Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Usrah Fitrah kumpul RM30,000 bantu mangsa banjir
- Bekas pelajar berkumpul selepas 27 tahun terpisah
- Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas anjur kursus urus jenazah
Usrah Fitrah kumpul RM30,000 bantu mangsa banjir Posted: Usrah Fitrah kumpul RM30,000 bantu mangsa banjir
BANTU. Sebuah kumpulan usrah yang disertai penggiat seni tanah air dan media, Usrah Fitrah (UF) berjaya mengumpulkan RM30,000 untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Kutipan menerusi Misi Kemanusiaan La Tahzan By UF- Pantai Timur itu dengan kerjasama Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara, Selangor. Selebriti yang merupakan ahli UF seperti Aida Khalida, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Heliza Helmi diiringi 18 ahli UF menyerahkan sumbangan tersebut kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang. Pada majlis penyampaian sumbangan di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Cukai, Kemaman, peserta misi tersebut turut menyerahkan sumbangan makanan, al-Quran, telekung dan pakaian selain bergotong-royong membersihkan sekolah itu. | |
Bekas pelajar berkumpul selepas 27 tahun terpisah Posted: Bekas pelajar berkumpul selepas 27 tahun terpisahSEBAHAGIAN bekas pelajar SMK Labuan bergambar pada majlis pertemuan semula di Billion Pavilion, Labuan baru-baru ini. RINDU. Seramai 100 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan bertemu semula selepas 27 tahun pada Majlis Perjumpaan Semula Bekas Pelajar di Billion Pavilion, Labuan baru-baru ini. Pengerusi penganjur, Rita Mohd. Sharif berkata, mereka terdiri daripada bekas pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran 1986 dan Sijil Pelajaran Malaysia 1988. Lebih menggembirakan bekas pelajar, mantan Pengetua SMK Labuan, Ahmad Badri Mardi, 59, turut hadir pada majlis berkenaan. | |
Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas anjur kursus urus jenazah Posted: Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas anjur kursus urus jenazahSEBAHAGIAN peserta kursus pengurusan jenazah bergambar kenangan di Masjid Jamek Kampung Baharu, Pulau Pinang baru-baru ini. ILMU. Seramai 75 penduduk dari beberapa buah kampung di Kepala Batas menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pejabat Parlimen Kepala Batas di Masjid Jamek Kampung Baharu, Jalan Pinang Tunggal, Pulau Pinang baru-baru ini. Pengerusi kariah masjid itu, Kozri Ayob berkata, ceramah tersebut disampaikan oleh Khairol Fitri Kiraman dari Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Antara perkara disampaikan termasuk cara-cara memandikan jenazah, mengkafankan, sembahyang jenazah dan pengkebumian. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |