Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 150 peserta bersaing dalam Cabaran KIRC di Jelebu
- Hotel Hard Rock Pulau Pinang bantu pelarian Rohingya
- 436 anggota polis merentas desa
150 peserta bersaing dalam Cabaran KIRC di Jelebu Posted: 150 peserta bersaing dalam Cabaran KIRC di Jelebu
BERKAYAK. Seramai 150 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan kayak Kenaboi International River Challenge 2013 (KIRC) di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, peserta bersaing dalam dua acara pertandingan iaitu Rapids Challenge sejauh tujuh kilometer dan River Challenge sejauh 32 kilometer. Acara River Challenge bermula dari Kampung Puom ke Dataran Kenaboi, Kampung Sungai Buloh. Kata Tun Hairudin, pertandingan itu pertama kali diadakan pada tahun 1993 sebagai program ekspedisi sungai di bawah Program Kempen Cintailah Sungai Kita, namun kini menjadi satu produk ekopelancongan. | |
Hotel Hard Rock Pulau Pinang bantu pelarian Rohingya Posted: Hotel Hard Rock Pulau Pinang bantu pelarian RohingyaSTAF Hotel Hard Rock Pulau Pinang bergambar kenangan dengan penghuni Pusat Perlindungan Pelarian Komuniti Rohingya di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. BANTUAN. Hotel Hard Rock Pulau Pinang berjaya mengumpulkan sebanyak tiga tan makanan untuk disumbangkan ke Pusat Perlindungan Pelarian Komuniti Rohingya di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. Pelbagai barangan makanan dalam tin selain beras, gula, minyak masak dan peralatan persekolahan itu disumbangkan oleh kakitangan dan pelanggan hotel menerusi program Komuniti 'Can Lah' bermula Oktober lalu. Pengurus Besar Hotel Hard Rock Penang, John Primmer berkata, pusat perlindungan itu dipilih setelah pihaknya diberitahu komuniti pelarian Rohingya itu amat memerlukan bantuan berupa barang-barang dapur. | |
436 anggota polis merentas desa Posted: 436 anggota polis merentas desaSEBAHAGIAN daripada 436 peserta yang menyertai Kejohanan Merentas Desa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 2013 di Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Selangor baru-baru ini. LARIAN. Seramai 436 anggota polis menyertai Kejohanan Merentas Desa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 2013 di Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Selangor baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd. Taib Ahmad berkata, kali ini pihaknya menjadi tuan rumah untuk acara tahunan itu yang melibatkan 15 IPD dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. Menurut beliau, pihaknya berbangga kerana mempunyai anggota yang berkebolehan dalam sukan itu sehingga mampu mengharumkan nama baik Polis Diraja Malaysia ke peringkat lebih tinggi termasuk mewakili negara. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |