Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Harimau Muda A tiba di Naypyitaw bawa misi pertahan gelaran juara
- Semakan tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Najib
- Najib umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir
Harimau Muda A tiba di Naypyitaw bawa misi pertahan gelaran juara Posted: Harimau Muda A tiba di Naypyitaw bawa misi pertahan gelaran juara07/12/2013 9:51pm NAYPYITAW, MYANMAR - Skuad Harimau Muda A hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyitaw dengan satu misi besar iaitu untuk mempertahankan pingat emas yang menjadi ibu segala pingat bagi temasya dwitahunan yang akan bermula secara rasminya 11 Disember ini. Jurulatih Skuad Harimau Malaya A, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau percaya dengan kemampuan anak didiknya lebih-lebih lagi apabila menerima tekanan untuk mempertahankan pingat emas yang pernah di menangi pada Sukan SEA edisi Indonesia dua tahun lepas. "Saya faham bahawa pemain kita menghadapi pelbagai tekanan sebelum mendarat di sini (Nyapyitaw) termasuklah desakan daripada penyokong bola sepak negara yang ingin melihat kejayaan pasukan kesayangan mereka. "Namun sebagai pemain profesional, mereka tahu bagaimana untuk mengatasi cabaran tersebut agar tidak menjejaskan perkara yang lebih penting iaitu fokus perlawanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kim Swee berkata, beliau percaya faktor kejayaan sesebuah pasukan bola sepak bukan bergantung kepada seseorang pemain sahaja tetapi ia memerlukan kerjasama, kesefahaman dan juga kekuatan mental yang terdapat pada semua pemain dalam pasukan. - Bernama |
Semakan tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Najib Posted: Semakan tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Najib07/12/2013 9:17pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, semakan semula tarif elektrik baru-baru ini mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas. Beliau berkata, kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71 peratus daripada pengguna domestik di seluruh negara, dengan tidak sampai 30 peratus pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersil. "Tenaga Nasional Bhd. sebagai satu badan (pembekal tenaga elektrik) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan. Jika tidak dinaikkan ia akan menjejaskan daya maju, liabiliti kewangan TNB tapi kita pastikan rakyat teramai tak terjejas," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini. Ditanya mengenai langkah pengurangan subsidi selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, ia diputuskan kerajaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan fiskal negara. "Kita nak tentukan kewangan negara lebih kukuh lagi. Dari segi kepentingan rakyat, kita mempunyai Jaringan Keselamatan Sosial, kita tambah lagi, misalnya kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kita naikkan, kita ada lagi i-BR1M, insurans takaful dan sebagainya. "Kita boleh timbangkan (untuk sebarang kenaikan lagi) dari semasa ke semasa, tapi kita perlukan kekuatan fiskal untuk negara kita," katanya. Najib juga berharap rakyat akan memahami kajian semula subsidi baru-baru ini adalah sebahagian daripada penyatuan fiskal. "Mereka perlu memahami inilah prosesnya. Akan ada kesusahan jangka pendekdan bukan kesusahan yang teruk, kesusahan kecil tetapi dalam jangka panjang iaakan memberi kebaikan kepada rakyat," katanya. - Bernama |
Najib umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir Posted: Najib umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir07/12/2013 7:54pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir. "Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka. "Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka. "Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara. "Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |