Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 700 wanita sertai seminar banteras jenayah
- 400 sukarelawan tanam 1,400 pokok di Shah Alam
- Perlawanan sukan eratkan silaturahim Utusan-UDA Holdings
700 wanita sertai seminar banteras jenayah Posted: 700 wanita sertai seminar banteras jenayahAHMAD (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta seminar Kesedaran Membanteras Jenayah Terhadap Wanita di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Alor Setar baru-baru ini. TAMBAH ILMU. Lebih 700 peserta wanita dari seluruh Kedah tidak melepaskan peluang menghadiri Seminar Kesedaran Membanteras Jenayah Terhadap Wanita yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar, baru-baru ini. Seminar itu merupakan anjuran Polis Diraja Malaysia menerusi Aman Wanita (Amanita) bersama beberapa institusi pengajian tinggi awam. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, program itu memberikan pendedahan dan ilmu kepada golongan wanita tentang trend jenayah masa kini dan cara untuk mencegahnya. |
400 sukarelawan tanam 1,400 pokok di Shah Alam Posted: 400 sukarelawan tanam 1,400 pokok di Shah AlamMOHD. JAAFAR (tengah) turut serta dalam program menanam pokok Shah Alam Trees For Life di Laman Kemerdekaan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. SUKARELAWAN. Seramai 400 sukarelawan berganding bahu bagi menjayakan program menanam pokok, Shah Alam Trees For Life yang diadakan di Laman Kemerdekaan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Program dihadiri oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan itu disertai para sukarelawan dari pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan murid sekolah melibatkan penanaman pokok sebanyak 1,400 batang. Antara pokok yang ditanam termasuk mangga, belimbing, rambutan, cermai, kelapa dan mata kucing. |
Perlawanan sukan eratkan silaturahim Utusan-UDA Holdings Posted: Perlawanan sukan eratkan silaturahim Utusan-UDA HoldingsPASUKAN bola sepak Utusan Media Sales (UMES) yang mewakili Kumpulan Utusan, Sofian Jamaludin (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada kapten pasukan UDA Holdings, Johar Jamaluddin (dua dari kanan) sebelum perlawanan bola sepak di Kompleks Sukan PLUS NKVE, Subang, Selangor baru-baru ini. RAPAT. Kira-kira 100 kakitangan UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) dan Kumpulan Utusan menyertai perlawanan sukan persahabatan antara dua organisasi tersebut di Kompleks Sukan PLUS, Subang, Selangor. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan UDA Holdings, Mohd. Azmil Abd. Shukor berkata, program itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara kedua-dua syarikat sejak dahulu lagi. "Kumpulan Utusan banyak membantu dan menyokong kami sejak dahulu terutama dalam memberitahu masyarakat mengenai aktiviti-aktiviti yang kami lakukan melalui siaran akhbar terbitan mereka. "Perlawanan ini juga merupakan aktiviti kemuncak yang kami adakan bersama media sepanjang tahun ini selain bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kami kepada Kumpulan Utusan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |