Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Konvoi berbasikal sambil agih wang zakat
- Khatan beramai-ramai di Taman Mas, Puchong
- Bank Islam bantu Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras
Konvoi berbasikal sambil agih wang zakat Posted: Konvoi berbasikal sambil agih wang zakat
IBADAH. Seramai 120 peserta menyertai program Kayuhan Basikal Sempena Konvoi Kembara Zakat Dua Peringkat Kebangsaan 2013 sejauh 18 kilometer bermula dari Pondok Polis Sanglang hingga Sempadan Perlis/Kedah baru-baru ini. Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disertai oleh kakitangan agensi terbabit termasuk peminat sukan berbasikal sebagai kesinambungan bagi memupuk kesedaran berzakat sempena Bulan Zakat 2013 di negeri itu. Pada konvoi tersebut para peserta turut menyalurkan sumbangan wang zakat kepada dua keluarga asnaf sebelum mengadakan perlawanan bola sepak antara MAIPs dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di padang Astroturf Majlis Perbandaran Kangar di Simpang Empat, Kangar. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli berangkat menyertai program kayuhan tersebut. | |
Khatan beramai-ramai di Taman Mas, Puchong Posted: Khatan beramai-ramai di Taman Mas, PuchongKANAK-KANAK diarak secara beramai-ramai sebelum dikhatankan di Taman Mas, Puchong, Selangor baru-baru ini. KHATAN. Seramai 24 kanak-kanak sekitar penduduk Blok D, Taman Mas, Puchong, Selangor menyertai majlis berkhatan beramai-ramai baru-baru ini. Program itu dimulakan dengan perarakan dan penyemburan air kepada kanak-kanak terlibat yang disediakan pihak bomba. Pengerusi penganjur program berkenaan, Shamsuhaimi Abd. Razak berkata, program berkenaan merupakan kali pertama dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Blok D, Taman Mas, Puchong. Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat menjayakan program itu ialah Majlis Perbandaran Sepang, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, McDonald's Puchong Permai dan Masteron Sdn. Bhd. | |
Bank Islam bantu Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras Posted: Bank Islam bantu Rumah Kasih Harmoni, Paya JarasMizan (barisan kedua, empat dari kiri) dan warga kerja Bank Islam bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Kasih Harmoni pada program tanggungjawab sosial di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini. BANTU. Bank Islam Malaysia Berhad baru-baru ini mengadakan program tanggungjawab sosialnya di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Program berkenaan melibatkan 100 orang kakitangan Bahagian Pemulihan & Rehabilitasi Bank Islam cawangan Sungai Buloh dan cawangan Saujana Utama yang diketuai ketua bahagian berkenaan, Mizan Masram. Pada program itu, Bank Islam menyerahkan Dana Amal Jariah Kad Bank Islam bernilai RM5,000 kepada Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras. Menurut Mizan, selain itu sumbangan sebanyak RM6,700 oleh kakitangan Bank Islam pula digunakan untuk membeli peralatan dan barangan dapur serta majlis jamuan untuk 90 penghuni rumah terbabit yang terdiri daripada anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan asnaf. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |