Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 06 Dec 2013 11:36 PM PST NIBONG TEBAL 7 Dis. - Seorang lelaki yang terselamat daripada maut enam bulan lalu menemui ajal selepas ditembak kali kedua di kawasan taman permainan di Taman Puteri Gunung, Tasek di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 9 malam itu mangsa, M. Partiban, 29, mati di tempat kejadian setelah terkena enam das tembakan. Mangsa pernah ditembak pada 20 Jun lalu di kawasan yang sama dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan di tangan dan perut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten komisioner, Mazlan Kesah berkata, mangsa telah dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arahnya. Beliau berkata, salah satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Partiban. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi. Susulan kejadian itu Mazlan berkata, polis berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 21 dan 35 tahun di sekitar kawasan itu beberapa jam selepas kejadian. - UTUSAN ONLINE |
Lelaki mati ditembak ketika berjalan di Tasek Mutiara Posted: 06 Dec 2013 07:41 PM PST NIBONG TEBAL 7 Dis. - Seorang lelaki maut ditembak dua lelaki ketika sedang berjalan seorang diri di Taman Puteri Gunong, Tasek Mutiara di sini malam tadi. Mangsa M. Parttippan, 29, mati di tempat kejadian setelah terkena enam das tembakan dalam kejadian pukul 9 malam. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |