Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- SK Ara Rendang rai 21 murid cemerlang UPSR 2013
- Kumpulan AmBank anjur program amal Kembali Ke Sekolah
- Mamee hantar makanan bantu mangsa taufan Haiyan
SK Ara Rendang rai 21 murid cemerlang UPSR 2013 Posted: SK Ara Rendang rai 21 murid cemerlang UPSR 2013
SEMANGAT BAHARU. Seramai 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ara Rendang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini diraikan pada satu majlis khas di sekolah itu baru-baru ini. Guru besar sekolah tersebut, Abdul Rahman Yahya berkata, murid yang mendapat keputusan terbaik itu diraikan dengan membenarkan mereka memakai jubah khas. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ara Rendang, Wan Chik Ahmad menyerah sejambak bunga dan kertas keputusan kepada setiap murid berkenaan. | |
Kumpulan AmBank anjur program amal Kembali Ke Sekolah Posted: Kumpulan AmBank anjur program amal Kembali Ke SekolahSYED ANUAR (barisan ketiga, lapan dari kanan) bersama kakitangan Ambank dan sebahagian murid yang terpilih dalam program amal Kembali ke Sekolah di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. AMAL. Kumpulan AmBank melalui kelab sukannya, Kelab AmBank Group (KAG) telah menganjurkan program amal Kembali Ke Sekolah bagi 100 murid sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai,Kelantan baru-baru ini. Antara pengisian program itu ialah sesi membeli-belah pakaian seragam, beg, alat tulis dan kasut, selain turut menikmati hidangan tradisional Kelantan. Presiden Kelab AmBank Group, merangkap Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, aktiviti itu merupakan salah satu Program Amkasih yang memberi tumpuan mendekati masyarakat dan berfungsi sebagai payung kepada semua usaha Kumpulan AmBank membantu masyarakat. "Ini adalah perhentian pertama kami sepanjang bulan ini sebelum menjalankan program sama ke Sabah, Sarawak, Melaka, Selangor serta Johor," katanya. | |
Mamee hantar makanan bantu mangsa taufan Haiyan Posted: Mamee hantar makanan bantu mangsa taufan HaiyanIDRIS (tujuh dari kanan) bergambar bersama beberapa kakitangan Mamee-Double Decker (M) Berhad pada majlis penyerahan bantuan berbentuk makanan bernilai RM100,000 untuk dihantar ke Filipina di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini. SUMBANG. Mamee-Double Decker (M) Berhad baru-baru ini menghulurkan sumbangan berupa makanan segera bernilai RM100,000 bagi membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Pang Tee Chew berkata, sumbangan 100,000 paket mi segera itu diberi bagi meringankan beban dialami mangsa yang amat memerlukan bantuan makanan. "Bantuan seumpama ini bukan kali pertama dilakukan kerana kami juga pernah membantu penduduk Acheh, Indonesia dan Pakistan yang dilanda bencana. "Bantuan ini juga mendapat kerjasama Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) yang akan membantu dari segi penghantaran," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Melaka yang juga Presiden WAY, Datuk Seri Idris Haron di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |