Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY WALAUPUN sebelum ini tersebar desas desus mengatakan penyanyi Alyah mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah muzik, Ramli MS tetapi tidak ada pengesahan. Sama ada Alyah atau Ramli, masing-masing menutup mulut untuk mengiyakan atau menafikan hubungan tersebut. Bagaimanapun dalam pertemuan dengan Pancaindera baru-baru ini Alyah mengesahkan hubungan itu. Alyah mengakui sedang mengenali hati budi pengarah muzik itu untuk hubungan yang seterusnya. Kini hubungan antara Alyah dan Ramli bukan rahsia lagi dan Alyah mengambil sikap matang untuk mengesahkan tetapi tidak pula memperagakan" teman lelaki kepada umum. Alyah daripada seorang penyanyi yang terkenal dengan pakaian seksi dan fesyen yang mirip Lady Gaga kini sudah bertudung, berpakaian sopan dan tingkah laku juga terkawal. Dia memgambil sikap untuk tidak terus menyembunyikan Ramli yang hadir dalam hidupnya. Malah Ramli tidak perlu disembunyikan kerana tidak ada apa yahg harus dikontroversikan sama ada di pihak Alyah atau Ramli. Cuma sebagai wanita dia tidak mahu bercerita panjang mengenai hubungan itu. Walaupun sebelum ini timbul salah faham dengan media tetapi Alyah menafikan dia mahu menyembunyikan perhubungan mereka. Alyah memohon maaf kerana salah faham sebelum ini menyebabkan hubungannya dengan pihak media berlaku sedikit keretakan. Menafikan dia bukan tidak mahu hal peribadi, kata Alyah, sebagai penyanyi dia sedar bahawa ramai yang mahu tahu mengenai cerita peribadinya. Maka, apabila Alyah terlepas cakap pada media mengenai cerita hubungannya dengan Ramli, Alyah tidak senang duduk memikirkan kesannya. Saya tak marah apabila orang bertanya mengenai kesahihan cerita itu malah saya faham kerja orang media. Ketahuilah bahawa saya tak pernah cuba untuk menyorok cuma masanya untuk memaklumkan hal itu belum tiba, " katanya. Sedar bahawa dirinya juga adalah wanita biasa, kata Alyah, dia juga tidak terlepas daripada keinginan untuk berkongsi cerita gembira pada satu dunia bila diri dikuasai rasa cinta. Saya mengaku terbatas untuk buat begitu sebab dia (Ramli) tidak suka bercerita. Cuma, kalau saya nak bercakap saya boleh. Itu hak saya. Tapi atas dasar hormat, saya hadkan. Fikirlah, untuk apa saya nak sorok? Saya penyanyi dan ini adalah kerjaya saya yang melibatkan soal peribadi turut menjadi fokus orang ramai. Nama saya naik sebab peminat dan kawan-kawan di media, jadi kenapa saya nak sorok hal gembira dengan semua? Saya cuma minta semua faham situasi bila saya terpaksa mendiamkan diri atas sebab-sebab tertentu," katanya. Dia dengan dunianya Berkongsi secara umum mengenai sang penghuni hatinya, kata Alyah apa yang membuatkan dirinya tertarik pada Ramli adalah sikap tegas yang diibaratkan seperti seorang bapa. Meski kadangkala agak garang, kata Alyah, Ramli sebenarnya punya sisi lembut yang penuh dengan kasih sayang. Mengaku agak jarang meluangkan masa bersama, kata Alyah, dia perlu memahami situasi apabila masing-masing punya keutamaan dalam soal kerja yang sepertinya tidak pernah habis. Kami jarang keluar. Boleh bilang dengan jari berapa kali keluar walaupun sekadar meluangkan masa untuk minum kopi. Tapi saya faham dia memang begitu. Tiada apa pada dirinya yang saya mahu lihat ada perubahan. Saya memang suka lelaki yang banyak ciri kebapaan, tegas, dan mengambil berat. Ciri-ciri itu yang membuatkan saya menghormatinya. Dia ada dunia dia sendiri. Bila dia berada dalam dunia dia, tak akan sedikit pun saya cuba untuk berani merosakkannya. Ya, saya okey saja dengan keadaan ini. Macam orang kata, go with the flow," katanya. Berdiri Tak perlulah orang hendak mengaitkan isu siapa tumpang siapa apabila dua individu bergelar selebriti menjadi pasangan hidup. Dalam konteks Alyah dan buah hatinya, kedua-duanya tidak bergantung pada sesiapa kerana masing-masing sudah punya platform sendiri. Lainlah jika Alyah orang baru dalam industri, maka bolehlah orang buat tanggapan begitu. Memandang hal ini umpama satu bahan jenaka, kata Alyah, hubungan cintanya berlangsung di landasan profesional. Bila tiba soal kerja, tiada antara mereka yang cuba mengambil kesempatan antara satu sama lain. Tak ada istilah tumpang-menumpang. Saya penyanyi dan dia pengarah muzik. Saya dah lama berdiri di atas kaki sendiri, kalau tidak bersama dia pun, saya masih boleh cari makan sendiri dengan kudrat yang Tuhan bagi. Biasalah, kadang-kadang ada orang mahu mencuit saya dengan cerita macam ni. Tak mengapa, saya dah biasa," katanya. |
Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST MISS J mendapat tahu pengarah Osman Ali akan mengadaptasikan novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein (Pak Lah) menjadi filem. Sebelum ini Othman Haji Zainuddin pernah mengadaptasi novel ini ke teater. Hasrat Osman nak adaptasi novel ini bagus tetapi Miss J nak pesan supaya dia tidak mencemarkan karya Sasterawan Negara dengan babak-babak semi porno seperti filem arahnya sebelum ini. Boleh dikatakan semua filem arahan Osman mesti ada babak yang menjurus kepada seks. Filem Bukak Api, Anak Halal, Jiwa Taiko dan Ombak Rindu semuanya ada adegan yang disifatkan oleh Osman sebagai "penting". Miss J terkejut juga bila ada yang beritahu Osman nak adaptasi novel Pak Lah. Miss J bimbang selepas jadi filem orang yang belum membaca Konserto Terakhir pandang serong kepada Pak Lah kalau diselitkan babak seks kesukaan Osman itu. Miss J tak pandai bab filem. Tetapi Miss J percaya filem kita harus dibuat dalam lingkungan kita iaitu orang Melayu dan Islam. Tak payahlah menggunakan ayat klise, "hanya yang fikir seks sahaja melihat babak seks itu sebagai seks." Miss J harap latar belakang Osman sebagai orang yang berasal dari kampung di Langkawi, persekitaran Melayu dan Islam, cukuplah memahami kebebasan seni dari kaca mata Barat. Nanti buat malu orang Langkawi sahaja kerana Osman suka buat babak seks dalam filemnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |