Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- GB4B Kota Melaka kumpul bantuan banjir
- Pelajar, kakitangan PPSK USM ajar Orang Asli guna komputer
- Anak yatim Baitul Maghfirah dibawa bersiar-siar sekitar Johor Bahru
GB4B Kota Melaka kumpul bantuan banjir Posted: GB4B Kota Melaka kumpul bantuan banjir
PRIHATIN. Orang ramai khususnya penduduk sekitar Kota Melaka, Melaka memberikan sumbangan berbentuk pakaian, barangan keperluan harian dan makanan kering untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Sumbangan diterima dalam satu program Misi Bantuan Banjir yang diusahakan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) Kawasan Kota Melaka di ibu pejabat One Stop Centre GB4B, Pengkalan Rampa, Melaka baru-baru ini. Barang-barang keperluan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Gabungan Belia Melaka untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri terlibat. | |
Pelajar, kakitangan PPSK USM ajar Orang Asli guna komputer Posted: Pelajar, kakitangan PPSK USM ajar Orang Asli guna komputerPELAJAR dan kakitangan PPSK USM bergambar bersama sebahagian anak Orang Asli yang mengikuti latihan komputer di perkampungan Orang Asli Tangkai Cermin, Teluk Intan, Perak baru-baru ini. baru-baru ini. BIMBING. Seramai 40 pelajar dan 25 kakitangan Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menganjurkan latihan komputer di perkampungan Orang Asli Tangkai Cermin, Teluk Intan, Perak baru-baru ini. Program sukarelawan bertemakan Melakar IT Bersama Komuniti itu diketuai penasihat PPSK USM, Prof. Madya Baharin Belaton. Menurut beliau, program itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi maklumat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan Orang Asli . | |
Anak yatim Baitul Maghfirah dibawa bersiar-siar sekitar Johor Bahru Posted: Anak yatim Baitul Maghfirah dibawa bersiar-siar sekitar Johor BahruPELAJAR Kolej Mara Banting bergambar bersama anak-anak yatim dari Baitul Maghfirah selepas dibawa bersiar-siar di tempat-tempat menarik di Johor Bahru baru-baru ini. RAI ANAK YATIM. Seramai 16 orang anak yatim dari Baitul Maghfirah, Johor Bahru diraikan oleh pelajar dari Kolej Mara Banting, Selangor dengan membawa mereka bersiar-siar ke lokasi-lokasi menarik di Johor Bahru baru-baru ini. Penghuni Baitul Maghfirah dibawa melawat ke Taman Tema Hello Kitty di Nusajaya dan Zoo Johor. Menurut Pengarah projeknya, Haleeda Hilmi, rumah anak yatim Baitul Maghfirah itu dipilih kerana mereka masih kekurangan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan dan pendidikan. "Sehubungan itu, kita menjadikan anak-anak yatim dari rumah ini untuk menjalankan aktiviti komuniti dan mengadakan program-program untuk pembangunan modal insan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |