Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Siti Aishah janji pulang ke pangkuan keluarga - Kakak
- Tiga nelayan hilang selepas keluar menangkap ikan
- 'Kucing kurap': Jeef Ooi minta maaf selepas diarah Karpal
Siti Aishah janji pulang ke pangkuan keluarga - Kakak Posted: 01 Dec 2013 12:09 AM PST KAKAK kepada Siti Aishah, yang didakwa dijadikan hamba selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab ditemu bual pemberita sejurus tiba dari London setelah menemui Siti Aishah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - BERNAMA SEPANG 1 Dis. - Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang didakwa dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di London, berjanji akan pulang ke pangkuan keluarga selepas selesai menjalani tempoh penahanan selama sembilan bulan. Kakaknya, Kamar Mahtum, 73, berkata, Siti Aishah ketika ini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan kematian Sian Davies pada 1997 yang dipercayai menjadi hamba kepada sepasang suami isteri, Aravindan Balakrishnan, 73 dan Chanda Pattni, 67 di Lambeth, London sejak 30 tahun lalu. Siti Aishah bersetuju untuk pulang selepas dipujuk oleh Kamar Mahtum dalam satu pertemuan hampir sejam di lokasi rahsia di negara itu yang dikawal ketat bagi mengelak sebarang maklumat bocor sehingga boleh mengganggu siasatan. Menurut Kamar Mahtum, Siti Aishah mulanya enggan pulang ke tanah air kerana mendakwa banyak urusan yang perlu diselesaikan di London terutamanya kerja-kerja kemasyarakatan. "Setelah dipujuk dan menyatakan keluarga di Malaysia begitu rindukan dia, akhirnya Siti Aishah akur dan bersetuju pulang, namun perlu menunggu sehingga siasatan selesai yang memakan masa sembilan bulan. "Saya gembira selepas Siti Aishah berjanji untuk pulang, kami sekeluarga amat merinduinya selepas hampir 40 tahun berpisah. Dia ada menulis satu nota ringkas kepada keluarga di Malaysia, namun saya tidak dapat kongsi kandungannya kerana terlalu peribadi. "Dia juga sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pukul 7.30 pagi ini. - UTUSAN ONLINE |
Tiga nelayan hilang selepas keluar menangkap ikan Posted: 01 Dec 2013 12:01 AM PST Oleh ZAMZURINA AHMAD KUANTAN 1 Dis. - Tiga nelayan termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan di jeti Kuala Merchong, Nenasi, Pekan dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahya Othman berkata, Mohamad Asri Mohamad Isa, 17, dan bapanya, Mohamad Isa Awang Ngah, 65, serta jiran mereka, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, keluar ke laut seperti biasa kira-kira pukul 5.30 pagi dengan menaiki sebuah bot gentian bernombor PHS 3009. - UTUSAN ONLINE |
'Kucing kurap': Jeef Ooi minta maaf selepas diarah Karpal Posted: 30 Nov 2013 10:44 PM PST Oleh AZELI ALI PULAU PINANG 1 Dis. - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akhirnya meminta maaf kerana menggelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' bulan lalu. Wakil rakyat DAP itu membuat pengumuman maaf tersebut selepas diarahkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013 di sini hari ini. Jeff berkata, tiada orang lain yang boleh mengarahkan beliau untuk menarik balik dan meminta maaf atas kenyataan yang dibuat yang mendapat kritikan daripada pelbagai pihak serta menimbulkan kemarahan kakitangan MPPP itu. "Tetapi sebagai Little Tiger of Jelutong, saya hanya akur kepada arahan dan kata-kata yang dikeluarkan Tiger of Jelutong iaitu Karpal Singh. "Dengan ini saya secara terbuka ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terluka dengan kenyataan saya itu," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Karpal berkata, kakitangan MPPP tidak sepatutnya dihina dengan gelaran seperti itu dan beliau akan mengarahkan Jeff Ooi meminta maaf secara terbuka. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |