Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 10 Dec 2013 09:16 PM PST Oleh MERAN ABU BAKAR Keunikan sulaman kerawang yang unik antara keistimewaan kebaya nyonya. BAJU kebaya nyonya asli Melaka walaupun sudah lebih 100 tahun tetap kekal elok sehingga ke hari ini. Keindahan dan keunikan baju kebaya Nyonya tidak boleh disangkal kerana ia dibuat dengan begitu teliti sehingga menghasilkan seni sulaman kerawang yang amat sukar diperoleh pada hari ini. Nur Amirah Zainudin wakil dari butik DMDI Shoppe berkata, baju tersebut dinamakan kebaya Nyonya kerana dibuat oleh keturunan Baba dan Nyonya Melaka. Katanya, ia pakai sebagai baju harian golongan wanitanya. Baju kebaya pendek paras punggung ini dibuat sendiri di rumah dan dipakai bersama kain batik sarung. "Pada masa dahulu, kebaya Nyonya hanya dipakai oleh mereka yang berusia 30 tahun ke atas kerana sudah menjadi adat mereka, selain penghormatan kepada mereka yang sudah berusia. "Di sinilah terciptanya nama kebaya Nyonya yang kini dipakai oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun usia kerana keunikannya yang tersendiri," katanya. Malah, menurut Nur Amirah, ia menjadi kebanggaan kepada si pemakai kerana mempunyai nilai yang tersendiri selain harganya yang agak mahal bersesuaian dengan kualiti dan kerawang yang disulam. Harga sehelai kebaya Nyonya terletak pada kualiti kain yang digunakan kerana sekiranya kain tidak berkualiti, ia akan mudah koyak jika dijahit sulaman di atasnya. "Kebanyakan corak sulaman berunsurkan flora dan fauna selain binatang seperti burung dan ikan emas. "Kebaya Nyonya juga sesuai dipakai ke majlis perkahwinan, kenduri serta makan malam. Sekarang, pemakaian kebaya Nyonya lebih meluas apabila ramai yang memakai ke pejabat dan sebagainya," katanya. Berdasarkan pengalamannya, menurut Nur Amirah, kebaya Nyonya bukan sahaja dihargai oleh wanita tempatan, malah turut dibeli oleh wanita dari negara jiran seperti Singapura dan Brunei yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi memiliki sehelai kebaya Nyonya. Alah membeli menang memakai. Walaupun harganya mahal namun amat berbaloi kerana sulaman kerawang dibuat dengan tangan, halus dan boleh dijadikan warisan kepada anak cucu. Baju kebaya nyonya DMDI SHOPPE (DIMILIKI OLEH DMDI GLOBAL SDN BHD), DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL, BANDA HILIR, MELAKA (06-2816941). Solekan BAIZURA MUHAMMAD (019-3648846) www.facebook.com/baizuraMUA Model ELLY |
Posted: 10 Dec 2013 09:16 PM PST Oleh NATASHA FARAH MOHAMAD JOHAR Wanita mana yang tidak mahu nampak cantik dan berseri-seri saat melangkah ke jenjang pelamin, apatah lagi jika si ratu sehari itu merupakan artis tersohor yang perkahwinannya sudah diangkat sebagai wedding of the year. Tanpa aral melintang dia bakal kembali menjadi isteri orang semula pada hari ini. Pelakon jelita, Rozita Che Wan, memulakan perjalanan perkahwinannya dengan 'mempersiapkan' tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki sementelah dia sendiri merupakan duta produk kecantikan Safi Rania Gold. Mencuri masa dalam kelelahan membuat persiapan perkahwinan, Rozita sempat berkongsi rahsia rutin penjagaan wajah, yang katanya bukan baru bermula setahun dua sebaliknya dilakukan penuh displin sejak usia menginjak belasan tahun lagi. Rejim penjagaan wajahnya semakin ketat sering peningkatan usia kerana baginya, memiliki kulit wajah yang sihat, halus dan licin satu kemestian. "Solekan sekadar penambah seri bukan topeng untuk sentiasa menutup cela. Saya percaya struktur kulit yang sihat pasti mampu menjadi kanvas yang baik untuk berkarya dengan pelbagai gaya solekan. "Sebagai wanita tidak kira artis mahupun orang biasa, kecantikan sangat penting kerana bila kita cantik, keyakinan akan lebih tinggi," katanya pada majlis Pupur Emas Seri Ratu Sehari Ratu Safi Rania Gold di Jentayu Spa, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Rozita, disiplin adalah kunci kepada usaha kecantikan kerana tanpanya apa juga teknologi dan formula dalam produk kecantikan tidak akan berguna. Dia mengakui, usaha mengekalkan keremajaan kulit wajah tambah mencabar apabila usia meningkat serta ancaman faktor persekitaran dan tekanan seharian. Faktor tersebut boleh membuatkan kulit wajah mengalami proses penuaan dengan lebih cepat. "Syukurlah saya bertemu dengan Safi Rania Gold dengan manfaat Nano emas 24k dan diperkaya amino peptida yang mengurangkan kedutan dan garisan halus sehingga 55 peratus. "Produk ini turut mengembalikan keanjalan kulit dan membaiki tona kulit saya agar lebih sekata dari dalam sebanyak dua kali ganda lebih pantas dalam masa tiga minggu," katanya. Rozita percaya rahsia kecantikannya sedikit sebanyak terletak kepada tiga asas pupur kecantikan Pembersih Wajah Lembapan Mendalam, Serum dan Krim BB SPF30PA daripada rangkaian Safi Rania Gold. Katanya, pembersih wajah tersebut menghapus kotoran pada muka terutamanya solekan dengan amat berkesan, manakala serum merupakan rejim kecantikan yang penting yang mesti ada. "Krim BB ini pula begitu ringan amat sesuai untuk solekan natural. Krim ini yang hadir dengan manfaat pelindung kulit dari sinar lembayung ungu membuatkan kita yakin untuk keluar dengan gaya bersahaja," kata Rozita mencuit hati ramai dengan personaliti ceria dan bersahaja. Hadir sama melengkapkan 'temujanji' cantik sehari itu ialah Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman. "Temujanji cantik ini merupakan cara mudah dan tersendiri untuk Safi membisikan mesej cantik kepada wanita. "Bagi saya setiap wanita perlu mencari masa untuk memanjakan diri. Ambil masa sehari bersama teman atau sendirian untuk merawat jiwa dan mengembalikan seri pada wajah," kata Mahsuri. Katanya, Safi Rania Gold adalah produk antipenuaan yang diperkaya dengan formulasi teknologi Nano Emas 24K. Ia berfungsi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus serta membaiki keanjalan kulit sekaligus melambatkan penuaan. Rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif daripada SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |