Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik pinjaman Tekun
- Malaysia kalahkan Afrika Selatan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja
- Banjir di Johor semakin pulih, hanya 635 mangsa berada di pusat pemindahan
Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik pinjaman Tekun Posted: Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik pinjaman Tekun08/12/2013 10:38pm BERA - Kerajaan bersetuju membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi peminjam yang terjejas akibat bencana banjir. Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penangguhan itu bagi mengurangkan beban peminjam yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir. "Tekun bersedia menambah dana dan pinjaman tambahan kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sekiranya mereka mahu berbuat demikian bagi membolehkan mereka mengurus dan menjalankan perniagaan selepas ini. "Saya percaya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk pembayaran semula dan kita perlu membantu mereka bagi meneruskan perniagaan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di lapan buah pusat penempatan banjir di sini, hari ini. - Bernama |
Malaysia kalahkan Afrika Selatan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Posted: Malaysia kalahkan Afrika Selatan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja08/12/2013 10:36pm NEW DELHI - Malaysia mengalahkan Afrika Selatan 2-1 untuk kekal mendahului Kumpulan D kejohanan hoki Piala Dunia Remaja di Major Dhyan Chand National Stadium di sini pada Ahad. Pada Jumaat lalu, Malaysia mengalahkan New Zealand 3-2 dan akan menentang England esok. - Bernama |
Banjir di Johor semakin pulih, hanya 635 mangsa berada di pusat pemindahan Posted: Banjir di Johor semakin pulih, hanya 635 mangsa berada di pusat pemindahan08/12/2013 10:19pm JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di negeri Johor kini semakin pulih berikutan keadaan cuaca yang baik hampir di semua tempat, hari ini. Sehingga pukul 9 malam ini, hanya terdapat 635 mangsa daripada 157 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan berbanding 1,024 mangsa daripada 274 keluarga, petang tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata, Segamat mempunyai jumlah mangsa tertinggi iaitu 489 orang dan ditempatkan di tujuh pusat pemindahan. Di Pontian seramai 83 mangsa masih berada di sebuah pusat pemindahan dan di Batu Pahat terdapat seramai 63 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |