{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Karate dalam kelas tersendiri

Posted:

Karate dalam kelas tersendiri

Karate dalam kelas tersendiri

BARISAN skuad karate negara yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA 2013 bergambar kenangan dengan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (berdiri tengah) selepas kejayaan meraih empat pingat emas pada aksi di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.


NAY PYI TAY, Myanmar - Skuad karate meneruskan aksi cemerlang apabila menambah empat lagi pingat emas di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A semalam.

S. Senthil Kumaran menyumbangkan emas pertama negara pada saingan semalam menerusi acara kumite lelaki bawah 60 kilogram (kg) selepas menewaskan atlet Indonesia, Donny Dharmawan di akhir.

Meskipun terikat 0-0 selepas tiga minit bertarung, Senthil diumumkan sebagai pemenang pingat emas berdasarkan keputusan juri.

Pingat emas kedua negara diperoleh menerusi S. Shree Sharmini apabila menewaskan Pham Thi Tien dari Vietnam meskipun keputusan terikat 2-2 dalam kategori kumite wanita bawah 68kg.

Malaysia menambah dua lagi pingat emas menerusi A. Nisha yang mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas peserta Filipina, Mae Soriano dalam kategori wanita bawah 55kg.

K. Syakilla Saini memastikan aksi cemerlang skuad negara apabila menundukkan Le Thi Thuy dari Vietnam 1-0 dalam kategori kumite wanita bawah 61kg.

Skuad negara turut memenangi pingat perak apabila R. Sharmemdran tumpas 0-3 kepada atlet Indonesia, Jintar Simanjuntak pada perlawanan akhir kumite lelaki bawah 67kg.

Sementara, pingat gangsa menerusi Shaharudin Jamaludin dalam acara kumite lelaki bawah 75kg, L. Kunasilan (lelaki bawah 55kg) dan Mohd. Hatta Mahanut (lelaki bawah 84kg).

Senthil berkata, dia gembira kerana berjaya membalas dendam terhadap Donny yang menumpaskannya pada pusingan kedua Sukan Perpaduan Islam di Palembang, Indonesia, September lalu.

"Beraksi sebagai atlet bukan pilihan tidak memberi tekanan kepada saya kerana dia (Donny) merupakan pemenang pingat emas pada Sukan SEA 2011 (di Indonesia)," katanya.

Sementara itu, Sharmini yang beraksi buat kali kedua pada Sukan SEA berkata, dia menghadiahkan kemenangan itu kepada keluarganya yang tidak pernah jemu memberi sokongan.

Dua pingat emas ditawarkan pada hari terakhir acara karate hari ini iaitu dalam kategori kumite lelaki dan wanita berpasukan.

Skuad karate mengutip dua pingat emas kelmarin menerusi acara kata individu dan berpasukan lelaki, sekali gus melepasi sasaran tiga emas yang ditetapkan pada temasya kali ini.

Komitmen pemain ditagih

Posted:

Komitmen pemain ditagih

Komitmen pemain ditagih


HAZWAN yang meledak hatrik ketika menentang Laos kelmarin, bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan Harimau Muda pada aksi menentang Singapura hari ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee mencabar barisan pemainnya agar mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan A menentang Singapura di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.

Kim Swee berkata, beliau akan menurunkan skuad terkuat dalam misi memburu kemenangan ketiga, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir.

Katanya, pemain-pemain perlu bersedia sepenuhnya kerana beliau menjangkakan satu perlawanan yang cukup sengit.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, perlawanan esok (hari ini) merupakan satu aksi yang penting kerana jika kami mampu mencatat kemenangan, kami akan layak ke separuh akhir.

"Itu adalah tujuan pertama kami. Kami perlu fikirkan tempat ke separuh akhir dulu sebelum memberi fokus untuk mempertahankan pingat emas.

"Saya yakin, pemain-pemain sedar tugas mereka lebih mencabar esok (hari ini). Sesiapa sahaja yang diturunkan, saya yakin mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Saya harap mereka akan bermain lebih baik berbanding ketika menewaskan Brunei dan Laos sebelum ini," kata Kim Swee selepas selesai mengendalikan sesi latihan di Stadium Bola Sepak Nay Pyi Taw semalam.

Kim Swee berkata, beliau bakal melakukan pertukaran pemain tetapi lebih banyak tertumpu kepada strategi untuk menurunkan pemain yang benar-benar cergas bagi membentuk serangan yang lebih berkesan.

Pada aksi penting menentang Singapura petang ini, Kim Swee pasti menggunakan khidmat Mohd. Izham Tarmizi Roslan untuk menjaga gawang Harimau Muda, manakala benteng pertahanan akan disandarkan kepada K. Reuben (kanan), Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Shahrul Saad dan Mohd. Zubir Azmi Ab. Rahman (kiri).

Posisi tengah jangka dikemudi kapten, Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Nazmi Faiz Mansor, Asri Chuchu (sayap kiri) dan A. Thamil Arasu (sayap kanan), manakala Izzaq Faris Ramlan serta Ahmad Hazwan Bakri di posisi serangan.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata, Singapura akan menghadapi empat perlawanan dalam tempoh 10 hari dan pemain-pemain negara perlu menggunakan sepenuhnya situasi tersebut.

"Pemain-pemain perlu mengambil kesempatan tetapi jangan terburu-buru. Mereka perlu bermain mengikut rentak dan strategi-strategi tertentu kerana bagi saya, semua pemain Singapura berkualiti.

"Kebanyakan daripada mereka bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Mereka tidak mudah panik, bermain dengan cukup berkesan ketika menyerang dan bertahan. Secara puratanya, pemain-pemain mereka sangat seimbang.

"Dua tahun lalu, Hariss Harun (kapten) merupakan pemain utama yang berjaya menutup semua peluang yang diperoleh skuad negara. Begitu juga dengan pemain yang memakai jersi No. 17 (Muhammad Zulfahmi Mohd. Arifin).

"Pemain No. 21 (Muhammad Safuwan Baharudin) juga cukup pandai membaca pergerakan barisan penyerang selain bijak mengawal bola," katanya.

Ketika ini, Singapura memimpin kedudukan teratas Kumpulan A selepas mengumpul tujuh mata iaitu satu mata di depan Harimau Muda yang kurang satu perlawanan diikuti Vietnam (3 mata), Laos (satu mata) dan Brunei.

Emas pengubat kecewa Praveen

Posted:

Emas pengubat kecewa Praveen

Emas pengubat kecewa Praveen

PRAVEEN meraih pingat emas dalam acara dressage individu semalam sekali gus mengubati kekecewaannya selepas gagal dalam acara berpasukan kelmarin.


NAY PYI TAW, Myanmar - Atlet ekuestrian negara, Praveen Nair Mathavan tidak berdepan masalah menjinakkan kuda yang bernama Sen Win Mal untuk memenangi pingat emas dalam acara dressage individu semalam.

Pada aksi di Pusat Ekuestrian Wunna Theikdi itu, Praveen, 16, turut memberikan arahan yang baik kepada Sen Win Mal untuk mencatat mata kedua terbaik keseluruhan dalam acara berpasukan.

Praveen mencatat 67.405 peratus bagi mengenepikan dua atlet Indonesia, Velentino Lumentah yang meraih perak (66.432%) manakala seorang lagi Ferry Wahyu Hadiyanto meraih gangsa (64.108%).

Pingat emas itu berjaya mengubat kekecewaan Praveen yang gagal membantu pasukan memenangi sebarang pingat alam acara dressage berpasukan kelmarin.

Pelajar Sekolah Antarabangsa Nexus Putrajaya itu berkata, dia gembira dengan prestasi Sen Win Mal walaupun itu adalah kuda pinjaman yang disediakan oleh tuan rumah kerana pada temasya kali ini atlet tidak membenarkan menggunakan kuda sendiri.

"Sebelum acara ini bermula, kami telah mencuba pelbagai kuda sesama sendiri. Jadi saya pilih kuda ini kerana ia sesuai dengan saya. Saya mengambil masa dua hari untuk melatihnya dan kami berjaya menyesuaikan diri dengan baik," katanya.

Praveen yang membuat penampilan pertama pada Sukan SEA gembira dengan kejayaan membantu persatuan melepasi sasaran dua emas.

Sekiranya berjaya meraih satu lagi pingat emas, ia dianggap bonus walaupun mereka tidak berada dalam sasaran 40 emas yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada temasya kali ini.

Ketika ditanya bagaimana dia boleh terlibat dengan sukan ini, Praveen berkata, ibu bapanya sudah menggalakkan dia menyertai acara ini sejak usia 10 tahun lagi sebagai salah satu aktiviti di luar sekolah.

"Saya ingin menghadiahkan pingat emas ini kepada kedua-dua ibu bapa dan jurulatih saya, Chris Ladvrook dari New Zealand yang sudah enam tahun bersama saya," katanya.

Selepas ini, Praveen akan menunggu peluang untuk disenaraikan bagi Sukan Olimpik Remaja tahun depan dan keputusannya akan diketahui pada Oktober depan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat