{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


LKIM anjur program tanam bakau

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

SADOM Abd. Wahab (berdiri, empat dari kanan) bersama sebahagian peserta yang menyertai program menanam pokok bakau bersama masyarakat nelayan di Kampung Parit Tiga Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor, semalam. - MINGGUAN/MOHD SHAHARANI SAIBI

TANJONG KARANG 14 Dis. - Seramai 300 nelayan di daerah ini menyertai Program Menanam Pokok Bakau Bersama Nelayan yang diadakan di Kampung Parit Tiga, Sungai Burung di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, program anjuran bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ini melibatkan penanaman sebanyak 1,500 pokok bakau.

Katanya, program seperti ini adalah penting kerana kawasan hutan bakau menjadi zon penampan atau benteng semula jadi untuk menahan dan mengurangkan impak ancaman bencana alam seperti tsunami, angin kencang dan hakisan tanah.

Kawasan hutan bakau merupakan tempat anak ikan berlindung dan menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan yang turut menjadi sumber pendapatan kepada nelayan," kata Irmohizam merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam majlis pelancaran program tersebut.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Khidmat LKIM, Sadom Abd. Wahab.

Yang turut hadir Pengurus Besar Nekmat, Norizaman Ghazali dan Ketua Seksyen Pemuliharaan Pesisir Pantai, Suhaili Rosli yang mewakili Ketua Pengarah JPSM.

Karnival Jom Jadi Usahawan UniKL meriah

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

PERTUNJUKAN fesyen turut memeriahkan aktiviti Karnival Jom Jadi Usahawan anjuran UniKL di Busana Mall, Menara Mara, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Fakulti Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Student Entrepreneurship Association (SEA) menganjurkan Karnival Jom Jadi Usahawan (2JIU) selama dua hari bermula hari ini.

Pegawai Jabatan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus Fakulti Perniagaan UniKL, Rosmarlina Lokman Hakim berkata, karnival kali kedua itu mampu mencapai objektifnya untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia Melayu berdaya saing bagi menghadapi globalisasi.

Ini bertepatan dengan matlamat kami untuk menjadikan UniKL sebagai sebuah universiti teknikal keusahawanan yang terkemuka di negara ini menjelang 2020.

Selain itu, karnival ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk bermula, mengenal pasti dan menjadi usahawan baharu dalam mencapai dan merealisasikan hasrat mereka untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, karnival itu juga akan mewujudkan jaringan antara usahawan dan pelajar memandangkan mereka yang mempunyai kepakaran tertentu boleh berkongsi pengalaman malahan menjadi mentor kepada usahawan muda yang baharu menceburi bidang tersebut.

Karnival yang berlangsung di Bangunan Mara ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Pemilik Honda Civic hantar bantuan ke Pahang

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

PUTRAJAYA 14 Dis. - Kira-kira 100 pemilik kereta Honda Civic akan menyertai konvoi untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Sungai Isap, Kuantan pada Sabtu depan.

Konvoi anjuran Kelab Honda Civic Malaysia (MHCC) dengan kerjasama Kru Keluarga Civic (CFC) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu dijangka akan disertai oleh pemilik Honda Civic dari sekitar Lembah Klang.

Penyelaras program, Muhamat Azli Suradi, 29, berkata, pihaknya kini giat mengumpul dana dan sumbangan dalam kalangan ahli dua kelab pemilik kereta Honda Civic iaitu MHCC dan CFC.

Kita telah mengadakan aktiviti himpunan Civic pada hari ini yang mana setiap pemilik kereta perlu membayar yuran untuk disumbangkan kepada mangsa banjir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat