{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


KJ: Kita harus garang di Myanmar

Posted:

KJ: Kita harus garang di Myanmar

KJ: Kita harus garang di Myanmar

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

KONTINJEN negara bergambar kenangan dengan Khairy (tengah barisan belakang) selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Bukit Jalil semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu kontinjen Malaysia terus garang dan jangan mudah mengaku kalah walaupun berdepan cabaran sengit untuk meraih pingat di Sukan SEA Myanmar nanti.

Menurut beliau, persembahan atlet negara pada temasya dwitahunan itu yang membuka tirai pada 11 hingga 22 Disember turut membawa bersama harapan 28 juta penduduk Malaysia.

"Saya harap, biarlah ketika pasukan lain meninggalkan kolam atau arena pertandingan, mereka akan ingat bahawa mereka telah berdepan atlet terbaik negara di Sukan SEA.

"Bukan sahaja akan ingat atlet kita yang berjaya meraih pingat tetapi mempunyai semangat dan tahap disiplin yang tinggi," kata Khairy selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Tidak mahu terlalu meletakkan tekanan yang tinggi untuk mencapai sasaran 40 pingat emas, Khairy percaya 556 atlet yang bertanding sudah 100 peratus bersedia untuk bertempur.

"Dengan latihan yang dilalui sepanjang masa serta penyertaan di kejohanan bertaraf antarabangsa yang lain, saya yakin para atlet telah bersedia untuk berjuang di Myanmar.

"Saya juga yakin, mereka akan dapat melakukan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Selagi mereka tidak berputus asa, pingat akan menjadi milik mereka," kata Khairy.

Khairy juga percaya, urusan kontinjen negara sepanjang berada di Nay Pyi Taw, Yangon, Mandalay dan pantai Ngawe Saung akan berjalan dengan lancar di bawah kepimpinan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Wira Amiruddin Embi.

"Saya berharap tiada masalah besar akan timbul sepanjang kontinjen negara berada di sana. Sekali pun ada, saya percaya ia akan ditangani dengan baik kerana pegawai yang dihantar termasuk pegawai perubatan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing," jelas Khairy.

Dalam pada itu, pembawa bendera negara, Sazali Abdul Samad optimis atlet negara dapat melakukan yang terbaik dan akan bekerja keras untuk membawa pulang pingat.

"Sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara masing-masing. Kita tidak mahu balik dengan tangan kosong walaupun tahu, tugasan di Myanmar tidak semudah yang dijangka," kata jaguh bina badan negara itu.

Dua gangsa daripada chinlone

Posted:

Dua gangsa daripada chinlone

Dua gangsa daripada chinlone

Daripada NORZASRUDIN
MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


SKUAD chinlone negara sekali lagi meraih dua pingat gangsa dalam acara Tahap 2 pada Sukan SEA 2013 di Myanmar semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Skuad chinlone lelaki dan wanita negara mengutip dua lagi pingat gangsa dalam acara Tahap 2 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B semalam.

Skuad lelaki yang dibimbing Nurudin Pawi berjaya mengutip 188 mata untuk menduduki tempat keempat di belakang Thailand (256 mata), Kemboja (249 mata) Laos (215 mata), manakala Singapura di tempat tercorot (109 mata).

Pingat emas acara tersebut dimenangi Thailand selepas menewaskan Kemboja 256-236 mata pada perlawanan akhir selepas skuad lelaki dan wanita Myanmar tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

"Seperti mana yang kami beritahu sebelum ini, kami hanya meletakkan sasaran untuk memenangi pingat

gangsa dalam acara ini. Kami akan memastikan pingat perak menjadi milik Malaysia apabila beraksi dalam acara Tahap 1 esok (hari ini)," kata Nurudin kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Nurudin berkata, kejayaan skuad lelaki memenangi dua pingat gangsa dalam acara sukan sepak takraw tradisi Myanmar ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang baik berdasarkan persiapan yang dilakukan sebelum ini.

"Chinlone buat pertama kalinya di pertandingan pada Sukan SEA. Kami tidak ada pemain khusus untuk beraksi dalam acara ini. Rata-rata pemain negara yang menyertai acara ini terdiri daripada skuad elit B.

"Kami membuat persiapan kurang daripada dua bulan berbanding Myanmar, Thailand dan Laos. Mereka mempunyai pemain khusus dan sudah berlatih untuk satu tempoh yang panjang," katanya.

Sementara itu, skuad wanita yang dibimbing Mohd. Fikri Mohd. Nor itu bernasib baik apabila menamatkan saingan ditempat ketiga daripada tiga pasukan yang bertanding.

"Seperti mana yang diketahui, hanya tiga pasukan beraksi dalam acara ini. Secara tidak langsung, satu pingat sudah dijangka menjadi milik Malaysia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini.

"Esok (hari ini), kami akan cuba mengutip satu lagi pingat," kata Mohd. Fikri.

Pada aksi semalam, skuad negara berjaya mengumpul 110 mata berbanding Thailand (200 mata), manakala Laos (180 mata).

Thailand memenangi pingat emas selepas menewaskan Loas 202-192 pada aksi final.

Hasil kejayaan itu, Thailand kini berkongsi dua pingat emas dengan Myanmar selepas pasukan tuan rumah menguasai acara Tahap 3 kelmarin.

Pada saingan terakhir chinlone hari ini, dua lagi pingat emas bakal menjadi rebutan dalam acara Tahap 1.

Sedia rentap New Zealand

Posted:

Sedia rentap New Zealand

Sedia rentap New Zealand

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


MIRNAWAN (kanan) sentiasa membakar semangat anak-anak buahnya bagi menghadapi Piala Dunia Remaja 2013 yang bermula di New Delhi, India hari ini.


MALAYSIA sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 di India dengan mengutip tiga mata penuh ketika menentang New Zealand dalam aksi pertama di Stadium Hoki Dyan Chand, New Delhi hari ini.

Pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi menjelaskan, tahap moral barisan pemainnya kini dalam keadaan terbaik selepas menjalani beberapa sesi latihan taktikal, strategi serta kekuatan psikologi sejak tiba di New Delhi.

Meskipun mengakui perasaan gementar sudah pasti wujud dalam diri setiap para pemain, namun Mirnawan yakin anak-anak buahnya mampu menangani situasi tersebut kerana telah dilatih pakar psikologi daripada Institut Sukan Negara (ISN).

"Seperti biasa saya lihat moral pemain kita berada pada tahap tertinggi dan begitu bersemangat," jelas Mirnawan semalam.

"Hari ini (semalam) kami telah menjalani beberapa sesi latihan dalam segi taktikal, fizikal serta mental.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka yang berasa gemuruh, tetapi perkara ini adalah biasa bagi semua atlet sukan dunia.

"Saya rasa ia bukan satu masalah besar kerana saya yakin pemain kita telah dilatih dengan baik oleh pakar psikologi dari ISN, Muhd. Sallehin Abd. Jalil bagi menangani situasi ini."

Pertemuan dengan New Zealand hari ini dilihat sebagai penentu Malaysia memburu tiket suku akhir, namun Mirnawan menjelaskan, peluang anak-anak buahnya mengutip tiga mata berharga ke atas pasukan Kiwi itu masih terbuka luas.

"Misi kita esok (hari ini) adalah mengutip tiga mata, namun jika semuanya gagal berjalan dengan lancar, saya berharap kita masih mampu sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

"Daripada analisis perlawanan New Zealand dan Australia baru-baru ini, saya rasa New Zealand bukan satu pasukan yang mudah untuk dikalahkan.

"Namun saya masih percaya kepada kemampuan pemain kita yang mana sebenarnya mereka mampu menewaskan mana-mana pasukan.

"Apa yang penting kita tidak boleh melepaskan gol yang mudah dan harus menggunakan peluang yang dicipta sebaik mungkin," ujarnya lagi.

Mengenai kelemahan pukulan sudut penalti ketika Malaysia tumpas 0-2 pada aksi persahabatan dengan Jerman dan Pakistan dua hari lalu, Mirnawan berkata: "Kami telah melakukan analisa tentang pukulan sudut penalti dan mungkin akan melakukan direct flick.

"Tetapi kami juga akan menggunakan set piece jika tiada pilihan lain. Apa pun kami masih tetap meletakkan kepercayaan terhadap pakar flick kita, Shahril Saabah dan Zulhairi Hashim untuk menyempurnakan direct flick."

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat