{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Elak banjir lebih buruk

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

HASNI Mohammad (kiri) bertanyakan sesuatu kepada mangsa banjir di Surau Tampok Laut, Benut, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 9 Dis. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menilai semua benteng atau ban penahan ombak di daerah ini bagi memastikan keadaannya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dan mampu menahan ombak yang datang bersama air pasang besar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kejadian bentang atau ban pecah di Tampok Laut, di sini perlu dijadikan rujukan kerana beberapa kawasan di daerah ini terdedah kepada ancaman banjir.

"Benteng penahan ombak merupakan salah satu prasarana yang penting terutama di kawasan rendah. Oleh demikian, fungsi serta peranan perlu sentiasa diberikan perhatian oleh pihak berkenaan. JPS perlu audit dengan segera untuk pastikan ia di tahap terbaik.

"Langkah segera yang diambil oleh JPS bagi memperbaiki benteng yang pecah di Tampok Laut, sebagai contoh, telah berjaya mengelakkan kejadian banjir yang lebih buruk berlaku ke atas penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan banjir di Surau Kampung Tampok Laut serta menyampaikan sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengurus TNB Daerah Pontian, Hishamuddin Kamari; Penolong Pegawai Daerah Pontian, Anuar Jamil Malham; Penghulu Mukim Benut, Abd. Jabal Kiman dan Setiausaha UMNO Bahagian Pontian, Samat Tasrif.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut turut memberikan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir serta anak-anak mereka yang bersekolah.

TNB melalui memperuntukkan sebanyak RM6,000 dalam bentuk barangan keperluan harian bagi meringankan beban mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Mukim Benut.

Hasni juga meminta JPS melakukan kerja penyelenggaraan benteng secara berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun kerana fenomena alam seperti air pasang besar berlaku setiap tahun namun langkah persediaan perlu bagi mengelak kejadian buruk.

"Saya harap mangsa-mangsa banjir tidak pulang ke rumah sekiranya keadaan belum benar-benar selamat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

"Setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan kelancaran jentera pengurusan bencana yang pantas bertindak memindahkan mangsa banjir selain sumbangan tenagan sukarelawan yang bertugas demi memastikan mangsa banjir selesa," katanya lagi.

PBTM bantu baik pulih rumah bekas tentera

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

TAJUL Arifin Chu Johari (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Asnah Saat bagi meringankan beban yang terpaksa menanggung dua anak OKU di Batu 4 Simpang Baba, Jalan Bukit Pasir, Muar, Johor, semalam.

MUAR 9 Dis. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) akan membantu seorang bekas tentera tidak berpencen yang mahu membaik pulih rumah dan memastikannya mendapat keistimewaan yang terdapat dalam persatuan itu.

Yaakob Arman, 52, berhenti menjadi Askar Diraja Melayu di Kem Sungai Besi selepas berkhidmat selama sembilan tahun dan tidak mendapat kemudahan atau bantuan kerana disebabkan masalah disiplin.

Setiausaha Agung PBTM, Kolonel (B) Tajul Arifin Chu Johari berkata, Yaakob yang kini melakukan kerja-kerja kampung boleh menikmati pelbagai bantuan disediakan PBTM untuk membantu bekas tentera yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Vateran (JHEV).

"Dia (Yaakob) dihukum semasa berkhidmat dan selepas berhenti juga masih dihukum (tidak layak menerima bantuan). Dia yang berhenti atas kesalahan tata tertib menyebabkannya tidak layak menerima apa-apa bantuan.

"Namun perkara ini sudah dibawa dalam mesyuarat di peringkat Kementerian Pertahanan untuk pembelaan bagi membolehkannya mendapat bantuan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan mesra keluarga Yaakob di Batu 4 ½ Simpang Baba, Jalan Bukit Pasir di sini hari ini.

Katanya, tidak wajar Yaakob terus dihukum termasuk ahli keluarganya dan berharap dapat dimaafkan kerana dia mempunyai dua anak orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd. Faezal Hairy, 21 dan Siti Fairus Hanatasia, 17.

Menurut beliau, pihaknya mencadangkan untuk memberikan bantuan membaik pulih rumah agar keluarga tersebut dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa terutamanya kepada dua anak OKU itu.

Kunjungan tersebut disertai oleh Pengerusi PBTM Cawangan Muar, Shamsudin Rais dan 10 ahlinya selain Tajul turut memberikan sumbangan RM400 serta beras untuk meringankan beban keluarga berkenaan.

Isteri Yaakob, Asnah Saat, 45, berkata, dia terharu apabila pihak PBTM mengunjungi rumahnya dan bertemu dua anaknya serta hasrat membantu baik pulih rumah.

"Rumah ini dibina oleh suami secara berperingkat menggunakan wang simpanan tetapi masih ada sedikit kekurangan kerana tidak mempunyai wang mencukupi. Suami kadang-kadang tidak bekerja kerana membantu saya menguruskan kedua-dua anak istimewa kami," ujarnya.

Puteri sedia RM140,000

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

ZAHIDA Zarik Khan (tiga dari kiri) dan Rohaizah Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Batu Anam, Segamat, Johor, semalam.

SEGAMAT 9 Dis - Pergerakan Puteri UMNO akan mengagihkan sejumlah RM140,000 daripada Tabung Prihatin Puteri bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara termasuk mangsa bencana Taufan Haiyan di Filipina.

Naib ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, daripada jumlah tersebut, RM100,000 akan digunakan bagi membantu mangsa banjir di dalam negara manakala RM40,000 pula bagi mangsa bencana taufan di Filipina.

''Sebaik tabung ini dilancarkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 lalu, kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM140,000 hasil sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.

''Justeru, wang yang kita perolehi ini akan digunakan bagi membantu dan meringankan beban mangsa-mangsa bencana alam ini," katanya pada program Gotong Royong Puteri di pusat pemindahan banjir Kampung Spang Loi, Batu Anam di sini hari ini.

Menurut Zahida, seramai 100 orang sukarelawan daripada pergerakan itu turut membantu mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian di beberapa pusat pemindahan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, program tersebut adalah yang pertama diadakan di negeri ini dan pihaknya akan menjelajah ke daerah dan negeri-negeri lain yang turut terjejas akibat bencana tersebut.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO negeri, Rohaizah Ahmad berkata, pihaknya tidak ketinggalan dalam membantu mangsa banjir khususnya di negeri ini termasuklah mengambil inisiatif membersihkan kediaman mangsa selepas banjir surut.

''Kami sedar mangsa banjir ini bukan sahaja memerlukan bantuan ketika banjir tetapi juga selepas banjir, sebab itu kami mengambil inisiatif untuk bersama-sama membantu mangsa dengan membersihkan rumah mereka.

''Kami berharap usaha yang dilakukan oleh pergerakan ini bukan sahaja dapat meringankan beban mangsa malah turut merapatkan lagi hubungan antara ahli pergerakan dengan masyarakat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat