Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Abdul Taib terima kunjungan hormat Duta China
- 500 pelajar politeknik sertai kem tahunan Askar Wataniah
- KMIB adakan mesyuarat agung keempat di Ipoh
Abdul Taib terima kunjungan hormat Duta China Posted: Abdul Taib terima kunjungan hormat Duta China
RAI TETAMU. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat Duta Republik Rakyat China ke Malaysia, Datuk Chai Xi dan isteri, Datin Zhang Rufen di kediaman rasminya di Demak Jaya, Kuching, Sarawak baru-baru ini. Terdahulu, Chai Xi yang diiringi Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh merasmikan pejabat Bank of China, Cawangan Kuching dan pejabat Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China di Kuching. Hadir sama isteri Abdul Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Liu Quan dan Pengurus Besar Bank of China di Malaysia, Wong Hong Wei. | |
500 pelajar politeknik sertai kem tahunan Askar Wataniah Posted: 500 pelajar politeknik sertai kem tahunan Askar WataniahSEBAHAGIAN daripada 500 anggota dan pelajar bergambar pada Kem Tahunan Wilayah Tentera Politeknik Malaysia di Lapang Sasar PGA Kulim, Kedah baru-baru ini. LATIHAN. Kira-kira 500 pelajar dari 11 politeknik di negara ini menyertai Kem Tahunan Wilayah Tentera Politeknik Malaysia Kali Kelapan tahun 2013 yang diadakan di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am Kulim, Kedah baru-baru ini. Pelajar terbabit yang merupakan sukarelawan Askar Wataniah dari pusat pengajian masing-masing menghadiri kem tahunan tersebut selama tiga hari yang dianjurkan oleh Rejimen 509 Askar Wataniah. Mereka diberikan pendedahan mengenai aktiviti Latihan Medan Masuk Hutan, latihan dan pertandingan menembak serta karnival sukan. Program tersebut dirasmikan oleh Komander Rejimen 509 Askar Wataniah yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Prof. Datuk Kamarudin Hussin. | |
KMIB adakan mesyuarat agung keempat di Ipoh Posted: KMIB adakan mesyuarat agung keempat di IpohABDUL GHANI (duduk, tengah) dan Alias (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli-ahli Koperasi Mega Ipoh Berhad selepas mesyuarat agung keempatnya di Ipoh, Perak baru-baru ini. MESYUARAT. Koperasi Mega Ipoh Berhad (KMIB) yang terlibat dalam pemborongan beras, makanan ringan dan produk sejuk beku melantik 12 ahlinya sebagai ahli lembaga pengarah dalam mesyuarat agung keempatnya di Ipoh, Perak baru-baru ini. Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Ngah berkata, walaupun baru ditubuhkan empat tahun lalu, koperasi itu berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam memajukan aktiviti ekonomi . Koperasi Mega Ipoh Berhad berhasrat menembusi pasaran jualan beras di utara tanah air dalam tempoh setahun akan datang. Mesyuarat agung tersebut dirasmikan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, Alias Anai Hai. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |