Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA
- Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari
- Pendaftaran secara online mudahkan permohonan rumah mampu milik
Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA Posted: Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA14/12/2013 9:45pm YANGON - Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini. Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit. Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003. Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0. Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64. Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60'). Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55'). - Bernama |
Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari Posted: Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari14/12/2013 9:28pm JITRA - Setelah mengharungi perjalanan sejauh 25,500 km dari United Kingdom (UK) dalam tempoh 155 hari, satu keluarga rakyat Malaysia seramai enam orang hari ini tiba di tanah air. Jamalullail Ismail, 44, dan isterinya, Sofinee Harun, 38, serta empat anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi setelah mengharungi perjalanan di 26 negara. Jamalullail, seorang jurutera yang telah menetap di United Kingdom sejak 15 tahun lepas berkata, pengembaraan "By Road to Malaysia" itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga. Keluarga itu menetap di Seaham, Sunderland terpaksa melalui pelbagai kepayahan terutama masalah birokrasi dan perubahan cuaca di banyak negara sejak memulakan perjalanan pada 13 Julai lalu iaitu 4 Ramadan di United Kingdom. - Bernama |
Pendaftaran secara online mudahkan permohonan rumah mampu milik Posted: Pendaftaran secara online mudahkan permohonan rumah mampu milik14/12/2013 9:29pm JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor sedang membangunkan sistem pendaftaran perumahan secara online bagi memudahkan proses permohonan rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem itu yang dijangka siap pertengahan tahun depan diyakini dapat membantu kerajaan negeri menyediakan rumah dengan lebih berkesan kepada rakyat. "Permohonan secara talian dilihat lebih memudahkan proses permohonan dan merancang projek perumahan berdasarkan kepada keperluan sebenar mengikut kawasan. "Ia sekaligus mengelakkan pembinaan rumah melebihi dari permintaan," katanya selepas majlis penyerahan rumah bagi penempatan semula penduduk Kampung Oren ke Taman Bukit Tiram dan perasmian Klinik Waqaf An-Nur Taman Bukit Tiram, dekat Ulu Tiram di sini. Khaled berkata, sistem itu juga membolehkan kerajaan negeri mengetahui kawasan yang memerlukan pembinaan lebih banyak rumah seumpama itu kerana kerajaan tidak mahu penduduk berhijrah dari kawasan asal ke penempatan baharu yang terletak jauh dari tempat kerja mereka. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |