Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Mayat kanak-kanak lemas ditemui selepas seminggu Posted: 18 Dec 2013 10:33 PM PST Oleh YATIMIN ABDULLAH TUMPAT 19 Dis. - Mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan lemas seminggu lalu di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai, akhirnya ditemui tersangkut di celah kayu hanyut di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pulau Kerbau, Palekbang di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah, Suprintendan Zaharudin Rasip berkata, mayat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki yang ketika itu sedang memukat di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 petang Menurutnya, hasil pengecaman dibuat keluarga mangsa, mayat tersebut disahkan sebagai Noralia Nadirah Rahim yang dilaporkan lemas sejak seminggu lalu di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai. "Mayat mangsa disahkan oleh keluarganya menerusi pakaian yang dipakai mangsa selepas proses pengecaman dijalankan di Hospital Tumpat semalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
4 penguat kuasa ditahan polis bertanggungjawab banteras dadah Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST KUALA LUMPUR 18 Dis. - Empat penguat kuasa dipercayai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan berhubung pembongkaran dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa, merupakan pegawai yang bertanggungjawab membanteras penyeludupan dadah di pintu masuk negara termasuk di lapangan terbang. Difahamkan kegiatan penguat kuasa itu yang dilakukan sejak bertahun lamanya hanya terbongkar selepas polis menyiasat sehingga ke akar umbi bagi membanteras penyeludupan dadah yang dikesan tidak pernah putus-putus. Sumber berkata, pihak polis sebelum ini tidak mengesyaki kegiatan terbabit dilakukan penguat kuasa dari bahagian narkotik jabatan itu sehinggalah seorang lelaki warganegara India ditahan di sekitar ibu negara, Sabtu lalu. Siasatan mendapati lelaki itu sebenarnya adalah perantara di antara sindiket antarabangsa dengan pihak penguat kuasa terbabit. Tangkapan itu kemudian mendedahkan penglibatan empat penguat kuasa terbabit meskipun sebelum ini polis tidak menyasarkan penguat kuasa jabatan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mengulas tentang habuan yang diterima penguat kuasa terbabit, sumber tidak menyangkal suspek menerima wang tunai dengan jumlah yang besar iaitu setimpal dengan nilai penyeludupan dadah di pasaran. Malah kata sumber, kegiatan penguat kuasa itu disyaki bukan baharu bermula tetapi telah terjebak bertahun lamanya. Polis masih menyiasat jumlah sebenar habuan yang diterima mereka tetapi apabila bercerita tentang nilai dadah, kami pasti mereka memperolehi sejumlah wang yang tinggi. Kita juga akan menyiasat adakah mereka juga menerima habuan dalam bentuk barangan," kata sumber. Ditanya sama ada penguat kuasa terbabit pernah terlibat dalam aktiviti membanteras penyeludupan dadah bersama polis, sumber mendedahkan, pegawai berkenaan sentiasa memberi kerjasama yang baik sebelum ini. Tambah sumber, setakat ini tiada tangkapan baharu namun pihaknya mungkin akan melakukan penahanan lain jika siasatan mendapati mereka terlibat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |