Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- KKBUM, Media Bikers raikan pengantin
- Warga SMK Kampung Selamat rai persaraan pengetua
- Warga DPP beriadah rentas hutan Bukit Datuk
KKBUM, Media Bikers raikan pengantin Posted: KKBUM, Media Bikers raikan pengantin
MERAIKAN MEMPELAI. Sebahagian ahli Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) dan Media Bikers meraikan pasangan pengantin baharu, Nan Mustaqim Nan Azmie dan Nurfateena Dinnina Jaafar di Dewan Orang Ramai, Kampung Dato Haji Ahmad Razali, Dengkil, Selangor baru-baru ini. Nan Mustaqim, 23, dan Nurfateena, 23, merupakan lepasan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang yang baru sahaja menamatkan pengajian tahun ini. Pengantin juga berkesempatan bergambar kenangan dengan ahli KKBUM dan Media Bikers yang berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi dari ibu negara. Pasangan itu selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Desa Seri Ampang, Ipoh, Perak pada 22 November lalu. | |
Warga SMK Kampung Selamat rai persaraan pengetua Posted: Warga SMK Kampung Selamat rai persaraan pengetuaARSUN (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru sebelum menanam pokok sebagai tanda kenangan sempena persaraannya di SMK Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini. BERSARA. Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang meraikan perpisahan Pengetuanya, Arsun Jasin, 56, pada satu majlis khas di sekolah itu baru-baru ini. Arsun, memulakan kerjaya sebagai seorang guru di SMK Bagan Serai, Perak setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada tahun 1984. Sempena majlis itu, Arsun merasmikan Ruang Bacaan Sedekad Ulang Tahun Ke-10 SMK Kampung Selamat dan menanam sejenis pokok bonsai. Beliau turut menerima pelbagai cenderamata ciptaan pelajar. Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan daerah Seberang Perai Utara (SPU) Adnan Idris dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Selamat, Wan Chik Ahmad. | |
Warga DPP beriadah rentas hutan Bukit Datuk Posted: Warga DPP beriadah rentas hutan Bukit DatukSEBAHAGIAN Penduduk DPP Fasa 1, Kajang bergambar beramai-ramai semasa merentas hutan di Bukit Datuk, MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini. SANTAI. Seramai 30 peserta terdiri daripada penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang menyertai aktiviti riadah santai dengan merentas hutan di Bukit Datuk, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI), Serdang, Selangor baru-baru ini. Walaupun kali pertama diadakan, program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DPP Fasa 1 itu mendapat sambutan amat menggalakkan. Pengarah program, Nor Azah Mohd. Khalid berkata, antara tujuan utama aktiviti tersebut adalah untuk memupuk semangat beriadah dan menghargai alam sekitar dalam kalangan penduduk DPP. Katanya, Bukit Datuk merupakan satu-satunya kawasan hijau di sekitar Serdang dan puncak tertinggi di daerah itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |