Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Lima ajaran sesat aktif dikesan
- RapidKuantan tambah tiga lagi laluan tahun depan
- Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ
Lima ajaran sesat aktif dikesan Posted: Lima ajaran sesat aktif dikesan01/12/2013 11:10pm KUANTAN - Lima daripada 81 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti, didapati bergerak aktif di seluruh negara. Menurut Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Abu Syafiq Mohd Rasyiq Mohd Alwi, lima kumpulan tersebut adalah ajaran Syiah, al-Arqam, Hizbut Tahrir, Wahabi dan Tarikat Naqshabandi. Abu Syafiq berkata, kumpulan ajaran sesat yang aktif di Perlis, Kedah, Johor, Perak dan Selangor itu mempunyai puluhan ribu pengikut. "Ajaran sesat ini sukar untuk dikenal pasti tetapi kita boleh mengesannya berdasarkan tingkah laku dan amalan mereka. "Pada masa kini, mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mensasarkan golongan muda terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi," katanya selepas program Ceramah Kelebihan Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuantan di sini. - Bernama |
RapidKuantan tambah tiga lagi laluan tahun depan Posted: RapidKuantan tambah tiga lagi laluan tahun depan01/12/2013 11:06pm KUALA LUMPUR - RapidKuantan akan menambah tiga lagi laluan tahun depan. Antaranya adalah Hentian Bandar dan Gebeng melalui Beserah, antara Hentian Bandar dan PSDC melalui Jalan Galing, antara Hentian Bandar dan Gebeng melalui Kuantan Bypass. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zohari Sulaiman berkata, dengan penambahan laluan itu, RapidKuantan secara keseluruhan akan beroperasi di 16 laluan sejak tahun lepas. "Kita juga bercadang memanjangkan perkhidmatan hingga Pantai Beserah tahun depan sempena program Tahun Melawat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media di sini. - Bernama |
Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ Posted: Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ01/12/2013 10:58pm MARANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggerakkan kira-kira 15,000 anggota Skuad Muda 1JPJ, bagi melaksanakan tugasan pertama mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Februari depan. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, ia bagi membolehkan anggota skuad membantu dalam tugasan penguatkuasaan anggota JPJ di seluruh negara. Kata Ismail bahawa skuad muda mula ditubuhkan pada Ogos lalu berperanan melaporkan salah laku pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan itu. "Dengan penglibatan mereka (Skuad Muda 1JPJ) sekali gus dapat membantu pihak penguasaan. "Dapat mendisiplin dan mendidik masyarakat dan pemandu untuk mematuhi peraturan jalan raya," katanya selepas menutup Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) daerah Marang di sini. Menurut Ismail, skuad itu akan ditempatkan di setiap 50 kilometer di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dan setiap 30 kilometer bagi jalan negeri atau jalan Persekutuan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |