Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST GELOMBANG fesyen dan muzik K-Pop ternyata masih menjadi trend hingga ke hari ini. Penampilan artis Korea cukup menarik dan sarat dengan elemen segar menggamit minat penggemar fesyen. Ini termasuklah gaya rambut Korea yang menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini. Bekerjasama dengan penata rambut terbaik berasal dari Korea, Kim Hyun Tae, LOreal Professionel mencipta gaya rambut Korea. Hyun Tae yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini pernah mendandan rambut artis terkenal Korea seperti Super Junior dan Psy. Koleksi Tekstur Rambut 2013 yang diilhamkan Hyun Tae mempunyai empat tema berbeza berdasarkan gaya bandar Korea iaitu Gangnam, Busan, Hongdae, dan Sinsa. Gaya Busan bersifat artistik dan sarat dengan budaya. Oleh itu, Hyun Tae mencipta potongan bubble perm yang pendek dan ikal. Sementara itu, gaya Gangnam pula glamor dan chic. Dandanan menarik dengan potongan rambut poni dan ikal panjang. Gaya Hongdae pula sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan muda dan trendy lantas Hyun Tae mencipta pop perm yang comel beralun. Bagi mereka yang gemarkan gaya mewah dan elegan, anda boleh mencuba gaya rambut Sinsa yang menampilkan dandanan rambut lurus semula jadi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |