Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Selera Cina-Thai pikat pelanggan Posted: Selera Cina-Thai pikat pelangganOleh HAPIZAH AZIZ
KOMBINASI sajian Cina dan Thailand yang dipertaruhkan Restoran Jade, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan merupakan salah satu langkah untuk memikat selera para pelanggannya. Ternyata hotel tersebut membuat pilihan yang tepat memperkenalkan menu tersebut apatah lagi negeri Kelantan bersempadan dengan Thailand tentunya ia bersesuaian dengan selera komuniti Siam atau masyarakat pelbagai kaum di negeri ini yang semakin sebati dengan cita rasa negara jiran itu. Hotel Perdana Kota Bharu yang baru beroperasi baru-baru ini mengumumkan untuk mempromosikan hidangan Cina-Thai sebagai sajian teras di Restoran Jade hotel berkenaan sempena pembukaan restoran itu. Pengurus Pemasaran dan Komunikasi, Nik Adura Zuliana Datuk Nik Abdul Rashid berkata, pelbagai pilihan hidangan ditawarkan secara ala carte termasuk pat pau ayam kukus, daging singto longhai (Daging Singa Menangis), udang goreng dua rasa, ikan goreng lima rasa, tomyam dan sayur campur istimewa. Menu pilihan Katanya, hidangan ayam goreng bawang tanpa tulang, sup sirip ikan yu dengan isi ketam dan ikan kukus ala Siam dan ikan kukus dengan potongan mangga turut menjadi menu pilihan ramai. IKAN siakap goreng lima rasa mampu membuatkan pengunjung kecur air liur. Di samping itu katanya, mi tom yam makanan laut serta minuman tembikai susu dengan sagu juga disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan. "Dalam menyediakan semua hidangan, Cef Eh Bau bersama pasukannya, Eh San Eh Rong, Alimi Che Ibrahim dan Chong Tak Sang dipertanggungjawabkan bagi menyedia hidangan tersebut," katanya sempena promosi makanan Cina-Thai di Restoran Jade, Hotel Perdana Kota Bharu baru-baru ini. Menurutnya, Cef Eh Bau yang berketurunan Siam dari Tumpat, Kelantan mempunyai pengalaman tiga dekad dalam penyediaan makanan di restoran. "Antara hidangan lain yang ditawarkan ialah ayam goreng tanpa tulang yang dibalut dengan madu, ikan siakap goreng Taman Jade, tiram pancake, makanan laut Pacific serta goreng cendawan dan kerang boleh dinikmati apabila menjamu selera di hotel ini," katanya. Tambahnya, semua hidangan yang disediakan menggunakan bahan segar yang diperoleh dari sekitar negeri ini bagi mengekalkan rasa asli masakan. Pelanggan katanya, boleh membuat tempahan tiga meja dalam bilik khas atau di kawasan restoran terbuka yang boleh menampung sehingga 100 orang. Restoran ini mendapat pengikitirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |