Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Koperasi Visakha Kulim anjur mesyuarat agung kali ketujuh
- 350 meriahkan malam media Jakim
- 100 kampit beras bantu mangsa banjir di Pahang
Koperasi Visakha Kulim anjur mesyuarat agung kali ketujuh Posted: Koperasi Visakha Kulim anjur mesyuarat agung kali ketujuhABDUL FATAH (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Vengkatasal selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ketujuh Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad di Kelab CRC, Kulim, Kedah baru-baru ini. MESYUARAT. Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad mengadakan mesyuarat agung tahunan ketujuh di Kelab CRC, Kulim, Kedah baru-baru ini. Koperasi yang mempunyai lebih 400 orang ahli terdiri daripada masyarakat berketurunan India itu kini merancang melaksanakan projek pembinaan rumah di kawasan Bukit Mertajam melibatkan kos lebih RM3 juta. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan mesyuarat agung itu berkata, lebih 10,000 koperasi telah wujud di negara ini dengan ahli kira-kira 8 juta dan modal syer RM12 bilion. Hadir sama di mesyuarat itu, Pengerusi Koperasi Visakha, N. Vengkatasal Rao. |
350 meriahkan malam media Jakim Posted: 350 meriahkan malam media JakimJAMIL KHIR (berdiri kanan) lengkap mengenakan persalinan baju Melayu, keris dan bertanjak meraikan tetamu pada majlis Malam Bersama Media Jakim di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini. MERIAH. Lebih 350 orang tetamu hadir pada majlis Malam Bersama Media anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertempat di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini. Tema Alam Melayu dipilih bagi mewarnai kemeriahan majlis tersebut bertujuan mengimbau kembali kegemilangan, kesenian dan adat budaya Melayu yang didasari akidah Islam. Pada majlis itu juga, hadirin dihiburkan dengan telatah pengacara majlis Ebby Yus serta persembahan daripada kumpulan Salam, Hijjaz dan Iwan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan kakitangan pengurusan Jakim serta para pengamal media. |
100 kampit beras bantu mangsa banjir di Pahang Posted: 100 kampit beras bantu mangsa banjir di PahangSAHARUDDIN (berdiri tengah) bersama ahli Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia mengumpulkan sumbangan yang akan disampaikan kepada mangsa banjir di Pahang di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. PRIHATIN. Ahli-ahli Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia semalam mengadakan kutipan derma bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur khususnya Pahang. Menurut Pengasas dan Pengerusi Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia, Saharuddin Esa, melalui kutipan tersebut mereka berjaya mengumpulkan wang tunai sebanyak RM1,500, 100 kampit beras, 100 kotak air minuman dan beberapa kotak lampin pakai buang. "Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli yang prihatin atas kesengsaraan mangsa banjir di Pantai Timur. Pihak kita akan menghantar sendiri sumbangan ini secepat mungkin. "Kami akan menggunakan kenderaan para ahli persatuan dan tumpuan pengagihan ini adalah meliputi kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Pahang," katanya ketika di temui di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |