Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Selewang baja subsidi: Petani diminta lapor SPRM Posted: 19 Dec 2013 11:27 PM PST PASIR PUTEH 20 Dis. - Petani yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan agihan baja subsidi padi diminta menyalurkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan. Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Zawawi Othman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan peruntukan subsidi disediakan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh petani yang mengusahakan tanaman padi. Menurutnya, agihan baja subsidi disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menguruskan pengagihan untuk diberikan kepada petani yang layak. "Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau agensi pertanian terbabit diberi tanggungjawab mengagihkan subsidi berkenaan kepada petani yang disenaraikan. Manakala sebahagian lagi peruntukan disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk pembiayaan subsidi," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE |
Polis tumpas sidiket curi motosikal, tahan 7 suspek Posted: 19 Dec 2013 10:57 PM PST Oleh YATIMIN ABDULLAH TUMPAT 20 Dis. - Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang aktif di sekitar jajahan ini selepas menahan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar kawasan Chabang Empat dan Wakaf Bharu dekat sini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, mondus operandi sindiket ini adalah mencuri motosikal ketika jemaah menunaikan solat Maghrib dan Subuh di beberapa masjid di sekitar Chabang Empat, Kuala Jambu dan Wakaf Bharu. Menurutnya, berikutan penangkapan itu polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal di kawasan berkenaan. Tujuh lelaki tersebut yang berusia antara 16 tahun hingga 31 tahun ditangkap pada Selasa dan kelmarin, mereka ditahan reman selama empat hari. Mereka disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |