Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Dua suspek culik bayi masih berada dalam negara Posted: 13 Dec 2013 11:00 PM PST PERMATANG PAUH 14 Dis. - Polis percaya dua suspek kes culik seorang bayi perempuan di Paya Terubong di negeri ini semalam masih berada dalam negara. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, suspek itu membabitkan dua wanita, seorang keturunan Cina amat dikehendaki bagi membantu siasatan. Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek bukan anggota sindiket pemerdagangan bayi yang pernah ditahan polis dalam Op Pintas Sayang 1 dan 2 sebelum ini. "Siasatan awal kita mendapati kedua-dua mereka menculik bayi tersebut untuk dijual dan pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut terhadap kedua-dua mereka itu," katanya di sini hari ini. Dalam kejadian semalam, polis berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan yang diculik dari rumah neneknya di Paya Terubong selepas menahan seorang warga emas yang membeli bayi itu dengan harga RM3,000. - UTUSAN ONLINE |
Bayi perempuan ditemui di belakang rumah di Puchong Posted: 13 Dec 2013 10:55 PM PST KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di sebuah lorong di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara, Puchong malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira 12.10 tengah malam tadi oleh seorang wanita yang tinggal berhampiran. "Wanita itu terdengar bunyi tangisan bayi tanpa henti antara pukul 11.30 malam hingga 12.10 malam. Dia lalu menjenguk dari tingkap dapur rumahnya dan mendapati seorang bayi di belakang rumahnya," katanya kepada Bernama. Beliau berkata wanita itu kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang dan keadaannya dilapor stabil. Abdul Razak berkata pihak polis turut menemui sehelai sarung bantal yang terdapat kesan darah. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |