{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Pengajar GiatMara digesa jadi ‘murabbi’

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Tenaga pengajar Pusat Latihan GiatMara digesa bertindak sebagai murabbi iaitu individu yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi pelatih supaya mereka dapat menghayati serta mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Pengerusinya, Datuk Jaujan Sambakong berkata, golongan tenaga pengajar GiatMara mempunyai cabaran dan peranan yang lebih luas dan bukan hanya berperanan untuk menyampaikan ilmu kepada pelatih, malah menggalas amanah yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia terutama generasi muda yang menjadi teras modal insan negara.

Keberkesanan pendidikan akan terhasil apabila tenaga pengajar dapat membangunkan jiwa, membina akal dan membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab yang mulia.

Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ilmu mampu membawa manusia ke arah mencapai kesejahteraan dan ketenteraman dalam hidup," katanya pada Majlis Graduasi Pelatih GiatMara Johor, di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah GiatMara negeri, Mohamad Merjuki Kasanwidi itu, seramai 427 pelatih daripada 13 pusat latihan menerima Sijil Profesional Giatmara.

Dalam majlis itu, Jaujan turut menyampaikan sijil kepada 77 orang ahli Kelab Teknologi Bumiputera (KTB) yang terdiri daripada pelajar di negeri ini.

KTB yang dilancarkan sempena Karnival Inovasi GiatMara & Bike Skill Fest 2012 di Permas Jaya, Pasir Gudang pada Oktober tahun lalu berperanan untuk memupuk minat dan kecenderungan peserta KTB sebagai platform bagi menarik lebih ramai pelajar dan belia bumiputera untuk mengikuti latihan kemahiran.

Dalam pada itu, Mohamad Merjuki meminta semua pelatih GiatMara di negeri ini melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, ilmu dan ciri-ciri yang unggul supaya dapat bersaing dan merebut peluang dalam persaingan dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata, arus teknologi maklumat kini menjana landskap dunia dengan mengubah sistem ekonomi Malaysia daripada berlandaskan pengeluaran kepada pengetahuan.

Sains dan teknologi sangat penting dalam pembangunan ke arah ekonomi berteraskan pengetahuan dan menerusinya, kebijaksanaan akal fikiran bagi menggunakan maklumat menjadi teras utama yang menentukan arus perkembangan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara.

Apa yang dihasratkan oleh pihak pengurusan GiatMara adalah lepasan pelatih mampu berdikari dan berusaha dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dibekalkan sepanjang menjalani latihan," katanya.

Minat dorong Faris dalami bidang animasi

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Mohd. Faris Azman berkongsi kegembiraan dengan pasangan kembar, Radikarmiza Syari (kiri) dan Niaparaliza Syari selepas diumumkan Pelatih Terbaik pada Majlis Graduasi GiatMara Zon Selatan di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Minat yang dipupuk sejak sekolah menengah dalam bidang animasi mendorong Mohd. Faris Azman, 22, mengambil kursus pendek Teknologi Animasi GiatMara dan lebih menggembirakan apabila dia dinobatkan sebagai penuntut terbaik pada konvokesyen pelatih Giatmara Johor, di sini hari ini.

Bekas graduan Diploma Sains Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat itu muncul penuntut terbaik selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75.

Mohd. Faris mengikuti kursus enam bulan di GiatMara Pasir Gudang selepas beberapa bulan bekerja dalam bidang grafik di sebuah syarikat swasta di Bandar Baru Uda.

"Sewaktu bekerja di sana, saya melihat bidang animasi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih cerah dan mampu berkembang pesat dalam arena dunia tanpa sempadan ini.

"Selepas ini saya bercadang bekerja sambil belajar ke peringkat lebih tinggi dan mungkin memilih bidang kejuruteraan supaya ilmu yang diperoleh tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja," katanya.

Pada majlis itu, seramai 427 pelatih GiatMara Johor yang menamatkan pengajian, menerima Sijil Profesional GiatMara.

Sijil kepada semua pelatih itu disampaikan oleh Pengerusi GiatMara, Datuk Jaujan Sambakong. Yang turut hadir, Pengarah GiatMara negeri, Mohamad Merjuki Kasanwidi.

Sementara itu pasangan kembar, Niaparazila dan Radikarmiza Syari, 19, yang mengikuti kursus Rekaan Grafik Iklan turut melahirkan kegembiraan kerana berjaya menghabiskan enam bulan pengajian dengan cemerlang dan mendapat PNGK 3.42.

Bagi mereka, kelebihan dilahirkan sebagai kembar digunakan sebaik mungkin dengan saling bertukar pendapat dan pengetahuan tentang sesuatu perkara.

Menurut Radikarmiza, persaingan sememangnya wujud dalam diri mereka namun dari sudut positif kerana untuk membangkitkan semangat menjadi yang terbaik.

Warga emas teruja dikunjungi Noraini

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

BATU PAHAT 21 Dis. - Seorang warga emas terharu dengan keprihatinan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang meluangkan masa menziarahinya sambil menghulurkan bantuan ke rumahnya di Padang Sari, di sini kelmarin.

Ketibaan Noraini pada pukul 11 pagi di rumah Besah Jalis, 81, ternyata mengejutkan warga emas itu kerana Ahli Parlimen berkenaan begitu prihatin dengan rakyat selain menghulurkan bantuan kepadanya.

"Saya berterima kasih kerana beliau sentiasa prihatin terhadap penduduk, terutamanya warga emas. Saya tidak tahu bagaimana mahu gambarkan kebaikannya selain menghargai budi yang diberikan.

"Saya berdoa semoga Allah SWT memberkati kerja-kerja amal yang dilakukan beliau serta ahli UMNO Bahagian Parit Sulong yang lain kerana tidak jemu mendekati penduduk setempat," katanya.

Sementara itu, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong memberitahu, aktiviti menziarah penduduk serta menyampaikan bantuan merupakan sebahagian daripada Program Menyusur Akar yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, program itu diadakan pada setiap minggu bagi memastikan masyarakat di kawasan Parlimen tersebut seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang ditimpa musibah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Program berkenaan akan diteruskan dengan lawatan ke lebih banyak rumah supaya selain dapat mendampingi penduduk, kita juga dapat mengetengahkan masalah mereka untuk diselesaikan.

"Aktiviti seperti itu juga menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengutamakan rakyat menerusi wakil rakyat selain agensi dan jabatan kerajaan yang ada," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat