Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
'Saya tidak pernah rasa menyesal' Posted: 'Saya tidak pernah rasa menyesal'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE HAMIDIN (kanan) berjabat tangan dengan Rajagobal pada sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. DATUK K. Rajagobal sah akan meninggalkan skuad Harimau Malaya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menyambung kontraknya yang akan tamat pada 31 Disember ini. Mengakui menerima keputusan itu dengan cukup profesional, Rajagobal berharap pengganti beliau nanti mampu melakar pencapaian lebih baik ketika membimbing Harimau Malaya. "Bukan mudah untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan... tetapi saya tidak pernah menyesal walau sesaat. "Jurulatih baharu juga harus lebih bagus dan mampu menetapkan penanda aras yang lebih tinggi serta meneruskan legasi kejayaan skuad negara," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Turut hadir, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Sebagai rekod, Rajagobal yang dilantik mengendali Harimau Malaya pada 20 April 2009, berjaya membantu menamatkan penantian selama 20 tahun bagi memburu 'ibu emas' Sukan SEA dalam tahun yang sama. Setahun kemudian, beliau membantu Harimau Malaya muncul juara Piala Suzuki AFF selepas membenam Indonesia di pentas final. Kontrak Rajagobal tidak lagi disambung selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 November lalu memutuskan bahawa sudah sampai masanya Harimau Malaya mendapat sentuhan jurulatih luar atau sesiapa yang boleh membawa sumbangan yang lebih besar. Rajagobal sempat juga meninggalkan pesan kepada pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen pada 5 Mac tahun depan. "Terserah kepada beliau (Kim Swee), saya tidak akan campur tangan dan mengucapkan selamat maju jaya. "Biarpun tampak tipis, saya percaya skuad negara masih berpeluang layak ke Piala Asia," kata beliau. Ketika ditanya mengenai destinasinya selepas ini, Rajagobal menjelaskan, beliau hanya mahu berehat seketika daripada bola sepak. "Sebelum ini, saya hanya memikirkan tentang bola sepak. "Jadi, saya mahu menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga terutamanya isteri yang banyak berkorban selama ini. "Buat masa ini, saya belum menerima mana-mana tawaran, selepas ini saya tidak tahu," katanya. Rajagobal juga enggan 'memulangkan paku buah keras' kepada mana-mana pihak terutama beberapa bekas pemain kebangsaan yang selama ini lantang mengecam corak taktikal dan pemilihan pemain yang dilakukan beliau. "Saya tidak mahu cakap apa-apa... budak tujuh tahun juga boleh kritik. "Harus diingat, kejayaan tidak hadir dalam satu malam, sebaliknya memakan masa bertahun lamanya. "Jadi, mereka (pengkritik) wajar tampil ke depan dan membantu memajukan bola sepak negara," jelas Rajagobal. |
Posted: FAM belum sedia umumOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE KIM SWEE (tengah) dilantik sementara bagi membimbing skuad Harimau Malaya. "JIKA sudah menemui calon sesuai, kami akan segera umumkan jurulatih baharu Harimau Malaya." Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengulas mengenai spekulasi calon pengganti Datuk K. Rajagobal. Hamidin berkata, FAM masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu termasuk kemungkinan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee kekal menerajui Harimau Malaya selepas ini. Menurut beliau, pihaknya juga tidak akan menunggu sehingga kempen kelayakan Piala Asia 2015 tamat sebelum membuat keputusan mengenal pasti pengganti tetap Rajagobal. "Seperti yang saya katakan tadi, tidak perlu tunggu aksi berdepan Yemen (aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015) jika kami sudah menemui calon yang sesuai. "Jadi buat masa ini, Harimau Malaya kekal dikendalikan buat sementara oleh Kim Swee," katanya kepada Kosmo! semalam. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 November lalu, badan induk itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang tamat pada 31 Disember ini. Antara calon-calon yang disebut-sebut menduduki 'kerusi panas' itu termasuklah bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier; bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller selain legenda Jerman, Rudi Voller. Nama-nama lain seperti bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan juga bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan juga antara yang dilihat berpotensi menggalas tanggungjawab itu. Hamidin juga enggan mendedahkan senarai pendek calon-calon jurulatih yang berada dalam radar FAM setakat ini. "Masih ada banyak masa lagi... tunggulah hari lain. Sampai masa FAM akan umumkan," jelas beliau. |
Posted: Annuar serah kepada menteriOleh YATIMIN ABDULLAH "SAYA serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) untuk membuat keputusan, sama ada saya boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBSN) ataupun tidak. Demikian jelas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang tidak membenarkan beliau berada dalam jawatankuasa berkenaan kerana statusnya yang masih dalam penggantungan. Menurut Annuar, kemelut yang berlaku ketika ini sebenarnya berpunca daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak melibatkan AFC atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). "Dalam senario begini, saya kena pertimbangkan yang terbaik demi bola sepak negara dan saya akan mengambil sikap terbuka dengan berjumpa menteri mendengar pandangan beliau kerana beliau yang telah melantik saya. "Saya akan dengar pandangan menteri sebab beliau tahu pendirian saya... menteri ada pilihan. "Ini kerana program pembangunan yang Kementerian (Belia dan Sukan) hendak laksanakan itu ditujukan kepada yang berumur tujuh hingga 17 tahun, melibatkan budak sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam. Annuar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam. "Selain bertemu menteri, saya juga akan bertemu Hamidin bagi bertukar-tukar pandangan dan bertanya apa sebenarnya yang beliau inginkan. "Kalau FAM sebenarnya hendak menyertainya (JPBSN) cuma tidak boleh disebabkan saya ada, barangkali kita boleh berunding. "Kita bukan hendak rebut jawatan, cuma hendak cari penyelesaian demi kepentingan bola sepak negara," jelasnya. Terdahulu, FAM telah memutuskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu sebagai tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan sehingga 4 Oktober 2014. Beliau digantung pada April tahun lepas selama dua tahun setengah kerana didapati melanggar Artikel 88 Statut FAM. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dilapor telah menetapkan bahawa individu yang digantung tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak. KBS sebelum ini mempertahankan pelantikan Annuar dalam jawatankuasa tersebut. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |