Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 44 anak-anak Peka sertai majlis berkhatan
- Perlawanan persahabatan Hari Perkhidmatan Awam 2013
- KRT Kampung Raja Dagang agih bubur asyura
44 anak-anak Peka sertai majlis berkhatan Posted: 44 anak-anak Peka sertai majlis berkhatanAUSAMAH DARWISH (kanan) menyiram air ke arah anak-anak ahli Peka pada majlis berkhatan beramai-ramai di pekarangan Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. KHATAN. Seramai 44 kanak-kanak menyertai majlis berkhatan anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Naib Presiden 1 Peka, Ausamah Darwish Mohd. Daud berkata, program berkhatan anak-anak Peka dengan kerjasama Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. itu merupakan acara tahunan sejak lima tahun lalu melibatkan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. Pada majlis tersebut, semua kanak-kanak itu diarak secara beramai-ramai ke khemah majlis dengan iringan paluan kompang selain dimandikan bagi mengurangkan rasa takut. |
Perlawanan persahabatan Hari Perkhidmatan Awam 2013 Posted: Perlawanan persahabatan Hari Perkhidmatan Awam 2013PEMAIN Pasukan Bola Sepak Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Sarawak bergambar meraikan kemenangan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak baru-baru ini. PERSAHABATAN. Pasukan Bola Sepak Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Sarawak mengalahkan skuad Setiausaha Persekutuan negeri dengan jaringan 6-3 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak baru-baru ini. Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Md. Yahaya Basimin berkata, perlawanan persahabatan sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2013 itu bertujuan menanam semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani. |
KRT Kampung Raja Dagang agih bubur asyura Posted: KRT Kampung Raja Dagang agih bubur asyuraSEBAHAGIAN ahli KRT bersama bungkusan bubur asyura untuk diagihkan kepada penduduk di Kampung Raja Dagang, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini. AGIH. Sebanyak 3,000 bungkusan bubur asyura diagihkan kepada penduduk setempat selepas Program Asyura Komuniti (PAK) berjaya dianjurkan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Raja Dagang, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini. Dalam program itu, sebanyak tiga kawah bubur asyura dikacau oleh anggota KRT berkenaan. Pengerusi KRT Kampung Raja Dagang, Suzuki Ripin berkata, PAK adalah acara tradisi yang dianjurkan setiap tahun dan diagihkan sendiri anggota KRT dari rumah ke rumah penduduk. Selain PAK, beberapa aktiviti lain seperti ziarah penduduk yang sakit, gotong-royong dan majlis agama turut dilaksanakan bagi memasti fungsi KRT sebagai penghubung anggota masyarakat tercapai," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |