{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Bas tergelincir elak motosikal

Posted: 11 Dec 2013 09:45 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Sebuah bas tergelincir dan terbalik ke bahu jalan apabila cuba mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba memasuki laluan kenderaan berkenaan di susur masuk Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu dua penumpang dan seorang pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk dari Taman Connaught sehingga sepanjang susur masuk berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Pemilik restoran nyaris maut ditembak dua lelaki

Posted: 11 Dec 2013 07:31 PM PST

BUTTERWORTH 12 Dis. - Seorang pemilik restoran nyaris maut setelah ditembak beberapa das oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Taman Inderawasih, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian pukul 8.50 malam itu mangsa yang berusia 52 tahun, baru pulang dari restorannya yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

"Ketika kejadian, mangsa yang sedang memandu kereta jenis Honda CRV ingin membelok masuk ke simpang rumahnya sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

"Tembakan itu tidak mengenai mangsa kerana beliau sempat memecut keretanya untuk berpatah semula ke restorannya, sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, lewat malam tadi.

Mazlah berkata, penunggang dan pembonceng motosikal yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu, bertindak melarikan diri sebaik melepaskan tembakan. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat