Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 50 kanak-kanak sertai Majlis Berkhatan Perdana di Perlis
- Sumbangan amal pensyarah, pelajar Kolej Cybernetics
- Pasangan pengantin diarak naik basikal tua
50 kanak-kanak sertai Majlis Berkhatan Perdana di Perlis Posted: 50 kanak-kanak sertai Majlis Berkhatan Perdana di Perlis
MERIAH. Lebih 50 kanak-kanak sekitar Perlis diraikan sempena majlis Berkhatan Perdana anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar, Perlis baru-baru ini. Dalam majlis tersebut kanak-kanak terbabit diarak mengelilingi Dewan 2020 dengan menaiki trem khas sebelum disiram air oleh anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Perlis. Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Khairi Hassan. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Sabry Ahmad serta Pengarah Kesihatan Perlis, Datuk Dr. Ghazali Othman. | |
Sumbangan amal pensyarah, pelajar Kolej Cybernetics Posted: Sumbangan amal pensyarah, pelajar Kolej CyberneticsPENSYARAH dan pelajar Kolej Cybernetics bergambar kenangan di depan rumah kebajikan Al-Munirah di Klang, Selangor baru-baru ini. AMAL. Seramai 40 pelajar Kolej Cybernetics yang dibantu beberapa pensyarah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Klang, Selangor baru-baru ini. Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah mempunyai seramai 47 orang penghuni yang masih menetap di situ. Program itu adalah anjuran Kursus Diploma Multimedia Kreatif bersama Persatuan Colourz yang ditubuhkan oleh beberapa pensyarah. | |
Pasangan pengantin diarak naik basikal tua Posted: Pasangan pengantin diarak naik basikal tuaNAZRAN mengayuh basikal yang dibonceng pasangannya, Roseyahima sambil diiringi oleh ahli keluarga dan rakan semasa diarak pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Kota Aur, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. KENANGAN. Sepasang pengantin baharu memilih untuk mengabadikan kenangan hari bahagia mereka dengan menunggang basikal tua di Kampung Kota Aur, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Malah, ia menjadi kenangan manis seumur hidup apabila pasangan pengantin itu, Nazran Ismail, 31, bersama isterinya, Roseyahima Yahya, 27, turut diarak oleh 15 buah basikal tua lain yang ditunggang ahli keluarga dan rakan sejauh 200 meter. Nazran yang bekerja di Penang Port Berhad berkata, idea untuk berarak menggunakan basikal itu dicetuskan secara spontan oleh ahli keluarga dan rakan sekampungnya selepas majlis pertunangan bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |