Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST Oleh ANI AWANG POLIS memeriksa mayat M. Partiban selepas ditembak di Taman Puteri Gunung Simpang Ampat Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. NIBONG TEBAL 7 Dis. - Seorang lelaki yang terselamat daripada maut akibat serangan senjata api enam bulan lalu, menemui ajal selepas ditembak kali kedua di kawasan taman permainan di Taman Puteri Gunung, Tasek di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa, M. Partiban, 29, mati di tempat kejadian setelah terkena enam das tembakan. Mangsa pernah ditembak 20 Jun lalu di kawasan yang sama dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan di tangan dan perut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten komisioner, Mazlan Kesah berkata, mangsa dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arahnya. Beliau berkata, satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Partiban. "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi. Mazlan berkata, siasatan polis menemukan enam kelongsong peluru di tempat kejadian dan pihaknya percaya suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang sama menembak mangsa ketika kejadian pertama enam bulan lalu. Tambahnya, berdasarkan rekod, mangsa mempunyai empat rekod jenayah termasuk satu kes berkaitan dadah. Mazlan berkata, polis berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 21 dan 35 tahun di sekitar kawasan itu beberapa jam selepas kejadian. "Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Polis percaya kereta Myvi yang digunakan suspek itu dicuri di Seberang Jaya pada 3 Disember lalu," katanya berikutan penemuan sebuah kereta Myvi dibakar kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian tidak lama selepas insiden itu. |
10 rakyat Singapura miliki waran tangkap ditahan Posted: 07 Dec 2013 03:35 AM PST JOHOR BAHRU 7 Dis. - Polis menahan sepuluh rakyat Singapura yang mempunyai waran tangkap atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Ops Warta di negeri ini. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan dalam tempoh 12 hari lepas sejak operasi berkenaan dilancar 25 November lepas. "Kesemua mereka kemudian sudah menjelaskan bayaran saman tertunggak yang di hadapi masing-masing," katanya kepada pemberita selepas program Hari Kesedaran Pencegahan Jenayah Kontinjen Johor di pasaraya Tesco Tebrau, di sini, hari ini. Mohd Mokhtar berkata secara keseluruhannya pihaknya berjaya mengutip hasil saman dan kompaun sebanyak RM148,520 menerusi 637 waran tangkap dan kompaun yang diselesaikan dari pelbagai pesalah trafik sejak operasi berkenaan dilancarkan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |