Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Perut terburai digilis jengkaut
- Bayi baru lahir ditinggal atas jalan
- Tidak kisah kes disiasat semula
Perut terburai digilis jengkaut Posted: Perut terburai digilis jengkautOleh FIRDAUS HASSAN
KUCHING – Seorang buruh menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila badannya digilis sebuah jengkaut seberat 20 tan ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan di belakang bangunan Masja di sini semalam. Chai Phu Miaw, 58, dari Taman Mutiara, Bau dekat sini mati di tempat kejadian akibat cedera parah dengan isi perutnya terburai. Rakan mangsa, 50-an, yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian pukul 3 petang itu, mereka sedang bekerja di tempat penyimpanan jentera yang terletak di kawasan berbukit bersebelahan dengan tapak pembinaan. "Semasa itu, kami berada di bawah bukit manakala dia (Phu Miaw) bersendirian di atas. "Tiba-tiba jengkaut itu (yang dipandu seorang lelaki) mengundur untuk turun bukit dan pemandunya tidak menyedari Phu Miaw ada berada di belakang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Bayi baru lahir ditinggal atas jalan Posted: Bayi baru lahir ditinggal atas jalan
KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemui selepas ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara dekat Puchong semalam. Kehadiran bayi seberat 3.4 kilogram itu disedari oleh pemilik rumah berkenaan, Haslinda Madun, 55, selepas terdengar tangisan kanak-kanak pada pukul 12.10 tengah malam dari kawasan lorong belakang rumahnya. Wanita itu yang curiga kemudian pergi ke belakang dan ternampak ada bayi ditinggalkan dalam keadaan bogel serta bertali pusat yang dilapikkan dengan sehelai sarung bantal di atas jalan. "Pada mulanya saya dengar bayi menangis pukul 8.45 malam (kelmarin), namun saya sangka ia (tangisan) datang dari rumah jiran yang membuka pusat jagaan kanak-kanak. "Tidak lama kemudian, bunyi (tangisan) itu makin kuat menyebabkan saya tergerak hati untuk membuat pemeriksaan sebelum ternampak seorang bayi bogel tertiarap di lorong belakang," katanya di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Tidak kisah kes disiasat semula Posted: Tidak kisah kes disiasat semulaKUALA LUMPUR – Isteri pelakon terkenal Adi Putra, Aida Yusof menegaskan bahawa dia dan suami tidak gentar jika fail kes skandal gambar lucah membabitkan suaminya itu yang dihantar kepada isteri orang dibuka semula untuk siasatan walaupun ia telah dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Aida berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan Amiruddin Othman bahawa pegawai penyiasat kes tersebut bertindak berat sebelah ketika menyiasat kes tersebut. Amiruddin, 56, merupakan suami kepada Nooraida Abd. Mutalib, 30, iaitu wanita yang dikatakan menerima mesej dan gambar lucah daripada pelakon Adi Putra, 32, atau nama sebenarnya Mohamad Hadi Putera Halim menerusi aplikasi WhatsApp pada September lalu. Aida menegaskan, dia dan suami akan memberikan kerjasama kepada polis jika fail kes berkenaan yang sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai NFA dibuka semula. "Kami tidak kisah jika kes tersebut mahu dibuka semula kerana tuduhan berat sebelah terhadap pegawai penyiasat itu dilemparkan oleh Amiruddin, bukannya kami. Kami sedia beri bekerjasama sekali lagi kepada polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |