{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Tangisan Pasir Salak khazanah negara

Posted:

Tangisan Pasir Salak khazanah negara

Tangisan Pasir Salak khazanah negara

DOKUMENTARI ini dilakonkan semula bagi membolehkan penonton merasai suasana Perang Perak.


SELEPAS hampir dua tahun menjalankan kajian dan proses pengambaran, dokumentari Tangisan Pasir Salak akhirnya siap untuk tatapan umum.

Diarahkan oleh Jamal Lulkhir Jaludin, dokumentari berdurasi selama 27 minit itu mendapat kerjasama kerajaan negeri Perak dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menurut Jamal, sebahagian besar informasi yang diperoleh adalah menerusi perjumpaan bersama ahli keluarga dan penduduk asal yang terlibat secara langsung dalam Perang Perak.

"Kami mencari sehingga ke beberapa negeri kerana kebanyakan daripada mereka tidak lagi berada di sekitar Pasir Salak dan negeri Perak," ujar Jamal ketika majlis pratonton dokumentari itu bersama media baru-baru ini.

Dia menambah, maklumat mengenai waris tersebut diperoleh menerusi sebaran media di akhbar Utusan Malaysia beberapa tahun lalu.

"Melalui sebaran media itu, kami mendapat banyak panggilan daripada individu berkaitan. Ada yang memberikan kerjasama yang baik, terdapat juga yang mahu identiti mereka dirahsiakan," jelas Jamal. Antara negeri yang dijelajah termasuklah Kedah, Pahang, Melaka dan Johor.

Lakonan semula

Kajian terperinci turut dibantu oleh Penolong Kurator Kompleks Sejarah Pasir Salak, Mohd. Fauzi Mohd. Razali yang memberikan input berguna dalam dokumentari itu.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar peristiwa bersejarah itu, pihak produksi melakonkan semula beberapa babak di kawasan-kawasan yang mempunyai nilai sentimental seperti Kuala Kangsar, Taiping dan Pasir Salak.

"Melalui lakonan semula itu, penonton dapat merasai emosi yang berlaku dalam sejarah Pasir Salak. Ia dapat memberikan impak mendalam kepada mereka selain mudah untuk memahami plot penceritaan," katanya.


JAMAL menemu bual seorang warga emas yang merupakan waris pejuang yang pernah terlibat dalam Perang Perak.


Kos penerbitan menelan belanja sebanyak RM200,000 yang merangkumi kos-kos kaji selidik, penggambaran dan pos produksi. Sebahagian besar dana diberikan oleh Finas yang menjadi pemilik kepada dokumentari itu.

"Kos selebihnya ditanggung oleh pihak syarikat selain bantuan dana yang diberikan oleh kerajaan negeri Perak, badan korporat dan orang perseorangan," ujarnya.

Pengajaran

Menyentuh mengenai tayangan kepada umum, Jamal memberitahu, perkara itu terpulang kepada Finas untuk menentukan sama ada mahu memberikan kepada pihak stesen televisyen atau berkaitan.

"Saya telah melakukan yang terbaik bagi menghasilkan karya ini walaupun menghadapi beberapa masalah sepanjang proses menyiapkan dokumentari ini," katanya.

Tambahnya, penghasilan dokumentari ini diharap dapat dijadikan rujukan dan pengajaran kepada generasi muda yang tidak mengetahui secara terperinci mengenai sejarah Pasir Salak.

"Semoga dokumentari ini menjadi satu khazanah negara untuk dijadikan panduan buat generasi kini dan masa hadapan," katanya. Dia turut bercadang membuat satu versi dalam bahasa Inggeris untuk tayangan di luar negara.

Dokumentari yang berdurasi selama 23 minit itu mengisahkan perjuangan Datuk Maharaja Lela, serta pahlawan-pahlawan Melayu lain dalam usaha menentang British yang diketuai J. W.W. Birch di Pasir Salak pada zaman itu.

Turut dimuatkan dalam dokumentari tersebut ialah sebuah lagu berjudul Tangisan Pasir Salak.

Jamal boleh dihubungi melalui e-mel kaybroadcasting@yahoo. com. - HAFIZ AHMAD

Foto hidupan liar ilhamkan buku

Posted:

Foto hidupan liar ilhamkan buku

Foto hidupan liar ilhamkan buku


HAIWAN liar menjadi pilihan Chin untuk menghasilkan karya keduanya.


PERKEMBANGAN teknologi dalam bidang fotografi kini mendorong ramai orang berlumba-lumba untuk menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dan bermakna untuk dikongsi di laman sosial atau simpanan koleksi peribadi.

Namun, lain pula kisahnya dengan YY Chin. Beliau berjaya membukukan gambar-gambar hidupan liar yang diperoleh hasil pengembaraannya ke beberapa buah negara dengan kerjasama Kumpulan AmBank bagi tujuan membantu badan-badan amal di Malaysia.

Buku yang mengandungi 188 imej fotografi ini diperoleh hasil pengembaraannya ke Afrika Selatan, Namibia, Uganda, Zambia, Kenya, Ethiopia, Madagascar, India, Sri Lanka dan Pulau Kuril di Rusia.

Buku bertajuk Wild: Reflection On Business And Life ini turut selitkan petikan yang boleh dikaitkan antara hidupan liar dengan aktiviti seharian sebagai pemimpin, ahli perniagaan dan kehidupan.

"Petikan dalam buku ini adalah hasil pengalaman saya selama 35 tahun dalam industri perbankan, saya bermula dari bawah sebagai seorang pekerja bank dan sekarang saya bergelar seorang Ahli Lembaga Pengarah Ambank (M) Berhad," katanya ketika ditemui.

Chin telah lama merancang untuk mendapatkan gambar-gambar hidupan liar jika berpeluang, namun kesibukan dalam dunia perniagaan membataskan masanya.

Minat fotografi

"Idea untuk menerbitkan buku ini datang daripada rakan-rakan, mereka beranggapan saya mempunyai minat dalam bidang fotografi dan perniagaan," katanya.

Namun, selepas dua tahun menjelajah dunia termasuk terpaksa menempuh kepayahan dan kesusahan di hutan Afrika, beliau akhirnya berjaya mendapatkan gambar-gambar terbaik hidupan liar dari seluruh dunia untuk dimuatkan dalam buku terbaharunya.


PENGURUS Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank, Syed Anuar Syed Ali (kanan) dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank, George Wong (kiri) melihat buku Chin pada majlis pelancaran buku Wild: Reflections On Business And Life di Bangsar Village, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambah Chin, sifatnya yang teliti memerhati setiap tingkah laku dan pergerakan haiwan membolehkannya untuk menulis mengenai pengajaran yang boleh diambil dan diguna pakai oleh manusia dalam menjalani kehidupan harian.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, Chin telah menunjukkan bahawa setiap individu boleh melakukan kerja amal melalui fotografi.

"Beliau mempunyai bakat dan keinginan untuk memanfaatkan hobinya dalam hal-hal kebaikan dan perlu dicontohi oleh semua orang," tambah beliau.

Chin berharap koleksi terbaharunya itu dapat menyemarakkan lagi semangat pencinta hidupan liar di seluruh dunia, selain memastikan agar warisan ini dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

Buku yang berharga RM 200 ini merupakan karya kedua Chin. Hasil daripada penjualan buku ini akan disumbangkan kepada tiga badan kebajikan yang telah dikenal pasti iaitu Badan Amal Kanak-kanak Bangsar Village, Pusat Pembelajaran Komuniti Orang Asli dan Pusat Pemulihan Lumpuh Nepal.

Hasil pendapatan buku pertamanya yang bertajuk, Place Less Travelled-A personal Journey sebelum ini telah didermakan untuk membina sebuah sekolah di Zambia.

Pada majlis pelancaran buku terbaharunya di Bangsar Village baru-baru ini, lima keping gambar hidupan liar pilihan Chin dilelong sebagai usaha mengumpul dana bagi tujuan sama. - MOHD. SHAZWAN YUSOP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat