Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Menteri Muda Sarawak dirompak, kereta dilarikan Posted: 15 Dec 2013 09:26 PM PST KUCHING 16 Dis. - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini. Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit. "Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu. "Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini. Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek. "Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - BERNAMA |
Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST Oleh FAZRINA AYU RADUIAN BADARUDDIN Mohamed Rafik (kiri) melihat anggotanya memasukkan rokok seludup ke dalam mesin pemusnah selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Rokok Seludup 2013 di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI SHAH ALAM 15 Dis. - Jabatan Kastam Selangor merampas sejumlah 51,442,160 batang rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai sebanyak RM28.5 juta sejak awal tahun ini sehingga November lalu. Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, sepanjang tempoh itu juga pihaknya telah melakukan 313 serbuan dan menahan 114 orang melibatkan 80 peratus warga asing yang terlibat dalam penyeludupan rokok ke negara ini. Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 35 orang telah didakwa mengikut Akta Kastam 1967. Beberapa siri operasi telah diadakan di sekitar Selangor dan perkara ini amat membimbangkan kerana khuatir kadar penyeludupan ini meningkat. Kita akan mengadakan lebih banyak serbuan di kedai-kedai yang menjalankan aktiviti menjual rokok seludup kepada orang awam," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Rokok Seludup 2013 di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam, hari ini. Kempen yang berlangsung selama dua minggu bermula hari ini adalah kerjasama Kastam Selangor bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia dan Syarikat Lembah Sari Sdn. Bhd. Badaruddin berkata, siasatan turut mendapati pemilik kedai runcit memberikan lesen perniagaan kepada warga asing. Kita memandang serius perkara itu apabila mendapati kebanyakan pekedai tersebut menjual rokok seludup," katanya. Beliau berkata, sekotak rokok seludup biasanya dijual pada harga RM3.50 setiap pek dan RM30 untuk satu karton. Katanya lagi, orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai penjualan rokok seludup ini dengan menghubungi talian bebas tol 1800-88-8855. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |