{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Daftar rumah mampu milik di internet

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com,my

JOHOR BAHRU 14 Dis. - Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem pendaftaran dalam talian bagi perumahan mampu milik dan kos rendah untuk memudahkan perancangan pembangunan projek perumahan itu pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem pendaftaran secara dalam talian itu dijangka mula digunakan pada pertengahan tahun hadapan dan pelaksanaannya nanti membolehkan kerajaan negeri merancang projek perumahan berdasarkan kepada keperluan sebenar mengikut kawasan.

"Melalui sistem pendaftaran ini, kerajaan negeri akan dapat melihat kawasan mana yang memerlukannya dan kita tidak mahu membangunkan projek perumahan ini di sesebuah kawasan sahaja, sebagai contoh kita buat di Tebrau, nanti ramai orang terpaksa berpindah ke sini dan tinggal jauh dari tempat kerja mereka.

"Kaedah ini juga membolehkan kita merancang dengan lebih teliti bagi memastikan bekalan tidak melebihi permintaan kerana perkara itu akan menyusahkan pihak pemaju perumahan yang terlibat. Ini juga merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam mencapai sasaran setinggan sifar di atas tanah kerajaan dalam tempoh lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah bagi penempatan semula 154 keluarga di Kampung Oren ke Taman Bukit Tiram dan perasmian Klinik Waqaf An-Nur, Taman Bukit Tiram, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Mengulas mengenai penempatan semula penduduk Kampung Oren, Mohamed Khaled berkata, ini merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah banjir yang dihadapi penduduk sejak 20 tahun lalu.

Beliau berkata, pembangunan rumah mampu milik berharga RM82,000 itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan pembangunan pinggir bandar yang seimbang, selain memberikan keselesaan kepada penduduk di kawasan itu.

"Saya harap penduduk yang menerima tawaran hari ini agar mengambil manfaat daripadanya dan jangan sesekali menjual rumah ini kepada orang lain kerana ada maklumat menyatakan ada pihak-pihak membuat penawaran ke atas rumah ini sehingga RM120,000," katanya.

100 pemilik Honda Civic berkumpul

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

AHLI-AHLI Kelab Civic FD Malaysia bergambar kenangan di Pasir Lanun, Johor Bahru, baru-baru ini.

MERSING 14 Dis. - Lebih 100 ahli Kelab Civic FD Malaysia (CFDC) Wilayah Selatan berkonvoi ke Pasir Lanun di sini, bagi mengeratkan silaturahim sesama ahlinya baru-baru ini.

Disertai oleh 65 buah kereta jenis Honda Civic, mereka berkumpul selama dua hari di chalet yang terdapat di tempat peranginan tersebut dengan mengadakan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan majlis.

Ketua CFDC Wilayah Selatan, Fairus Jusoh berkata, sejak ditubuhkan pada 2011, kelab itu telah berjaya menganjurkan bermacam-macam program yang bermanfaat untuk kesemua ahli yang berdaftar.

"Selain beramah mesra antara ahli lama dan baru dari seluruh negeri ini, program sebegini juga memberi peluang kepada ahli untuk saling bertukar pendapat tentang minat masing-masing terutamanya dalam aspek permotoran.

"Setakat ini, kami sudah menganjurkan konvoi menjelajah negeri ini terutama tempat percutian menarik seperti Desaru, Kota Tinggi dan Tanjung Leman," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau juga amat berbangga dengan penubuhan kelab berkenaan kerana kerjasama ahli yang ditunjukkan amat memberangsangkan dalam setiap acara yang dianjurkan.

Katanya, setiap kali program dianjurkan, ia disertai tidak kurang 100 kereta, sekali gus membuatkan pihak pengurusan kelab berkobar-kobar merencanakan pelbagai aktiviti lain dari semasa ke semasa.

"Objektif utama menubuhkan kelab ini adalah untuk mengumpul peminat Honda Civic generasi kelapan di samping membentuk satu komuniti.

"Selain itu, terdapat kelebihan apabila menyertai kelab ini seperti dapat berkongsi masalah dan pendapat kerana di kalangan ahli CFDC mempunyai memiliki bengkel sendiri dan ia memudahkan pemilik kereta ini mengetahui sedikit sebanyak perihal teknikal dan penyelenggaraan yang berkesan," katanya.

Pemilik Honda Civic varian FD yang berminat menjadi ahli boleh berhubung dengan Fairus (Johor) menerusi 016-7065272 dan Azmi (Melaka) di menerusi 013-7917848.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat