali masih lagi berkawan seperti biasa dan tetap berhubung menerusi telefon, namun kami berdua sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Adakah anda berasa rimas apabila sering dikaitkan dengan gosip cinta sepanjang bergelar artis?

Saya melihat perkara sedemikian sebagai asam garam dalam dunia hiburan dan saya tidak dapat mengelak berhadapan dengan gosip sebegini.

Biarlah apa orang lain hendak kata kerana yang lebih penting saya sudah membuat penjelasan apabila sesuatu gosip itu timbul dan terpulang kepada penilaian masing-masing.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?

Pada minggu hadapan saya akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Dingin Sahara bersama Afiq Muiz.

Penggambaran akan dilakukan di Bandung, Indonesia dan kami akan berada di sana selama tiga minggu.

Selepas selesai menjalani penggambaran drama tersebut, saya akan terbang pula ke Korea Selatan selama sebulan kerana menjalani penggambaran drama berisi, Gerimis Salju bersama Nazim Othman.

Kemelut royalti MACP

Posted:

Kemelut royalti MACP

Kemelut royalti MACP

Oleh IZWAN MOHD. ISA


DATUK M. Nasir menerima Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak pada Malam Mesra Anugerah MACP 2013.


PEMBAYARAN royalti secara pukal oleh kerajaan kepada badan-badan pengutip royalti seperti Hak Cipta Karyawan (M) Berhad (MACP), Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) dan Persembahan Artis (Malaysia) Sdn. Bhd. (Prism) dilihat sebagai membebankan dan kurang efektif.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan berkata, melalui sistem tersebut, pihak kerajaan membayar RM1 juta setahun kepada ketiga-tiga badan berkenaan walaupun jumlah kutipan royalti adalah lebih daripada itu.

"Mengikut perkiraan yang sebelumnya, kami mampu mengutip lebih RM1 juta setiap tahun daripada kerajaan. Ia tidak termasuk kutipan royalti yang dituntut oleh PPM dan Prism.

"Jika keadaan ini berterusan, industri muzik kita akan terganggu dan lama-kelamaan boleh menjadi lumpuh. Komposer dan penulis lirik juga bakal berhadapan dengan situasi getir kerana mendapat pulangan yang sedikit hasil daripada kerja mencipta lagu dan lirik," ujarnya.

Habsah yang ditemui pada Malam Mesra Anugerah MACP 2013 di Mutiara Damansara baru-baru ini berkata, beliau berharap agar pembaharuan pengagihan royalti dapat dilakukan selepas kontrak bayaran royalti secara pukal tamat akhir tahun lalu.

"Saya berharap agar pihak kerajaan dapat menimbang permintaan kami untuk mengembalikan semula proses pembayaran royalti sama seperti sebelum ini.

"Melalui pembaharuan itu nanti, penggiat seni dapat berkarya tanpa perlu meragui jumlah royalti yang bakal diterima oleh mereka setiap tahun," ujarnya lagi.

Lagu perlu malar segar

Menyentuh mengenai kualiti lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik tempatan, Habsah berkata, mereka perlu bijak dalam mencipta lagu yang akan digemari oleh semua lapisan masyarat.

"Lagu-lagu yang dihasilkan perlulah malar segar. Jika lagu yang dihasilkan diterima baik dan sering dimainkan, maka peluang untuk mendapat pulangan royalti secara berterusan semakin cerah.


ADNAN ABU HASSAN menerima Anugerah Nadi Cipta yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) sambil diperhatikan oleh Habsah.


"Jika lagu-lagu yang dihasilkan hanya 'hangat' untuk jangka masa yang singkat, justeru pungutan royalti oleh pengkarya juga adalah sedikit," katanya yang turut dianugerahkan seba- gai Penulis Lirik Dengan Penda- patan terbanyak pada majlis tersebut.

Kurangkan lagu luar

Dalam pada itu, Habsah turut menggalakkan rakyat Malaysia agar terus mendengar karya- karya ciptaan anak tempatan.

"Royalti yang dibayar kepada penggiat seni luar lebih kurang RM200,000 setahun. Jumlah royalti yang kita terima pula hanyalah RM20,000.

"Situasi ini sungguh menyedihkan kerana ia membuktikan lagu-lagu dari luar negara banyak diputarkan di negara ini berbanding lagu-lagu sendiri," katanya.

Kemuncak Malam Mesra Anugerah MACP 2013 diteruskan dengan penganugerahan Anugerah Nadi Cipta kepada komposer terkemuka tanah air, Adnan Abu Hassan.

Malam itu juga menyaksikan penyanyi dan komposer terkemuka, M. Nasir menerima Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak.

Penyanyi yang sedang meningkat naik Aizat Amdan pula menerima Anugerah Kom poser Muda Berpontensi.

Bagaimanapun, dia tidak hadir untuk menerima anugerah yang diterimanya itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat