{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Bergaya dengan K-Pop

Posted: 04 Dec 2013 11:46 PM PST

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar SHAHRIL AZMAN

SEBAHAGIAN remaja hari ini berani memperagakan pakaian ala K-Pop yang menampakkan gaya mereka ranggi dan comel. Penggunaan warna-warna terang dan kombinasi warna blok seperti merah, jingga, biru dan kuning menyerlahkan penampilan mereka.

Warna-warna ini memberikan mereka cita rasa sebenar berfesyen mengikut kehendak naluri mereka yang sukakan kelainan dan gaya yang ranggi.

Menyedari fesyen K-Pop menjadi trend di Malaysia, Lisz aryane Collection mempersembahkan koleksi ready-to-wear kepada remaja dan penggemar pakaian ini.

Seleksi pakaian ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.

Biarpun fesyen ini kelihatan ranggi namun sering menjadi pilihan remaja memandangkan fesyen yang ditunjukkan masih sopan, seiring dengan penampilan remaja hari ini yang bertudung.

Koleksi yang sarat unsur gaya dari Korea ini meliputi variasi pakaian berpotongan menarik khusus untuk wanita, sama ada jenis blaus, dres mini dan peplum, skirt mini dan seluar yang dipadankan dengan pelbagai jenis kameja dan t-shirt.

Fesyen yang menjadi kegilaan remaja masa kini menampilkan pelbagai warna terang dan warna blok seperti merah, kuning, hijau dan banyak lagi.

Pakaian ini sesuai dipakai oleh pelajar dan remaja-remaja yang gemar bergaya dengan fesyen Korea yang ingin tampil comel dan bersahaja.

Kombinasi seperti skirt mini dan seluar dipadankan dengan blaus pendek sangat sesuai dengan remaja yang aktif dan berperwatakan ceria.

Selain menawarkan koleksi pakaian Korea, Lisz aryane Collection turut menjual blaus labuh rekaannya yang didatangkan dengan pelbagai warna dan corak menarik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat