{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Kesihatan


Ibu gatal kulit, anak berisiko mati

Posted:

Ibu gatal kulit, anak berisiko mati

Ibu gatal kulit, anak berisiko mati

REES disahkan menghidap ICP sewaktu Lila (tengah) di dalam kandungannya.


KETIKA usia kandungannya mencecah 35 minggu, Magdalen Rees mengalami masalah kegatalan badan yang dirasai sehingga ke lapisan bawah kulit.

"Tidak dapat digambarkan betapa gatalnya ketika itu," ujarnya yang merupakan pengusaha syarikat teknologi maklumat di Winchester, England.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Rees memaklumkan kepada jururawat semasa sesi pemeriksaan kesihatan, dia hanya diberitahu kegatalan tersebut terjadi oleh sebab keregangan kulit dan dia disaran menggunakan krim pelembap.

Namun, bayinya disahkan meninggal dunia sungguhpun keadaan bayi lelaki yang diberi nama Henry itu kelihatan sihat pada zahirnya.

Selang 11 bulan, anak perempuan keduanya lahir tanpa sebarang masalah. Tiga tahun kemudian, pada tahun 2010, ketika Rees hamil kali ketiga, dia sekali lagi mengalami masalah kegatalan pada usia kandungan masuk minggu ke-32.

Perkara itu mengingatkan dia akan keadaan dirinya semasa mengandungkan Henry.

Lebih merisaukan apabila kegatalan yang dialaminya kali ini lebih teruk. Rasa gatal merebak ke lengan, kaki dan belakang badan, biarpun tiada tanda-tanda seperti ruam.

Kegatalan

Keadaan itu membuatkan dia teringat kepada masalah kegatalan kulit yang dihidap adik perempuannya yang baru bersalin.

Adiknya itu disahkan dijangkiti kolestasis intrahati kehamilan (ICP) iaitu sejenis penyakit hati yang mampu mendatangkan risiko maut pada bayi jika tidak dirawat.

"Saya terus memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan saya sebelum diminta melakukan ujian darah serta-merta," ujar Rees yang bimbang kalau insiden kematian bayinya berulang lagi.

Tekaan Rees tepat apabila doktor memberitahu, ujian darahnya menunjukkan dia mengalami ICP.

ICP merupakan penyakit hati yang selalunya menyerang ibu yang sedang hamil.

Malah, di United Kingdom, statistik menunjukkan sekitar 5,000 wanita di negara itu diserang ICP setiap tahun.

Punca utamanya disebabkan kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan berfungsi membantu proses penghadaman.

Penyakit itu digambarkan sebagai kegatalan yang tidak mampu dijelaskan dengan mata kasar.

Kebiasaannya, ia terjadi tanpa timbulnya ruam. Bagaimanapun, ibu mengandung boleh menyedari dirinya dijangkiti ICP menerusi perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.

KESAN garu akibat kegatalan yang dirasai sehingga ke lapisan bawah kulit.


Penyakit tersebut boleh berlaku seawal kandungan berusia enam minggu, meskipun kebiasaannya ia menyerang pada lewat tempoh kehamilan.

Profesor Kesihatan Wanita dan Pakar Obstetrik Kolej King London, Catherine Williamson berkata, ICP terjadi apabila hormon kehamilan mengganggu kemampuan hati untuk mengangkut sebahagian bahan kimia, termasuk asid hempedu yang terhasil di dalam darah dan merangsang saraf di bawah kulit yang menyebabkan kegatalan.

Asid hempedu menjadi toksin apabila ia terkumpul dan mampu memberi kesan buruk kepada jantung bayi. Ia sekali gus menyebabkan perubahan pada denyutan jantung bayi yang tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.

Kandungan mati

Pada tahun ini, kajian oleh Prof. Williamson dari Kolej Imperial London mendapati ICP berupaya menyebabkan tiga kali ganda risiko kandungan mati.

Dalam satu paras ICP yang lebih teruk lagi, bayi berisiko sembilan kali ganda untuk mati dalam kandungan berbanding kehamilan normal.

Bagi wanita yang tidak mengandung, asid hempedu berada pada bacaan 6 mikro mol/L.

Dalam tempoh kehamilan, wanita disahkan menghidap ICP apabila paras asid hempedu melebihi 14 mikro mol/L, dan risiko kandungan mati meningkat apabila ia mencatatkan bacaan melebihi 40 mikro mol/L.

Dalam kes Rees, dia mengalami perubahan mendadak pada bacaan asid hempedu daripada 14 mikro mol/L kepada 72/L selepas beberapa hari membuat pemeriksaan.

Rees diberikan rawatan dengan pengambilan ubat yang dipanggil asid ursodeoksikolik, juga dikenali sebagai UDCA atau urso.

Urso merupakan sejenis asid hempedu yang akan menyahkan asid hempedu berbahaya di dalam darah, sekali gus memberikan kelegaan pada rasa gatal dan melindungi bayi.

Sungguhpun begitu, bacaan asid hempedu Rees semakin meningkat mengakibatkan dia perlu melahirkan bayi perempuannya lebih awal iaitu pada minggu ke-35.

"Saya bersyukur apabila anak ketiga saya selamat dilahirkan. Tetapi saya agak sedih kerana mengambil mudah terhadap rasa gatal yang saya alami semasa mengandungkan anak sulung dulu," katanya.

Kentang goreng garing cetus kanser

Posted:

Kentang goreng garing cetus kanser

Kentang goreng garing cetus kanser


KENTANG dan roti yang dimasak pada suhu tinggi meningkatkan kandungan akrilamid pencetus kanser.


KENTANG goreng yang dimasak garing sememangnya enak. Namun, di sebalik kerangupannya, tersembunyi kandungan berbahaya berupa akrilamid.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengingatkan bahawa akrilamid berisiko mengakibatkan kanser.

Akrilamid dihasilkan oleh makanan seperti kentang, bijirin, dan roti yang digoreng atau dipanggang pada suhu tinggi dalam waktu yang lama.

Justeru, pengguna disarankan supaya memilih cara masakan dengan merebus atau mengurangkan tempoh memanggang.

Sementara itu, penyimpanan kentang di dalam peti sejuk juga dikatakan boleh meningkatkan jumlah akrilamid ketika makanan tersebut dimasak.

Sebaik-baiknya kentang disimpan di luar sahaja iaitu pada suhu bilik.

Diet madu bantu jadi langsing

Posted:

Diet madu bantu jadi langsing

Diet madu bantu jadi langsing


CAMPURAN lemon dan madu meningkatkan daya tahan tubuh.


MADU bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Malah, pengambilan air suam dengan lemon dan madu mampu membantu wanita mengurangkan berat badan.

Rutin pengambilan minuman ini selama seminggu boleh mengurangkan lemak tubuh sebanyak 1.4 kilogram.

Pengambilan diet madu seperti ini pernah dijelaskan dalam buku The Honey Diet karya Mike Mclnnes.

"Madu dalam diet ini akan menggantikan keperluan gula dalam aktiviti harian.

"Selain itu, ia dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat sederhana dan menggantikannya dengan karbohidrat kompleks," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat