Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Skuad terjun mulakan pesta emas Posted: Skuad terjun mulakan pesta emas
NAY PYI TAW, Myanmar - Penerjun negara tidak perlu menunggu lama untuk memulakan pesta emas di Pusat Akuatik Wunna Theikdi apabila menyapu bersih dua pingat emas yang ditawarkan pada hari pertama gelanggang acara tersebut dibuka, semalam. Pingat pertama acara terjun diraih menerusi Cheong Jun Hoong, 23, dalam acara 3 meter papan anjal wanita selepas memungut 327.15 mata daripada lima terjunan yang dilakukannya. Ini sekali gus membolehkan penerjun veteran negara itu mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Indonesia dua tahun lalu. "Saya tidak sangka masih mampu menang emas di Sukan SEA. Usia mungkin tidak lagi memihak kepada saya. Tetapi saya percaya Malaysia akan kekal sebagai kuasa acara terjun untuk beberapa tahun lagi," katanya yang masih mahu terus aktif mewakili negara tahun depan. Pingat perak turut menjadi milik Malaysia menerusi Ng Yan Yee, 20, yang mengumpul 323.10 mata manakala gangsa diraih penerjun Indonesia, Indah Eka Purna (240.35 mata). Malaysia turut menguasai kedudukan 1-2 dalam acara 10 meter platform lelaki apabila Muhammad Nazreen Abdullah menyumbang emas kedua berturut-turut daripada sukan terjun semalam. Nazreen, 15, mengumpul 398.05 mata daripada enam terjunan untuk menewaskan rakan senegara yang lebih tua usianya iaitu Ooi Tze Liang, 20, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 397.20 mata manakala penerjun Indonesia, Putra Adityo Restu (338 mata), ketiga. "Ini hadiah hari lahir saya paling bermakna tahun ini. Saya harap dapat mengikut jejak Bryan (Nickson Lomas) untuk menyumbang lebih banyak pingat untuk negara selepas ini," katanya yang menyambut hari lahir pada 22 November lalu. Hari ini, dua lagi acara akhir akan dipertandingkan dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong akan turun beraksi dalam acara 10 meter platform wanita bersama Loh Zhiayi diikuti Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara 3 meter papan anjal lelaki. | |
Posted: Kim Swee tak buat rombakanKIM SWEE (berdiri tengah) berkemungkinan tidak akan melakukan perubahan drastik dalam kesebelasan utama Harimau Muda pada aksi menentang Indonesia hari ini. NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee tidak akan membuat perubahan drastik bagi menghadapi aksi separuh akhir menentang Indonesia di Stadium Zeyyer Thiri petang ini. Kim Swee berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh mencuba atau memberikan ruang kepada pemain-pemain lain. "Walaupun kepenatan, pemain-pemain perlu ada motivasi tambahan terutamanya dari segi kecergasan. "Tidak banyak perubahan posisi yang akan saya lakukan. Mungkin hanya dua atau tiga perubahan tetapi segala-galanya bergantung selepas saya mengkaji corak persembahan Indonesia menerusi tayangan video malam ini (malam tadi)," katanya selepas mengendalikan sesi latihan ringan pasukan di lokasi penginapan pemain di Golden Guest Hotel semalam. Ketika ini, hanya seorang pemain yang tidak dapat beraksi pada perlawanan penting itu iaitu bentang pertahanan, K. Reuben selepas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu digantung permainan kerana mengutip dua kad kuning. Selain itu, pemain sayap kanan dan penyerang, A. Thamil Arasu mengalami kecederaan belakang, manakala D. Saarvindran cedera di bahagian pergelangan kaki. Bagaimanapun, Kim Swee berkata, kecederaan kedua-dua pemain itu tidak serius dan situasi kapten, Mohd. Irfan Fazail juga dilaporkan cergas sepenuhnya. Ketiadaan Reuben pasti dirasai, namun Harimau Muda masih ada beberapa pemain yang boleh menggantikan tempatnya seperti Mohamad Nasir Basharudin dan Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham. Kim Swee berkata, anak-anak buahnya tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Indonesia itu kerana motivasi pemain-pemain mereka sangat tinggi terutamanya selepas menewaskan tuan rumah, Myanmar. "Kemenangan itu memberikan semangat yang cukup tinggi kepada mereka. Selain itu, saya rasa mereka masih belum dapat melupakan kekalahan yang dialami pada final Sukan SEA 2011 di Jakarta lalu. "Apa yang penting, pemain-pemain perlu fokus pada perancangan dan tidak boleh fikir perkara lain. Kami tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan lalu kerana Indonesia akan tampil dengan rentak berbeza, pemain-pemainnya juga berbeza meskipun jurulatih yang mengendalikan skuad tersebut masih yang sama. "Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Dalam perlawanan nanti, pemain perlu kekalkan disiplin dan melaksanakan tanggungjawab serta tugas-tugas yang telah diberikan. Mereka perlu kekal fokus," katanya. Indonesia turut kehilangan khidmat pemain tengah, Dedi Kusnandar yang digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi peringkat kumpulan lalu. Pada final Sukan SEA 2011, Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang tempoh permainan sebenar. Kemenangan itu cukup bermakna buat Kim Swee kerana selain menjadi juara, beliau turut mengulangi pencapaian bekas pengendali Harimau Muda, Datuk K. Rajagobal yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Loas. Kini, Kim Swee bertekad untuk mempertahankan pingat emas itu, sekali gus mencatat kemenangan hatrik. | |
Posted: Basikal kempunan lagiSKUAD lebih raya negara menamatkan saingan dengan kejayaan pingat perak dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan lelaki semalam. NAY PYI TAW, Myanmar - Impian skuad lumba basikal lebuh raya lelaki negara untuk memenangi pingat emas dalam kategori individu acara lepas beramai-ramai lebur semalam. Begitu pun, kekecewaan tersebut sedikit terubat apabila mereka berjaya menggenggam pingat perak dalam acara berpasukan. Ternyata, ganjaran bernilai RM20,000 yang dijanjikan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sekiranya berjaya menamatkan kemarau pingat emas sejak Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina gagal menyuntik semangat pelumba-pelumba negara. Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi Loh See Keong tetapi pelumba pertama Asia Tenggara yang menyarung jersi pasukan profesional, Argos-Shimano itu sekadar menamatkan saingan sejauh 163 kilometer (kg) itu di tempat keempat. Pelumba kelahiran Kelantan berusia 27 itu mencatat masa empat jam 29:51 saat (s) sekali gus tewas dengan kayuhan mantap pelumba bukan pilihan, Ariya Phounsavath dari Laos 4.27:22s yang memenangi pingat emas. Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Nguyen Hung Mai dari Vietnam (4.29:07s) serta pelumba Indonesia, Robin Manullang (4.29:26s). Mohd. Saufi Mat Senan dan Mohd. Rauf Nur Misbah masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-10 serta ke-11 dengan catatan masa yang sama iaitu 4.33:37s, manakala Mohd. Shahrul Mat Amin di kedudukan ke-16 (4.35:05s) dan Amir Mustafa Rusli di tangga ke-30 (4.44:57s). Seorang lagi pelumba negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman ditimpa malang apabila tayar basikalnya pancit ketika perlumbaan baru memasuki kilometer kedua. Skuad negara yang mencatat masa keseluruhan 13 jam 37:05s turut kempunan untuk membawa pulang pingat emas dalam acara berpasukan selepas ketinggalan kepada Indonesia (13.34:33s). Mereka sekadar berpuas hati meraih pingat perak. Filipina memenangi pingat gangsa kategori berpasukan dengan catatan keseluruhan 13.41:04s. Jurulatih skuad negara, Aminuddin Sulaiman mengakui kecewa selepas skuad negara gagal merealisasikan sasaran untuk memenangi satu pingat emas pada edisi ke-27 temasya dwitahunan itu. "Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami gagal mencapai sasaran. "Saya rasa, memang tidak ada rezeki kami hari ini (semalam). Tayar basikal Adiq pancit di kilometer kedua lagi dan dia merupakan pelumba yang diharapkan untuk membantu pelumba lain. Kegagalan skuad lelaki itu turut mengulangi kekecewaan pelumba wanita, Masziyaton Mohd. Radzi yang terlepas peluang mengucup pingat gangsa kelmarin. Selain pingat perak, skuad negara turut memenangi pingat gangsa dalam acara ujian masa berpasukan (TTT) pada temasya kali ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |