Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- UMK masak lima kawah bubur asyura
- Dusun Neo FC juara Piala Yang Dipertua MPS
- KRT Ruby Garden gotong-royong melawan aedes
UMK masak lima kawah bubur asyura Posted: UMK masak lima kawah bubur asyuraNASIR (kanan) dan Ibrahim (tiga dari kanan) bersama warga UMK memasak bubur asyura di pekarangan kampus universiti itu di Jeli, Kelantan baru-baru ini. AMAL. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dengan kerjasama masyarakat setempat mengadakan majlis Asyura UMK dengan memasak lima kawah bubur asyura di pekarangan universiti itu baru-baru ini. Pengarah Kampus UMK Jeli, Profesor Ibrahim Che Omar berkata, program itu julung-julung kali diadakan di kampus Jeli bersama penglibatan masyarakat tempatan. Turut hadir, Setiausaha Politik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd. Nasir Mohd. Nor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor. Madya Abdul Aziz Latiff. |
Dusun Neo FC juara Piala Yang Dipertua MPS Posted: Dusun Neo FC juara Piala Yang Dipertua MPSABD. HALIM (berdiri lima dari kanan) dan Mohd. Ridzuan (berdiri enam dari kanan) bergambar dengan pemain Dusun Neo FC yang menjuarai kejohanan bola sepak Piala Yang Dipertua MPS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini. JUARA. Pasukan Dusun Neo FC dinobatkan juara kejohanan bola sepak Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) 2013 selepas menewaskan pasukan Sri Andalas 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. Dusun Neo FC menerima wang tunai RM7,000 serta piala pusingan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif. Sementara itu, Pengurus Dusun Neo FC, Mohd. Ridzuan Alias berkata, dia melahirkan rasa gembira kerana pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan piala berkenaan. "Terima kasih kepada pemain kerana sekali lagi membuktikan kemampuan untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun ini," katanya. |
KRT Ruby Garden gotong-royong melawan aedes Posted: KRT Ruby Garden gotong-royong melawan aedesSEBAHAGIAN daripada penduduk Ruby Garden, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor yang menyertai program membersihkan kawasan perumahan itu untuk membasmi nyamuk aedes baru-baru ini. ANTIAEDES. Dalam memerangi kes demam denggi yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini, penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ruby Garden, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan tersebut baru-baru ini. Disertai oleh hampir 100 penduduk, gotong-royong tersebut turut mendapat sokongan Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Banting. Selain membersihkan longkang dan membuang sampah yang menjadi tempat takungan air, penduduk KRT Ruby Garden turut diberikan risalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya aedes dan denggi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |