{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


6 pendekatan pembangunan hartanah

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusan.johor@gmail.com

Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sijil kelayakan menduduki rumah kos rendah kepada seorang penerima selepas beliau menyempurnakan majlis Perasmian Karnival Perumahan Mampu Milik, Hartanah Bumiputera dan Seminar Sektor Hartanah di Johor Bahru, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 30 Nov. - Kerajaan negeri merangka enam pendekatan dalam usaha memastikan perancangan pembangunan sektor hartanah berada dalam keadaan lebih sistematik dan terkawal pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara pendekatan yang dirangka termasuk mewujudkan Enakmen Perumahan dan Hartanah Negeri Johor bagi memastikan penyelarasan serta perancangan pembangunan sektor perumahan menjadi lebih baik menerusi penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Johor.

"Enakmen yang bakal diwujudkan itu akan dibentangkan pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac tahun depan sebagai usaha memantapkan sistem pentadbiran sektor perumahan, khususnya di negeri ini," katanya selepas merasmikan Karnival Perumahan Mampu Milik dan Bumiputera Johor, di sini semalam.

Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka mengunjungi karnival selama tiga hari yang bermula semalam dan disertai kira-kira 20 pemaju hartanah terkemuka di negara ini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti pemaju perumahan yang gagal melaksanakan komponen perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan perumahan mampu milik selepas dua tahun menerima kelulusan seperti yang disyaratkan sebelum ini untuk dikenakan tindakan.

Tambah beliau, pihaknya juga sedang menyemak semula dasar pemilikan hartanah oleh kaum bumiputera kerana terdapat beberapa isu berbangkit seperti yang sering dikemukakan rakyat termasuk aspek ketelusan penawarannya dalam pasaran.

"Dasar sedia ada sedang disemak semula oleh sebuah jawatankuasa yang diterajui Pejabat Tanah dan Galian negeri bersama beberapa jabatan lain dan hal ini merupakan sesuatu yang sangat penting bagi memastikan tiada sebarang bentuk manipulasi terhadap kuota dan pematuhan.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pemaju perumahan atau mana-mana pihak yang tidak mematuhi dasar berkaitan hartanah bumiputera seperti yang dinyatakan dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan pemaju," tegasnya.

Beliau berkata, setiap pemaju yang mendapat pelepasan kuota bumiputera turut disyaratkan membayar sebanyak 7.5 peratus daripada harga yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli kepada kerajaan negeri untuk dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Bumiputera yang akan digunakan untuk membangunkan projek perumahan selesa bagi kaum tersebut di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut menyemak semula dasar pemilikan hartanah oleh warga asing iaitu dengan menetapkan kadar dua peratus bagi setiap unit yang diberikan kelulusan berbanding RM10,000 seunit sebelum ini.

"Kadar minimum nilai hartanah yang dibenarkan untuk dimiliki kepentingan asing juga dinaikkan kepada RM1 juta dan langkah ini akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Mei tahun depan," katanya sambil memaklumkan bahawa Dasar Perumahan Rakyat Wilayah Iskandar akan diperluaskan ke seluruh negeri ini mulai Januari tahun depan.

Beliau berkata, komponen Dasar Perumahan Rakyat Johor di luar kawasan Wilayah Iskandar Malaysia melibatkan pecahan 10 peratus Perumahan Komuniti Johor berkeluasan 219 meter persegi pada harga RM42,000 dan 15 peratus Perumahan Komuniti Johor berkeluasan 850 kaki persegi dengan harga RM80,000.

"Rumah Mampu Milik Johor dengan keluasan tanah 426 meter persegi dan keluasan binaan 304 meter persegi akan turut disediakan pada jumlah 10 peratus dengan harga antara RM140,000 hingga RM150,000," katanya.

Pegawai Rela jelajah 6 negara

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

MOHAMMAD Khairi A. Malik (empat dari kanan) dan S. Aruel Prakas ( tiga dari kanan) melakukan gimik meletakan tangan pada bola kristal dalam Majlis Perasmian Kembara Penjelajahan Ke Asia Tenggara dan China di Galleria Kotaraya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 30 Nov. - Selepas kejayaan empat Kembara Penjelajahan Tahan Lasak Secara Solo sebelum ini, Penolong Pesuruhjaya Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Johor, S. Aruel Prakash, 47, meneruskan aktiviti sama dengan menjelajah beberapa lagi negara di Asia Tenggara.

Beliau akan melalui jarak kira-kira 23,000 kilometer menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang turut menjadi tempat berehat dan tidur sepanjang penjelajahan selama 15 hari itu.

Aruel Prakash berkata, misi itu yang akan menjelajah ke Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan balik semula ke Johor Bahru bertujuan menyedarkan pesakit diabetis mereka juga boleh hidup dengan penuh yakin jika mengamalkan pemakanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat dengan senaman dan memeriksa kadar gula setiap hari.

Beliau turut membawa mesej bahawa setiap manusia mampu menunaikan impian masing-masing termasuk pesakit diabetis.

"Saya sudah menghidap penyakit diabetis sejak berusia 18 tahun dan misi ini saya cipta untuk sedarkan para pesakit yang beranggapan kehidupan mereka sudah gelap dan tiada peluang untuk hidup seperti manusia normal yang lain adalah salah.

"Biarpun kita sakit, tidak seharusnya penyakit itu menjadi penghalang untuk mencipta kejayaan. Penyakit itu sepatutnya dijadikan cabaran untuk mencapai hasrat yang diinginkan," katanya dalam majlis pelepasan kembara tersebut di sini hari ini.

Majlis pelepasan kembara itu disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohammad Khairi A. Malik yang mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam majlis itu, Mohammad Khairi turut menyampaikan glucometer kepada 90 pesakit diabetis terpilih.

Pada 2007, Aruel Prakash melakukan pengembaraan solo pertamanya dari Johor Bahru ke Thailand dan Kemboja dalam masa tujuh hari dan pada 2008 pula mengembara dari sini ke Myanmar dalam masa lapan hari.

Kembara ketiga pada 2010 dengan menjelajah empat negara iaitu dari sini ke Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja dalam masa 13 hari, manakala kali keempat pada 2011 dari sini ke China melalui Thailand dan Loas dalam masa 13 hari.

Sebelum memasuki Thailand, dia akan memulakan misi kesedaran itu di lapan buah daerah di negeri ini iaitu Kota Tinggi, Kulaijaya, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Ledang, Segamat dan Muar sebelum meneruskan penjelajahan ke Kuala Lumpur dan Sungai Siput, Perak.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat